1. Pastikan anda telahpun mempunyai alamat email, jika tiada, sila dapatkannya terlebih dahulu. Anda boleh membuat email dengan mana-mana email provider yang ada iaitu contohnya yahoo.com , gmail.com atau sebagainya. Kemudian ....
2. Cari halaman sesawang Pusat Zakat iaitu www.zakat.com.my, sila copy paste alamat tersebut dan pastekan ke browser anda atau google pun boleh. Pastikan anda diwebsite yang betul seperti dibawah :-
3. Pilih butang DAFTAR berwarna biru yang berada dibahagian paling atas sebelah kanan anda dan isi semua maklumat anda diruang yang telah disediakan.
5. Setelah mengaktifkan akaun anda, akaun anda telahpun siap sedia untuk digunakannya. Untuk mengetahui jumlah zakat, gunakan KALKULATOR zakat yang telah disediakan untuk membuat pengiraan. Pilih JENIS zakat yang hendak dibayar seperti dibawah kemudian isi maklumat pendapatan.
6. Selesai mengisi jumlah pendapatan, tekan butang KIRA dan jumlah zakat yang perlu anda bayar akan dipaparkan. Pilih butang BAYAR untuk membuat bayaran segera atau SIMPAN sekiranya anda belum bersedia untuk membuat bayaran. Jika anda memilih untuk membuat pembayaran, pilih butang BAYAR .
7. Kemudian pilihlah cara pembayaran yang anda ada seperti dibawah....
8. Setelah pembayaran dibuat anda boleh PRINT resit pembayaran untuk simpanan anda, sekiranya resit hilang anda boleh mendapatkannya semula daripada DASHBOARD anda. Email transaksi bank anda akan dihantar ke email anda seperti dibawah.
9. Dashboard anda akan menyimpan semua transaksi pembayaran anda dan anda boleh rujuk pada bila-bila masa jika diperlukan.
10. Bagi mereka yang dikenakan cukai pendapatan (PCB) tetapi memilih untuk membayar ZAKAT PENDAPATAN bolehlah menggunakan kemudahan ini jika syarikat anda tidak membuat potongan gaji.
*TAMAT*