MAS

Karot Cake Bebas Gluten & Telur

Bahan-bahannya;

2 cawan Tepung iaitu;
70% Tepung Beras
20% Tepung Ubi
10% Tepung Jagung

atau

2 cawan Tepung Bebas Gluten
1 cawan Air
11/4 Minyak Olive
1/3 cawan gula
2 cawan Carrot - diparut
Sedikit Kulit Limau Orange - diparut

Cara Membuatnya;

Blend tepung, air, olive oil dan gula bersama , apabila telah sebati campurkan carrot dan kulit limau yang telah diparut.

Masukan kedalam loyang yag telah disapu sedikit minyak supaya tak melekat dan bakar dengan suhu 175 darjah selama 1 jam ( adjust ikut kemampuan Oven anda).

Selepas sejam, cake telah masak tetapi lapisan bawah akan lembik sedikit kerana telur tidak digunakan tapi jangan risau sebab apabila adunan telah sejuk dia akan keras dan boleh dipotong.

Hidangan ini sesuai untuk mereka yang menghidapi penyakit celiac kerana bebas gluten dan bebas telur.

No comments:

Post a Comment

Resipi Kuih Penjaram Sabah

Kuih Penjaram ? macam pernah nampak kat mana-mana kan? Muka sama tapi rasa tak sama dik oii , ada yang keras kalau buat baling ayam, ayam pu...