MAS

Showing posts with label Roti Sourdough. Show all posts
Showing posts with label Roti Sourdough. Show all posts

Thursday, September 3, 2026

Resipi Roti Sourdough Cranberry (Sourdough Cranberry Bread)

 Roti Sourdough Bread (Plain Country)


Bahan-bahannya

600gm Tepung Roti

6gm garam

340-gram air 

240gram Starter 

100 gram buah Cranberry Kering


Cara membuatnya ;

1. Masukkan air kedalam bekas adunan, masukkan garam dan starter, kacau sehingga semua sebati sehingg tiada ketulan.

3. Masukkan tepung perlahan-lahan sehingga habis. Uli hingga sebati. Tutup bekas dan biarkan.

4. Selepas 30 minit, Lakukan strech and fold pertama. Tutup bekas dan biarkan.

5. Selepas 30 minit. Ulang step 4

6. Selepas 30 minit. Ulang step 5

7. Jika adunan telah licin semasa step 6, bentukkan kenudian masukkan ke dalam fridge untuk cold fermentation. Jika adunan masih belum licin , ulang step sekali lagi.

8. Selepas 8-12 jam keluarkan adunan dari fridge. 

9. Lebarkan adunan mengikut size loyang anda , tabur buah cranberry kering, semasa membentukkan roti tabur lagi buah cranberry sedikit demi sedikit  sehingga habis 

10. Biarkan selama 1 jam atau sehingga adunan lembut kemudian baru bakar.

9. Selepas bakar, biar roti betul2 sejuk baru potong supaya senang nak potong.


Nota : Buah Cranberry boleh juga dicampurkan terus  kedalam adunan jika suka.


Selamat Mencuba, jumpa pada post resipi  Sourdough yang lain pula ....

Follow untuk post seterusnya !




Resipi Sourdough Forcacia Bread / Roti Forcacia

 



Bahan-bahannya

Bahan A

300gm Tepung Roti

3gm garam

180-gram air 

120gram Starter 


Bahan B

Garam Kasar

Minyak Olive

Daun Rosemary

Baby Tomato ( jika suka)


Cara membuatnya ;

1. Masukkan air kedalam bekas adunan, masukkan garam dan starter, kacau sehingga semua sebati sehingg tiada ketulan.

3. Masukkan tepung perlahan-lahan sehingga habis. Uli hingga sebati. Tutup bekas dan biarkan.

4. Selepas 30 minit, Lakukan strech and fold pertama. Tutup bekas dan biarkan.

5. Selepas 30 minit. Ulang step 4

6. Selepas 30 minit. Ulang step 5

7. Jika adunan telah licin semasa step 6, bentukkan kenudian masukkan ke dalam fridge untuk cold fermentation. Jika adunan masih belum licin , ulang step sekali lagi.

8. Selepas 8-12 jam keluarkan adunan dari fridge. 

9. Masukkan adunan tersebut kedalam Loyang atau bekas kaca  ukuran 30" x 30" yang telah di sapu dengan minyak olive untuk membakar. Tekan adunan menggunakan sepuluh jari anda sehingaa menghasilkan lubang lubang pada adunan.

10. Tabur garam kasar diatas adunan

11. Tuang minyak olive atas adunan

12. Taburkan daun Rosemary

13. Letak baby tomato, tekan kedalam supaya agak tengelam ke dalam adunan

14.  Biarkan selama 1 jam atau sehingga adunan lembut kemudian baru bakar.

15. Selepas bakar, biar roti betul2 sejuk baru potong supaya senang nak potong.


Selamat Mencuba, jumpa pada post resipi  Sourdough yang lain pula ....

Follow untuk post seterusnya !




Tuesday, September 1, 2026

Resipi Roti Sourdough ( Sourdough Bread Plain Country)



Roti Sourdough Bread (Plain Country)


Bahan-bahannya

600gm Tepung Roti

6gm garam

340-gram air 

240gram Starter 


Cara membuatnya ;

1. Masukkan air kedalam bekas adunan, masukkan garam dan starter, kacau sehingga semua sebati sehingg tiada ketulan.

3. Masukkan tepung perlahan-lahan sehingga habis. Uli hingga sebati. Tutup bekas dan biarkan.

4. Selepas 30 minit, Lakukan strech and fold pertama. Tutup bekas dan biarkan.

5. Selepas 30 minit. Ulang step 4

6. Selepas 30 minit. Ulang step 5

7. Jika adunan telah licin semasa step 6, bentukkan kenudian masukkan ke dalam fridge untuk cold fermentation. Jika adunan masih belum licin , ulang step sekali lagi.

8. Selepas 8-12 jam keluarkan adunan dari fridge. Biarkan selama 1 jam atau sehingga adunan lembut kemudian baru bakar.

9. Selepas bakar, biar roti betul2 sejuk baru potong supaya senang nak potong.


Selamat Mencuba, jumpa pada post resipi  Sourdough yang lain pula ....

Follow untuk post seterusnya !




Cara-Cara Buat Starter Roti Sourdough

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke dunia pembuatan roti Sourdough!

Membuat starter sourdough sendiri dirumah sebenarnya senang tetapi memerlukan kesabaran. Dengan hanya menggunakan dua bahan asas yaitu tepung dan air, anda akan menternak ragi semula jadi (wild yeast) serta bakteria baik yang bakal memberi aroma segar dan rasa sedikit masam pada roti anda.

Sebelum bermula, pastikan anda bersedia dengan balang kaca yang bersih untuk memelihara starter anda.

Post ini akan membimbing anda langkah demi langkah untuk membuat starter yang aktif dan sihat dalam seminggu, In Sha Allah.


1. Hari Pertama - Isikan sebanyak 30gram tepung dan 30gram air bersih kedalam balang kaca yang bersih dan selok-eloknya telah di sterilkan. Tanda aras tepung & air pada balang dengan menggunakan marker atau getah. Jangan tutup terlalu rapat, longgarkan sedikit untuk pelepasan gas.

2. Hari Kedua - Selepas 12 jam, buat feeding starter anda, tambahkan sebanyak 30gram tepung dan 30gram air kedalam balang anda yang akan menjadikan isi balang anda sebanyak 120gram, tutup dan biarkan selama 12 jam untuk feed seterusnya. Ingat, jangan tutup balang terlalu rapat, longgarkan sedikit untuk pelepasan gas.

3. Hari Ketiga - keluarkan tepung sebanyak 60gram dari balang anda, kemudian feed starter anda 30gram tepung dan 30gram air menjadikan isi balang anda sebanyak 120gram semula. Tutup balang sehingga next feed seterusnya iaitu selepas 12 jam. Pada saat ini starter anda mungkin mula menampakkan gelembung-gelembung kecik dan berbau masam. Perharikan penanda aras tepung akan anda kenaikan sedikit.

4. Hari Keempat - ulang step hari ketiga. Pada saat ini starter anda akan mengeluarkan lebih banyak gelenbung dan berbau wangi, Penanda aras tepung menandakan tepung anda menunjukkan kenaikan tepung yang lebih ketara atau jika terlalu aktif size akan berganda sebanyak 2 kali.

5. Hari Keempat - ulang step hari ke empat.  Starter naik dua kali ganda. Perhatikan berapa lama starter anda naik selepas feeding.

6. Hari Keempat - ulang step hari ke lima. Perhatikan masa starter anda mula naik dan turun semula. 

7. Hari Ke Tujuh - Jika starter naik double kurang dari satu jam pada hari ke 4, 5 dan 6 bermakna starter anda telah aktif dan tidak perlu feed lagi dan starter anda sudah boleh digunakan. Jika kenaikan masih tidak consistent teruskan feeding sehingga starter naik consistent.

Post seterusnya saya akan kongsikan resipi roti sourdough. Follow supaya tidak ketinggalan post seterusnya.



Thursday, August 27, 2026

Perbezaan Roti Biasa dan Roti Sourdough?



Assalamualaikum & salam sejahteram dah lama tak update Blog ni, untuk pengetahun semua saya akan kembali aktif menulis Blog ini.

Sekarang dah ramai yang bertukar kepada Roti Sourdough dari Roti biasa walaupun harganya mahal dari roti biasa. Anda mungkin ingin mengetahu apa perbezaan Roti Sourdough ni dengan Roti Biasa kan? Kenapa maha sedangkan hanya tepung sahaja? Jom kita tengok perbezaannya :-


Roti Biasa

Roti biasa dibuat menggunakan serbuk penaik komersial, penstabil roti dan gula. Tidak mesra pada perut.


Roti Sourdough

Manakala Roti Sourdough dibuat menggunakan starter ( yg di buat dari tepung) dan garam.  Roti diperam selama 8 hingga 18 jam untuk menghasilkan roti yang lembut dan sedap. Mesra pada perut, mudah di hadam dan rendah gluten yang telah dipecahkan semasa proses fermentasi. 

Ada yang berminat belajar cara buat starter Sourdough tak? Post seterusnya saya akan kongsikan cara-cara membuat starter Sourdough, tekan butang follow atau subscribe supaya tidak ketinggalan post seterusnya.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke 69. Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Resipi Roti Sourdough Cranberry (Sourdough Cranberry Bread)

  Roti Sourdough Bread (Plain Country) Bahan-bahannya 600gm Tepung Roti 6gm garam 340-gram air  240gram Starter  100 gram buah Cranberry Ker...