MAS

Showing posts with label Berita Sana Sini. Show all posts
Showing posts with label Berita Sana Sini. Show all posts

Friday, August 14, 2020

PROSES TUKAR NAMA HAK MILIK KERETA DI PUSPAKOM PANTAS DAN CEPAT

Selama ini  bila cakap proses tukar hak milik kereta macam-macam orang cakap, bunyi macam  rumit sangat sampai ada setengah orang tu sanggup bayar agen untuk buat proses pemeriksaan sebab malas nak menunggu dan takut  kalau-kalau kereta ada masalah lepas tu tak lulus.

Kebetulan saya nak jual kereta lama, fikir-fikir sebab tak nak susah, guna agen je lah so tak payah cuti kerja, tanya agen berapa fee bawa kereta pergi puspakom, dia cakap nak tengok kereta dulu baru boleh bagi harga ..huh! nak minta harga pun susah, nak tengok kereta segala, so saya cakap kalau kereta tak de masalah berapa? dia jawab RM400.00 .. terperanjat beruk dengar ...dalam hati, biarlah aku buat sendiri bayar RM30++ je pun, kebetulan pula cuti banyak sebab PKP. Orang cakap standard harga agen sebenarnya RM150.00.00- RM200.00 je tapi tak tau agen ni kenapa minta sampai RM400.00 

Buat sendiri je lah senang tak susah dan tak lama pun menunggu sebab sekarang dah buat appointment online so datang awal 20 minit sebelum appointment pun dah ok. Semua proses tak sampai sejam pun dah siap. So tak de lah serumit yang dok orang heboh-hebohkan. Asalkan kereta tak de masalah, insyAllah ok punya. Sebelum pergi pastikan pastikan semua lampu semua menyala, tayar tak botak dan tak de tinted.

So berikut adalah proses yang anda kena lalui sekiranya nak hantar check kereta di puspakom ;

1. Buat appointment secara online di website Puspakom, semasa membuat appointment tu bayaran pemeriksaan kena bayar terus secara online, resit dan details appointment dia hantar ke email anda so kalau tak de email buat email dulu kalau nak buat appoinment, kalau malas nak buat email pinjam lah email sesiapa kalau malas sangat buat email. Tapi zaman sekarang ni better buat satu email lah sebab banyak kegunaan.

2. Sebelum nak pergi appointment print appointment details yang ada barcode tu sebab nanti sampai puspakom nak kena scan. Kalau tak terima, call cawangan puspakom yang nak pergi tu nanti dia resend balik ( saya punya tak terima, saya call dia resend).

3. Geran asal dan kad pengenalan kena bawa, kalau wakilkan sesiapa geran tu kena bagi kat wakil masa  nak pergi puspakom ( oh ya lupa mentioned, masa nak buat appointment tu kita boleh wakilkan orang lain untuk pergi bagi pihak atau bawa sendiri).

4. Sampai puspakom, pergi scan barcode tu lepas tu beratur kat kaunter bagi geran asal dan kad pengenalan, lepas dia sahkan semua dia bagi resit pembayaran online yang kita dah buat tu. 

5. Lepas tu bawa resit dan appointment details letak dalam kereta, geran asal kaunter pegang sehingga proses selesai nanti dah selesai dia pulangkan dengan keputusan lulus atau gagal so jangan bimbang bila geran dia tak kasih. Bawa kereta masuk untuk pemeriksaan, turunkan cermin separuh, buka bonet belakang, kunci tinggal dalam kereta tunggu orang check.

5. Lepas check bawa kereta keluar dan cari parking, parkingkan kereta dulu kemudian masuk lagi ke dalam tunggu keputusan. 

6. Bila keputusan dan siap pergi kat kaunter keputusan untuk ambil keputusan dan bila dah lulus bolehlah ke JPJ untuk proses seterusnya.


PROSES TUKAR HAK MILIK KENDERAAN DI JABATAN PENGANGKURAN JALAN (JPJ)

1. Sebelum ke JPJ pastikan anda ada bawa Kad Pengenalan dan Geran Asal kalau tak de buang masa je menunggu.

2. Isi borang ( sehelai sahaja) cuma perlu butir-butir ringkas seperti nama, kad pengenalan, alamat , nombor pendaftaran kenderaan dan butir-butir pembeli.

3. Tunggu giliran, bila tiba giliran anda pegawai JPJ akan panggil buat thumb print kat machine, lepas semua ok dia akan  cop pembatalan hak milik di geran dan  proses selesai.

4. Lepas tu pembeli baru kena thumb print dalam masa tujuh (7) hari jika tidak permohonan terbatal dan kena buat proses baru lagi jika melebihi tempoh yang diberi.

Saya harap perkongsian ini berguna untuk anda bercadang bawa kereta ke puspakom dan silakan share kepada kawan-kawan yang mungkin memerlukan.


#puspakom #tukarnamahakmilikkenderaan #tukarnamakereta #jpj


Monday, December 25, 2017

Star Wars: The Last Jedi Trailer (Official)



Hi! Semua ,

Weekend buat apa?

Dah tengok STAR WARS?

Kalau belum jom ramai-ramai tengok STAR WARS  di TGV Cinema.

Nak tahu cara dapatkan tiket wayang murah dan percuma?

Click disini untuk info selanjutnya https://ciktina1109.blogspot.my/p/di-entry-ini-saya-nak-share-tips-tengok.html, jika anda tidak boleh click, sila  copy paste alamat tersebut ke browser untuk membacanya.

Kepada yang menyambut HARI NATAL, saya ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL BERSAMA KELUARGA ANDA dan kepada yang tidak menyambut saya ucapkan SELAMAT BERCUTI.

ZENGHRGG ! ZENGHRGG! ZENGHRGG!


Sunday, December 17, 2017

Majlis Khatam Quran

Alhamdulilah, gambar dibawah adalah momen disekitar Majlis Khatam Quran Penulis Remaja Blog Cik Tina bersama sepupunya pada 17hb. December, 2017 ( Dah lama  khatam sebenarnya).

Majlis berkhatam adalah majlis kesyukuran apabila kanak-kanank (lazimnya kanak-kanaklah) tamat baca Quran. Walau bagaimanapun majlis berkhatam bukanlah satu kemestian tapi kalau ada kemampuan bolehlah buat mengikut kemampuan masing-masing. Kanak-kanakkan suka bila diraih :)














Moga menjadi anak yang solleh dan terima kasih kepada pengerusi majlis.



Monday, December 4, 2017

COMMUTER SERVICE BACK TO NORMAL

Alhamdulilah Schedule Train kembali normal, Sejak dua menjak ni bila ada Cargo terbalik je mesti makan masa seminggu baru nak pulih.






Friday, October 27, 2017

PERBEZAAN DIANTARA KAD TOUCH N GO DAN KAD KOMUTER LINK

Semenjak Keretapi Tanah Melayu (KTM) memperkenalkan kad keluarannya sendiri iaitu Kad Komuter Link, masih ramai Pengguna yang memilih untuk terus mengggunakan Kad Touch N Go walaupun terpaksa bersesak dan beratur panjang kerana lorong yang disediakan tidak banyak berbanding dengan pengguna Kad Komuter Link.

Sebelum Kad Komuter di gunakan sepenuhnya pada tahun ini, Pada awal tahun ini Kad tersebut telah dijual dengan harga promosi RM15.00 dan mempunyai nilai kredit  sebanyak RM10.00 dan difahamkan bahawa harga selepas tamat tempoh promosi adalah  RM10.00 dan tidak mempunyai nilai kredit yang boleh digunakan. 

Walaubagaimanapun promosi tersebut tidak mendapat sambutan dan kini Kad tersebut dijual pada harga RM2.00.

Berikut adalah sebab-sebab mengapa Pengguna memilih untuk tidak bertukar kepada Kad Komuter Link KTM :


1) TOUCH N GO
  • Boleh didaftarkan atas nama syarikat atau individu dan sekiranya tercicir, hilang atau dicuri, Pengguna masih boleh mendapatkan baki nilai kredit  dengan melaporkan kepada Pejabat Touch N Go terdekat atau dengan melaporkannya melalui panggilan telefon.
  • Boleh digunakan secara meluas untuk menaiki rangkaian perkhidmatan pengangkutan lain seperti  MRT, LRT, Monorail, KTM, Rapid KL.
  • Boleh digunakan  untuk membeli belah disetengah kedai contohnya K.K Supermarket
  • Boleh tambah nilai distesen minyak Petronas, KK Supermarket, 7 Eleven, News Dot Com dan Watson, 
  • Bagi mereka yang membeli Kad Touch N Go keluaran Watson , sekiranya mereka membeli belah di rangakain Watson, mereka boleh mengumpul Points dan boleh ditukarkan kepada nilai wang setelah mencapai jumlah tertentu.

2) KTM KOMUTER LINK
  • Tidak boleh didaftarkan dan sekiranya hilang, Pengguna akan kehilangan kesemua baki pada Kad tersebut.
  • Hanya boleh digunakan untuk menaiki KTM Komuter sahaja.
  • Tidak boleh digunakan untuk membeli barangan di Kedai cth K. K Supermarket.
  • Hanya boleh tambah nilai di stesen KTM.

Jika anda dapati artikel ini menarik dan memberi manafaat, sila kongsikan dengan rakan anda dengan memilih butang kongsi dibawah.




Resipi Kuih Penjaram Sabah

Kuih Penjaram ? macam pernah nampak kat mana-mana kan? Muka sama tapi rasa tak sama dik oii , ada yang keras kalau buat baling ayam, ayam pu...