MAS

Phenom Penh, Cambodia - Part 3

Dikenali sebagai Killing Field atau Padang Pembunuhan terletak lebih kurang 18 kilometer dari bandar Phnom Penh. Kedudukan yang terpencil, adalah lokasi yang cukup strategik untuk pembunuhan. Itulah persepsi saya apabila menjejakkan kaki di Killing Field ini.

Ramai pelancong dari pelbagai negara berada disana. Ada yang membawa keluarga ada dengan sahabat handai. Kaunter tiket terletak didalam pagar. Harga Tiket Masuk : USD3.00





Suasana disini memang rasa lain macam, mungkin roh-roh mereka tidak tenang. Mana taknya lebih dari sejuta orang dibunuh beramai-ramai disini.  Nasihat saya kalau badan tak berapa sihat, jangan datang sini dan jangan sama sekali membawa kanak-kanak disini. Malam tu kami semua tidur meracau. Tuk-Tuk yang bawa kami kesana pun tak nak masuk tempat ni, parking jauh-jauh je haha .. taubat datang tempat ni ...first and last.

Bangunan dibelakang saya ni (gambar dibawah) adalah tempat menyimpan tenggorak-tenggorak kepala dan tulang-tulang mangsa pembunuhan.



Terdapat ramai sami-sami disini untuk membuat upacara sembahyang kepada para mangsa. Gambar bawah , colok-colok diletak selepas upacara sembahyang dan sentiasa ada, untuk menjaga keamanan roh-roh mangsa mengikut kepercayaan mereka.






















No comments:

Post a Comment

Resipi Kuih Penjaram Sabah

Kuih Penjaram ? macam pernah nampak kat mana-mana kan? Muka sama tapi rasa tak sama dik oii , ada yang keras kalau buat baling ayam, ayam pu...