DANAU TOBA , NORTH SUMATRA,
PROVINCE OF INDONESIA.
PROVINCE OF INDONESIA.
Jarak Medan - Danau Toba sekitar 177KM tapi disebabkan perjalana ke Medan - Toba terpaksa melalui banyak daerah-daerah kecil yang sangat sesak, perjalanan mengambil masa 5-7 jam bergantung pada kecekapan pemandu.
Perjalanan kami mengambil masa selama 7 jam kerana ada beberapa kemalangan kereta semasa dalam perjalanan. Ada beberapa Pemandu ( termasuk pemandu kami) terpaksa menggunakan jalan diatas bahu jalan sebagai alternatif untuk lari dari kesesakan. Kenderaan langsung tidak bergerak dan terpaksa melanggar padi dan beberapa hasil pertanian yang dijemur oleh Penduduk sekitar disepanjang jalan.
Perjalanan amat mencabar, sangat memeningkan, sangat menyakitkan kepala, sangat memuntahkan dan rasa macam nak tercabut jantungpun ada. Jarak kenderaan diantara kenderaan amat dekat dan boleh berlakunya pelanggaran pada bila-bila masa. Bunyi hon kereta pula tidak berhenti sepanjang jalan pendek kata sepanjang 7 jam perjalanan kami. Pemandu akan memotong kenderaan lain sebaik sahaja ada peluang. Perjalanan Medan-Toba seperti satu penyiksaan haha.
Sebaik sahaja kami tiba di Perapat ...fuhhhhh !!! lega sangat tapi rasa-rasa macam nak admitkan diri ke hospital (gambar bawah) pun ada tapi setelah berehat selama hampir sejam, kami pun ke Jeti dan mengambil Ferry ke Pulau Samosir di Danau Toba.
Perjalan ke Pulau Samosir sangat-sangat menyegarkan, hilang penderitaan yang telah dilalui selama 7 jam apabila melihat keindahan Danau Toba hehe. Walau apa pun memang berbaloi datang ke Danau Toba.

Me, enjoying the air breeze ...
My Travel Buddy ...
We stay here ...
Enjoying our "Welcome Drink"
Getting ready to tour , 2 hour before sun set
Salah satu warung orang Islam di Danau Toba, saya makan disini.
Today's CAFE. Cafe kegemaran kami di sini.
Tuan punya Today's CAFE merangkap Supir saya hehe. Disini tiada kereta untuk disewa, kesana kemari naik motosikal je. Siapa yang tak tahu bawa motor kena sewa dengan tuan motor sekali seperti saya.
Esok jalan-jalan sekitar Danau Toba , sambungan kat Part 2...
No comments:
Post a Comment