MAS

Resipi Karot Kek Sukatan Cawan

BAHAN-BAHAN
  • 2 Cawan tepung naik sendiri
  • 2 Cawan gula halus/castor
  • 4 biji telur 
  • 1 1/2 cawan minyak conola/sunflower/sayur ( saya guna olive oil aje)
  • Sedikit garam
  • 4 cawan carrot Parut
  • 1 biji kulit buah oren
  • 1 Sudu Kacang Walnut yang telah hancur
CARA-CARA :
  • Siapkan bekas bakar, griskan dengan butter (saya sapu olive oil aje) dan alaskan kertas kek
  • Pukul gula dengan minyak hingga kembang
  • Perlahan-lahan masukkan tepung yang telah dicampurkan dengan garam dan pukul lagi
  • Masukan lebihan tepung berselang-selang dengan telor hingga habis
  • Masukan parutan carrot dan kacang , kacau dengan sudip
  • Siap untul dibakar dalam api 180 darjah celsius 45-50 minit
BAHAN-BAHAN CREAM CHEESE:
  • 250 Gram Cheese
  • 30 Gram Butter
  • 1 sudu besar perahan lemon, limau biasa atau sunquick pun boleh
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu besar susu segar
  • 100gm gula ising 
Pukul hingga kembang cream cheese dan butter. Masukan gula dan semua bahan lain. Siap untuk disapu atas kek yang sudah sejuk. 

No comments:

Post a Comment

Resipi Kuih Penjaram Sabah

Kuih Penjaram ? macam pernah nampak kat mana-mana kan? Muka sama tapi rasa tak sama dik oii , ada yang keras kalau buat baling ayam, ayam pu...