MAS
Friday, December 4, 2020
BERBELANJA MENGIKUT KEMAMPUAN BUKAN MENGIKUT KEHENDAK HATI
Saturday, October 10, 2020
BUAH MAHKOTA DEWA KERING ATASI MASALAH ALERGI DAN ECZEMA
Hi! Gais,
Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang, semoga kita semua dilindungi dari penyakit merbahaya dan semoga vaksin pencegahan covid-19 cepat dihasilkan.
Pagi ni saya nak share info mengenai buah mahkota dewa yang mempunyai banyak khasiat untuk penyembuhan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan darah kita. Senang cerita kalau darah kita bersih, sihatlah kita, kalau darah kita kotor macam-macamlah penyakit yang datang betul?
Popularity
Yang saya perasaan buah ni sangat popular dikalangan kaum Cina manakala kaum Melayu dan India agak kurang, mungkin sebab kaum Cina memang pakar dalam penggunaan herba sejak dahulu kala.
Asal Buah Mahkota Dewa
Menurut Cik Google asal Mahkota Dewa ni dari Indonesia dan kemudian dibawah ke Malaysia dan sebab tu lah sekarang ada di Malaysia tapi tak banyak macam di Indonesia yang diusahakan secara besar-besaran.
Cara Buah Mahkota Dewa Diproses
Buah yang telah masak dipetik, dihiris nipis dan kemudian dikeringkan dibawah panas matahari sehingga kering supaya boleh disimpan tahan lama.
Khasiat Buah Mahkota Dewa Kering
Kalau google memang terlalu banyak khasiat buah ni tapi tiga penyakit yang disebutkan dibawah ni memang terbukti dihadapan mata saya iaitu;
- Menurunkan tahap kolestrol dalam badan
- Menurunkan tekanan darah tinggi
- Mengatasi masalah alergi dan eczema
Cara Pengambilan
Untuk mendapatkan hasil terbaik direbus jika malas rendam dengan air panas mengelagak pun boleh. Boleh diguna semula sehingga hilang warna.
Yang mempunyai masalah kolestrol tinggi, darah tinggi, kecing manis, alergi dan eczema diatas boleh cuba, mana tau sembuh dengan izinnya. Kita hanya berusaha, kesembuhan datang dari Allah.
Jika post ini memberi manafaat , sila share pada kawan-kawan anda.
BUAH MAHKOTA DEWA KERING SEGAR |
BUAH MAHKOTA DEWA KERING |
TEH BUAH MAHKOTA DEWA KERING |
DIANTARA KHASIAT BUAH MAHKOTA DEWA KERING |
Sunday, August 23, 2020
RESIPI MUFFIN TIADA BUTTER TIADA SUSU TIADA TELUR - SESUAI UNTUK HANTU MUFFIN HEHE
Hi! Gais, Semalam saya buat muffin tanpa butter, tiada susu tanpa telur dengan menggunakan sedikit minyak, rasanya sama sedap macam dengan muffin biasa cuma texture tak sama dengan yang ada telur dan nampak kurang cantik.
Resipi ini sihat jika dibanding dengan ada yang ada telur, ada butter dan bersusu so yang hantu muffin macam saya tu boleh try resipi ini. Gambar atas tu ada 3 jenis muffin iaitu cinnamon raisin, banana cinnamon raisin dan choclate. Resipi bawah untuk banana cinnamon raisin;
So bahan-bahannya;
Bahan Kering
11/2 cawan Tepung
1 Cawan Gula Perang ( saya kurangkan jadi separuh sebab tak nak terlalu manis)
1 Tsp Tea Baking Soda
1 Tbs Makan Serbuk Kayu Manis
4 biji pisang sederhana besar di lenyak ( dalam gambar muffin pisang tu yamg kat tengah).
1 Tbs kismis ( jika suka)
Secubit Garam
Bahan Basah
1 Cawan Air
1 Tsp Tea Vanilla
6 Tbs Besar Minyak Masak ( saya guna minyak carnolla)
1 Tbs Cuka ( saya guna cuka epal)
Cara buat;
1. Campurkan semua bahan-bahan basah
2. Masukkan gula dan kacau hingga larut
3. Masukkan semua bahan kering setelah di tapis dan kacau hingga sebati, guna kan mixer untuk texter yang lebih cantik
4. Panaskan oven selama 10 minit , suhu 350 ft
5. Masukkan adunan kedalam bekas muffin dan bakar selama 15 hingga 30 minit. Pembakaran tertakluk pada saiz dan ketebalan cawan yang digunakan, kalau macam cawan yang saya gunakan ini 45 minit.
Jika anda suka resipi ini dan bermanafat untuk di konsgsikan, sila kongsi dengan kawan-kawan anda dan subscribe blog saya.
Terima Kasih.
Wednesday, August 19, 2020
Resipi Sup Ayam Ala Korea dan Ramen Kampung Style :) - Sesuai Untuk Orang Berdiet
Hi! Gais,
Sambil menunggu muffin pisang dan karot tanpa telur masak, nak share resipi sup ayam ala korea dulu, sup ni sesuai untuk orang yang berdiet sebab tak de tumis-tumis dan menggoreng , cuma rebus dan renih sahaja.
Bahan-bahannya;
1/2 ekor Ayam bersaiz sederhana - dipotong kecil, kalau tak nak potong pun ok
1 biji bawang besar - dibelah 4
8 biji bawang kecil - di belah 2
8 biji bawang putih - dipipis
2 inchi halia - dipipis
Cara Masak ;
1. Masukkan ayam kedalam periuk saiz besar, letak air sehingga ayam tenggelam
2. Masukkan semua bahan-bahan tadi
3. Rebus ayam sehingga betul-betul lembut sehingga kuah pun nampak agak pekat
4. Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa
5. Masukkan sedikit serbuk lada putih jika suka
6. Siap dan boleh dihidangkan dan dimakan bersama nasi jika tak nak makan nasi makan dengan mee , bila makan dengan mee jadi lah Ramen ...celurlah mee tu seperti biasa, letak sayur pak choy sedikit lepas tu letak dalam mangkuk tuang kuah kedalam lepas tu carik2 isi ayam masukkan kedalam mee ... jika nak pedas ,,, ambil kicap soya sikit letak cili ...masukkan kedalam mangkuk tadi ...so jadi lah ramen kampung.
Resipi ni nampak simple dah tak sedap but i tell you .. the taste will tell :)
Kalau sedap, share lah resipi kat kawan-kawan ...
#ramensimpledanmudah #supayamsihat #supayamkorea #resipidiet
Friday, August 14, 2020
PROSES TUKAR NAMA HAK MILIK KERETA DI PUSPAKOM PANTAS DAN CEPAT
Selama ini bila cakap proses tukar hak milik kereta macam-macam orang cakap, bunyi macam rumit sangat sampai ada setengah orang tu sanggup bayar agen untuk buat proses pemeriksaan sebab malas nak menunggu dan takut kalau-kalau kereta ada masalah lepas tu tak lulus.
Kebetulan saya nak jual kereta lama, fikir-fikir sebab tak nak susah, guna agen je lah so tak payah cuti kerja, tanya agen berapa fee bawa kereta pergi puspakom, dia cakap nak tengok kereta dulu baru boleh bagi harga ..huh! nak minta harga pun susah, nak tengok kereta segala, so saya cakap kalau kereta tak de masalah berapa? dia jawab RM400.00 .. terperanjat beruk dengar ...dalam hati, biarlah aku buat sendiri bayar RM30++ je pun, kebetulan pula cuti banyak sebab PKP. Orang cakap standard harga agen sebenarnya RM150.00.00- RM200.00 je tapi tak tau agen ni kenapa minta sampai RM400.00
Buat sendiri je lah senang tak susah dan tak lama pun menunggu sebab sekarang dah buat appointment online so datang awal 20 minit sebelum appointment pun dah ok. Semua proses tak sampai sejam pun dah siap. So tak de lah serumit yang dok orang heboh-hebohkan. Asalkan kereta tak de masalah, insyAllah ok punya. Sebelum pergi pastikan pastikan semua lampu semua menyala, tayar tak botak dan tak de tinted.
So berikut adalah proses yang anda kena lalui sekiranya nak hantar check kereta di puspakom ;
1. Buat appointment secara online di website Puspakom, semasa membuat appointment tu bayaran pemeriksaan kena bayar terus secara online, resit dan details appointment dia hantar ke email anda so kalau tak de email buat email dulu kalau nak buat appoinment, kalau malas nak buat email pinjam lah email sesiapa kalau malas sangat buat email. Tapi zaman sekarang ni better buat satu email lah sebab banyak kegunaan.
2. Sebelum nak pergi appointment print appointment details yang ada barcode tu sebab nanti sampai puspakom nak kena scan. Kalau tak terima, call cawangan puspakom yang nak pergi tu nanti dia resend balik ( saya punya tak terima, saya call dia resend).
3. Geran asal dan kad pengenalan kena bawa, kalau wakilkan sesiapa geran tu kena bagi kat wakil masa nak pergi puspakom ( oh ya lupa mentioned, masa nak buat appointment tu kita boleh wakilkan orang lain untuk pergi bagi pihak atau bawa sendiri).
4. Sampai puspakom, pergi scan barcode tu lepas tu beratur kat kaunter bagi geran asal dan kad pengenalan, lepas dia sahkan semua dia bagi resit pembayaran online yang kita dah buat tu.
5. Lepas tu bawa resit dan appointment details letak dalam kereta, geran asal kaunter pegang sehingga proses selesai nanti dah selesai dia pulangkan dengan keputusan lulus atau gagal so jangan bimbang bila geran dia tak kasih. Bawa kereta masuk untuk pemeriksaan, turunkan cermin separuh, buka bonet belakang, kunci tinggal dalam kereta tunggu orang check.
5. Lepas check bawa kereta keluar dan cari parking, parkingkan kereta dulu kemudian masuk lagi ke dalam tunggu keputusan.
6. Bila keputusan dan siap pergi kat kaunter keputusan untuk ambil keputusan dan bila dah lulus bolehlah ke JPJ untuk proses seterusnya.
PROSES TUKAR HAK MILIK KENDERAAN DI JABATAN PENGANGKURAN JALAN (JPJ)
1. Sebelum ke JPJ pastikan anda ada bawa Kad Pengenalan dan Geran Asal kalau tak de buang masa je menunggu.
2. Isi borang ( sehelai sahaja) cuma perlu butir-butir ringkas seperti nama, kad pengenalan, alamat , nombor pendaftaran kenderaan dan butir-butir pembeli.
3. Tunggu giliran, bila tiba giliran anda pegawai JPJ akan panggil buat thumb print kat machine, lepas semua ok dia akan cop pembatalan hak milik di geran dan proses selesai.
4. Lepas tu pembeli baru kena thumb print dalam masa tujuh (7) hari jika tidak permohonan terbatal dan kena buat proses baru lagi jika melebihi tempoh yang diberi.
Saya harap perkongsian ini berguna untuk anda bercadang bawa kereta ke puspakom dan silakan share kepada kawan-kawan yang mungkin memerlukan.
#puspakom #tukarnamahakmilikkenderaan #tukarnamakereta #jpj
Saturday, August 8, 2020
SIKAP PEKERJA YANG DI IDAMI OLEH SETIAP MAJIKAN
Hi! Gais,
Kali ini saya ingin kongsikan sikap pekerja yang di idami oleh setiap majikan.
Seperti yang kita tahu pada masa ini dinegara kita mempunyai banyak Universiti samada awam atau swasta dan setiap tahun juga ramai graduan yang keluar dari Universiti termasuklah kolej-kolej awam dan swasta yang lain dan tidak kurang juga yang belajar di luar negara. Ini menyebabkan lambakan graduan yang mencari pekerjaan.
Walaupun sedemikian masih ramai majikan yang mempunyai masalah kesukaran untuk mendapatkan pekerja kerana kebanyakan syarikat mencari pekerja yang berpengalaman dan yang paling penting mempunyai disiplin kerja dan sikap yang positif.
Mengapa saya berkata demikian adalah kerana walaupun seseorang itu tidak mempunyai kelulusan tinggi tetapi mempunyai attitude yang baik ia boleh diajar dan dibentuk menjadi seorang pekerja yang mahir manakala seseorang yang berpelajaran yang tinggi tetapi tidak mempunyai sikap yang positif sukar dibentuk kerana merasakan dirinya sentiasa betul dan tidak menerima pendapat orang lain termasuklah majikan itu sendiri.
Seseorang yang mempunyai kelulusan yang tinggi dan bersikap positif adalah pakej yang sempurna yang di idami oleh setiap majikan.
Apakah sikap positif ?
1. Professional & Positive. Seseorang yang sentiasa professional dan berfikiran positif dan tidak mencampur aduk kan masalah peribadi dan tempat kerja yang menjejaskan prestasi kerja anda.
2. Open heart. Boleh menerima teguran dan pendapat orang dengan hati yang terbuka
3. Eager to learn. Sikap yang sentiasa ingin tahu dan mempelajari tugas-tugas baru dan yang lebih mencabar
4. Ringan Tulang. Tidak berkira untuk melakukan tugas orang jika diminta walaupun bukan tugasnya
5. Tidak berkira masa walaupun sebelum waktu bekerja bermula ia telah berada dimejanya dan membuat kerja begitu juga selepas waktu pejabat
6. Tidak menyebarkan berita palsu ( gossip) kepada rakan sekerja yang lain yang akan mencetuskan suasana tempat kerja yang tidak selesa
7. Tidak mendedahkan perkara-perkara yang sulit berkaitan dengan kerja
#pengurusansumbermanusia #humanresource #calonpekerjapilihanmajikan #hrmanager #interviewselection #tipscarikerja
Friday, August 7, 2020
KENAPA MINTA KERJA TAK DAPAT ?
Hi! Gais,
Kali ini saya ingin berkongsi soalan yang sering ditanya semasa sesi temuduga atau dalam bahasa inggerisnya adalah " Interview" tak kira samada di syarikat kecil atau besar dan jawapan-jawaban anda terhadap soalan ini boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak,
Diantaranya ;
1. Sebab-sebab anda ingin mencari kerja baru ( sekiranya masih bekerja) ataus sebab-sebab anda telah berhenti kerja dengan majikan terdahulu (jika sekarang tidak bekerja) ? Kadangkala jika anda pernah bekerja dibeberapa syarikat sebelum ini anda juga diminta untuk memberikan semua sebab-sebab berhenti disetiap syarikat tersebut.
2. Ada merancang untuk berkahwin didalam masa terdekat ( Jika pemohon bujang)? Anda juga akan ditanya dimana kampung anda dan bakal suami anda?
3. Jika anda seorang yang telah berkahwin dan mempunyai anak, anda akan ditanya berkenaan dengan umur-umur anak anda dan jika anak-anak masih kecil anda juga akan ditanya siapa yang menjaga atau menguruskan mereka semasa anda bekerja?
4. Adakah anda boleh bekerja selepas waktu pejabat?
5. Adakah anda boleh bekerja didalam susana yang sibuk dan dan stress ?
6. Adakah anda merancang untuk melanjutkan pelajaran pada masa terdekat?
Dan berikut adalah sebab-sebab kenapa soalan itu ditanya untuk memastikan bahawa anda memenuhi kriteria asas bagi jawatan tersebut;
1. Jawaban anda akan mengambarkkan trend pekerjaan anda, sekiranya anda bertukar kerja setiap tahun, maknanya anda seorang yang suka bertukar kerja dan tidak kekal lama disesebuah syarikat. Jika syarikat mencari seseorang yang boleh bekerja lama disyarikat maka peluang ada anda adalah tipis.
2. Jika jawaban anda YA, anda menggambarkan bahawa kemungkinan anda akan kerap bercuti untuk menguruskan hal-hal perkahwinan dan kampung yang jauh juga memerlukan cuti yang lebih panjang. Sekiranya syarikat tidak mempunyai staff yang ramai dan jenis kerja yang semuanya nak cepat atau "urgent" permohonan anda akan ditolak.
3. Jika jawaban anda anak-anak masih kecil ia akan menggambarkan bahawa kemungkinan anda akan sering bercuti kerana anak kecil dan memerlukan lebih perhatian.
4, Jika sekiranya jawaban anda TIDAK bermakna anda seorang yang masuk kerja cukup 8 jam balik rumah dan sekiranya syarikat seseorang yang boleh bekerja masa.
5, Jika jawaban anda TIDAK menggambarkan bahawa anda seseorang yang tidak tahu menangani masalah dan akan mengakibatkan kerja anda terjejas. Jika suasana bekerja disyarikat sentiasa tersebut sentiasa sibuk dan semua nak "urgent", anda bukan calon yang sesuai dan permohonan anda akan ditolak.
6. Jika sekiranya jawaban anda YA ini menggambarkan bahawa anda mungkin akan bekerja tidak lama kerana anda akan berhenti apabila anda melanjutkan pelajaran esok. Jika syarikat mencari seseorang yang boleh bekerja lama disyarikat maka peluang ada anda adalah tipis.
Saya berharap perkongsian ini membantu dan jika anda rasa blog saya berinformasi, follow dan subscriba lah blog saya dengan klik butang tersebut disebelah kanan blog.
#tipisjawabantemuduga #tipstemuduga #soalanwajibtemuduga
Thursday, January 2, 2020
PETUA MENGUBATI STROKE / SERANGAN JANTUNG
Saturday, May 25, 2019
COOKIES SIHAT
Dah banyak buat Cookies ke? Buat Cookies apa tu? Hari ni saya buat buckwheat chocolate chips lagi, cookies sihat untuk semua, bahan agak mahal tapi kesihatan harus di utamakan .. kan? Saya suka buat cookies ni sebab mudahhh sangat ...
Bahan-bahannya;
1 cawan Buckwheat Flour atau Tepung Kacang Kuda
1/3 cawan Sunflower Oil atau Minyak Kelapa
2 sudu besar Air
1/3 cawan Brown Sugar, kalau nak manis lagi boleh letak 1/2 cawan
1/2 sudu teh Baking Soda
1/2 sudu teh Vanilla Essen
1/2 sudu teh Apple Cider Vinegar
Cara Membuatnya;
1. Masukkan minyak dan gula terlebih dahulu, pukul hingga gula hancur diikuti dengan bahan-bahan lain kecuali tepung.
2. Setelah semua telah hancur dan sebati masukkan tepung perlahan-lahan dan sebatikan dengan semua bahan-bahan.
3. Panaskan ketuhar 180 darjah selam 10 minit sambil sementara membentukkan cookies kedalam dulang.
Bentuk Cookies ikut suka hati, hari ni saya buat ala-ala famous amos guna cedok guna sudu teh jer, cedok masuk dalam dulang.
Gambar kat bawah ni, cookies sebelum-sebelum ni, saya buat bulat.
4. Bakar 15 - 20 minit , Siap untuk di makan.
#cookiessihat #buckwheatchoclatechips #cookiestepungkacangkuda #cookiesnongluten
Wednesday, May 1, 2019
PERBEZAAN BUTTER & MAJERIN
Sebenarnya walaupun beli mungkin lebih mudah tapi lagi elok buat sendiri sebab kita boleh control kandungan minyak, gula dalam adunan untuk menjamin kesihatan kita. Bukan sahaja biscuit tapi semua makanan yang kita makan.
#perbezaanbutterdanmajerin
Saturday, February 2, 2019
Peminat Air Limau SILA BACA
Sumber : Photobucket |
Sebabnya??? sebabnya adalah proses membuat air tersebut ...bila nak buat air tu kan nak kena potong limau tu pas tu perah kat dalam cawan tu, bersih ke jari-jari dia tu ek? Sebelum dia buat air tu agak2 dia buat apa? korek hidung? garu sana sini? dari toilet ? haisshhh...geli tak? bila terfikir semua benda ni tak lalu nak minum air limau kat luar sana tu.
XOXO
Resipi Kuih Penjaram Sabah
Kuih Penjaram ? macam pernah nampak kat mana-mana kan? Muka sama tapi rasa tak sama dik oii , ada yang keras kalau buat baling ayam, ayam pu...
-
Bahan-bahannya; 2 cawan Tepung iaitu; 70% Tepung Beras 20% Tepung Ubi 10% Tepung Jagung atau ... 2 cawan Tepung Tiada Gluten 2 caw...
-
Pada entry ini saya ingin berkongsi Roti Canai Segera dan sedap di pasaran. Boleh didapati dikedai-kedai biasa, Giant dan Aeon Jusco. Sa...