MAS

Cara Membayar Zakat Online

Langkah-langkah yang anda harus lakukan adalah :-

1. Pastikan anda telahpun mempunyai alamat email, jika tiada, sila dapatkannya terlebih dahulu. Anda boleh membuat email dengan mana-mana email provider yang ada  iaitu contohnya yahoo.com , gmail.com atau sebagainya. Kemudian ....

2. Cari halaman sesawang Pusat Zakat iaitu  www.zakat.com.my, sila copy paste alamat tersebut dan pastekan ke browser anda atau google pun boleh. Pastikan anda diwebsite yang betul seperti dibawah :-


3. Pilih butang DAFTAR  berwarna biru yang berada dibahagian paling atas sebelah kanan anda  dan isi semua maklumat anda diruang yang telah disediakan.


4. Setelah pendaftaran selesai, Pusat Zakat akan menghantar email pengesahan pendaftaran kepada anda. Sila tekan butang biru seperti dibawah untuk mengaktifkan akaun anda dan simpan email tersebut untuk rujukan anda pada masa akan datang.


5. Setelah mengaktifkan akaun anda, akaun anda telahpun siap sedia untuk digunakannya. Untuk mengetahui jumlah zakat, gunakan KALKULATOR zakat yang telah disediakan untuk membuat pengiraan. Pilih JENIS  zakat yang hendak dibayar seperti dibawah kemudian isi maklumat pendapatan.


6. Selesai mengisi jumlah pendapatan, tekan butang KIRA dan jumlah zakat yang perlu anda bayar akan dipaparkan.  Pilih butang BAYAR untuk membuat bayaran segera atau SIMPAN sekiranya anda belum bersedia untuk membuat bayaran. Jika anda memilih untuk membuat pembayaran, pilih butang BAYAR .


7. Kemudian pilihlah cara pembayaran yang anda ada seperti dibawah....


8. Setelah pembayaran dibuat anda boleh PRINT resit pembayaran untuk simpanan anda, sekiranya resit hilang anda boleh mendapatkannya semula daripada DASHBOARD anda. Email transaksi bank anda akan dihantar ke email anda seperti dibawah.


9. Dashboard anda akan menyimpan semua transaksi pembayaran anda dan anda boleh rujuk pada bila-bila masa jika diperlukan.

10. Bagi mereka yang dikenakan cukai pendapatan (PCB) tetapi memilih untuk  membayar ZAKAT PENDAPATAN  bolehlah menggunakan kemudahan ini jika syarikat anda tidak membuat potongan gaji.

*TAMAT*

No comments:

Post a Comment

Resipi Kuih Penjaram Sabah

Kuih Penjaram ? macam pernah nampak kat mana-mana kan? Muka sama tapi rasa tak sama dik oii , ada yang keras kalau buat baling ayam, ayam pu...