NATIONAL PARK.
Ini adalah pemandangan dari luar National Park. Perjalanan lebih kurang 45 minit dari daerah Tamparuli tapi tak masuk dalampun, singgah makan restaurant kat luar je. Dalam perjalanan balik boleh singgah nanti. Dah masuk beberapa kali tempat ni sebenarnya sebab tu jadi last choice. Nak tengok Spa ikan dulu.
KUDASANG, RANAU
Ok, dah sampai daerah Kundasang, dah nampak Signage tu ...
View sepanjang perjalanan menuju ke Pekan Ranau ..
Jalan bengkang-bengkok macam ular kena palu, siapa tak tahan mabuk, stand by plastik takut muntah hehe ..
Singgah jap di kawasan rehat. Taraaaa.... nampak belakang tu Gunung Kinabalu, salah satu gunung yang tertinggi di Asia Tenggara
So.. ni lah dia Spa Ikan yang saya nak tengo sangat tu, jealous tengok orang bergambar dengan ikan kat Sungai .. hari my turn pula hehe
Selain dari Spa Ikan, sini ada Water Rafting juga
Peraturan nak masuk Spa Ikan ...
Sepanjang sungai ni adalah Spa Ikan. Ikan disungai ini setiap tahun di tangkap dan ditukar dengan ikan-ikan yang baru iaitu ikan yang kecil.
Tu dia ... nampak ikan tu, biasanya kalau spa ikan, anak-anak ikan kecil tapi ni bapa dan atok-atok ikan, besar gila ..bila kena gigit boleh putus jari dibuatnya ..tapi ikan ni tak gigit macam tu ..cuma jinak je lah ...bagi makan dia datang kat kita macam ni ..
CATTLE VILLAGE
Selepas melawat Spa Ikan, dalam perjalanan balik singgah Cattle Village pula tapi hampeh dah pukul 5 petang so dah tak boleh masuk. So tengok lebuh kat luar je lah ...
Pemandangan kat sini membuat anda macam kat Switzerland. Cantik sangat, udara segar dan nyaman.
Jalan menuju ke Ladang, ambil gambar ni dari Guard Post
Tengok lembu-lembu comel ni dari jauh je, nampak tak embun tu, sejuk kat sini ..
Segar bugar lembu ni ..
Sebelum balik, singgah beli sayur segar buat sayur malam ni ..
Hari pun dah petang so tour hari ni berakhir disini. Esok sambung pula, jumpa di Part 2.
No comments:
Post a Comment