MAS

Showing posts with label Review Makanan. Show all posts
Showing posts with label Review Makanan. Show all posts

Friday, November 17, 2017

Satay Saiz Besar, Murah dan Sedap




Dah lama tak singgah Food Court Seri Serdang, tadi kebetulan ke sana,  so, singgahlah sebab tetiba teringin nak makan Mee Soto pula. Bila sampai ada setengah gerai dah tutup sebab berniaga siang je termasuk lah gerai jual Mee Soto uhk! uhk! tak de rezeki apa nak buat.

So, pusing-pusing perasaanlah satu gerai ni, nampak menarik dan berjaya menarikh hati saya untuk duduk makan chewahhh!, ada Satay, Tom Yam dan lain-lain lagi, meja bersih, lantai pun bersih. So, kitapun duduk dan terus order.

Kami order Satay Ayam, Mee Rebus, Tom Yam Daging dan Nasi Putih + Air Limau Suam & Air Limau Ais. Tak sampai seminit Satay pun datang, huh! terpegun tengok saiz, selalu tengok ayam  tu cenonet hampir tak nampak kat hujung lidi, yang ni besar.. 2-3 kali ngap baru habis.

Makan Satay ni memang puas hati,  dahlah murah, besar, sedap pula tu, Tom Yam pun sedap ...kuah pekat dan umphhh!! cuma Mee Rebus tu mengecewakan ....rasa memang hampeh (sorry to say) saya makan 3 sudu lepas tu dah tak lalu makan dah.

Senarai harga Satay :-
  1. Ayam - RM0.90
  2. Daging - RM1.00
  3. Kambing - RM1.50
  4. Perut - RM1.10
Harga makanan yang kami order tadi semuanya RM24.50.

Siapa yang nak try boleh datang Gerai Willy Satay, Food Court Seri Serdang.











Saturday, October 21, 2017

ROTI CANAI SEGERA YANG SEDAP DI PASARAN

Pada entry ini saya ingin berkongsi Roti Canai Segera dan  sedap di pasaran. Boleh didapati dikedai-kedai biasa, Giant dan Aeon Jusco. 

Saya pernah cuba beberapa jenama lain ( pssstt !!! tak yah sebut) ada yang terlalu nipis sekali nggap je, ada yang agak tebal dan agak berminyak dan bila dah sejuk agak keras. PARATHA ni walaupun dah sejuk tetap lembut dan sedap.

Cara masak panaskan kuali letak sedikit minyak (saya guna Olive Oil) agar tidak melekat kemudiaan masukan Pastry kedalam kemudian balik-balikan. Tiga minit siap untuk dimakan. Makan begitu sahaja pun sedap.




Resipi Kuih Penjaram Sabah

Kuih Penjaram ? macam pernah nampak kat mana-mana kan? Muka sama tapi rasa tak sama dik oii , ada yang keras kalau buat baling ayam, ayam pu...