MAS

Friday, August 14, 2020

PROSES TUKAR NAMA HAK MILIK KERETA DI PUSPAKOM PANTAS DAN CEPAT

Selama ini  bila cakap proses tukar hak milik kereta macam-macam orang cakap, bunyi macam  rumit sangat sampai ada setengah orang tu sanggup bayar agen untuk buat proses pemeriksaan sebab malas nak menunggu dan takut  kalau-kalau kereta ada masalah lepas tu tak lulus.

Kebetulan saya nak jual kereta lama, fikir-fikir sebab tak nak susah, guna agen je lah so tak payah cuti kerja, tanya agen berapa fee bawa kereta pergi puspakom, dia cakap nak tengok kereta dulu baru boleh bagi harga ..huh! nak minta harga pun susah, nak tengok kereta segala, so saya cakap kalau kereta tak de masalah berapa? dia jawab RM400.00 .. terperanjat beruk dengar ...dalam hati, biarlah aku buat sendiri bayar RM30++ je pun, kebetulan pula cuti banyak sebab PKP. Orang cakap standard harga agen sebenarnya RM150.00.00- RM200.00 je tapi tak tau agen ni kenapa minta sampai RM400.00 

Buat sendiri je lah senang tak susah dan tak lama pun menunggu sebab sekarang dah buat appointment online so datang awal 20 minit sebelum appointment pun dah ok. Semua proses tak sampai sejam pun dah siap. So tak de lah serumit yang dok orang heboh-hebohkan. Asalkan kereta tak de masalah, insyAllah ok punya. Sebelum pergi pastikan pastikan semua lampu semua menyala, tayar tak botak dan tak de tinted.

So berikut adalah proses yang anda kena lalui sekiranya nak hantar check kereta di puspakom ;

1. Buat appointment secara online di website Puspakom, semasa membuat appointment tu bayaran pemeriksaan kena bayar terus secara online, resit dan details appointment dia hantar ke email anda so kalau tak de email buat email dulu kalau nak buat appoinment, kalau malas nak buat email pinjam lah email sesiapa kalau malas sangat buat email. Tapi zaman sekarang ni better buat satu email lah sebab banyak kegunaan.

2. Sebelum nak pergi appointment print appointment details yang ada barcode tu sebab nanti sampai puspakom nak kena scan. Kalau tak terima, call cawangan puspakom yang nak pergi tu nanti dia resend balik ( saya punya tak terima, saya call dia resend).

3. Geran asal dan kad pengenalan kena bawa, kalau wakilkan sesiapa geran tu kena bagi kat wakil masa  nak pergi puspakom ( oh ya lupa mentioned, masa nak buat appointment tu kita boleh wakilkan orang lain untuk pergi bagi pihak atau bawa sendiri).

4. Sampai puspakom, pergi scan barcode tu lepas tu beratur kat kaunter bagi geran asal dan kad pengenalan, lepas dia sahkan semua dia bagi resit pembayaran online yang kita dah buat tu. 

5. Lepas tu bawa resit dan appointment details letak dalam kereta, geran asal kaunter pegang sehingga proses selesai nanti dah selesai dia pulangkan dengan keputusan lulus atau gagal so jangan bimbang bila geran dia tak kasih. Bawa kereta masuk untuk pemeriksaan, turunkan cermin separuh, buka bonet belakang, kunci tinggal dalam kereta tunggu orang check.

5. Lepas check bawa kereta keluar dan cari parking, parkingkan kereta dulu kemudian masuk lagi ke dalam tunggu keputusan. 

6. Bila keputusan dan siap pergi kat kaunter keputusan untuk ambil keputusan dan bila dah lulus bolehlah ke JPJ untuk proses seterusnya.


PROSES TUKAR HAK MILIK KENDERAAN DI JABATAN PENGANGKURAN JALAN (JPJ)

1. Sebelum ke JPJ pastikan anda ada bawa Kad Pengenalan dan Geran Asal kalau tak de buang masa je menunggu.

2. Isi borang ( sehelai sahaja) cuma perlu butir-butir ringkas seperti nama, kad pengenalan, alamat , nombor pendaftaran kenderaan dan butir-butir pembeli.

3. Tunggu giliran, bila tiba giliran anda pegawai JPJ akan panggil buat thumb print kat machine, lepas semua ok dia akan  cop pembatalan hak milik di geran dan  proses selesai.

4. Lepas tu pembeli baru kena thumb print dalam masa tujuh (7) hari jika tidak permohonan terbatal dan kena buat proses baru lagi jika melebihi tempoh yang diberi.

Saya harap perkongsian ini berguna untuk anda bercadang bawa kereta ke puspakom dan silakan share kepada kawan-kawan yang mungkin memerlukan.


#puspakom #tukarnamahakmilikkenderaan #tukarnamakereta #jpj


No comments:

Post a Comment

Resipi Kuih Penjaram Sabah

Kuih Penjaram ? macam pernah nampak kat mana-mana kan? Muka sama tapi rasa tak sama dik oii , ada yang keras kalau buat baling ayam, ayam pu...