MAS

Make Dont Know Parents

Kali ni saya nak cakap pasal ibubapa MDK/MD. Tau apa ibubapa MDK/MD?, MDK adalah "make dont know" manakala MD pula adalah " buat dek" 😆😆😆

Saya cukup tidak suka pada ibubapa  yang suka buat "make dont know" atau dalam bahasa melayu pasar " buat dek " bila anak-anak buat perangai, siapa tak sayang anak tapi janganlah biarkan anak membuat sukahati, nama pun "anak" kalau bukan kita siapa lagi yang menegurnya bak kata pepatah " melentur buluh biarlah dari rebung".

Baru ni semasa di Pulau Pangkor semasa anak buah tengah main pasir tetiba ada 2-3 orang budak datang join pula, datang join tu tak jadi masalah sebab anak buah pun seronak ada kawan ramai. Rupanya parents budak ni duduk sebelah jer, perasaan sebab dia memerhatikan gelagat budak tu sambil memanggil-manggil yang  kecil tu.

Jam pun hampir 6.30 petang, kami berkemas untuk balik ke Teluk boleh jer parents tu biar anak dia still main mainan pasir anak buah tu lepas tu tak nak lepas pula tu, mana yang dah tak digunakan kami dah ambil dan basuh tak kan dia tak nampak kot ... kan? Last-last tinggal yang anak dia pegang tu yang tak simpan lagi, kalau saya, saya dah ambil anak saya tu dan pulangkan mainan anak orang, ini tidak bapa dia tu boleh datang sebelah saya ambil gambar closed up anak dia. Hurmmmm dalam hati Tuhan jer yang tahu, geram tengok mak bapa macam tu. Anak dia yang besar tu siap datang gali pasir sampai masuk kat bag kami pun dia make dont lagi, sikit pun tak cakap.

Last-last minute budak kecik tu lepaskan mainan tu kakak dia bagi signal kat anak buah, anak buah ambil dan basuh, kejap lagi budak kecik tu datang nak balik, my brother pujuk anak dia bagi mainan tu kat budak tu, my brother cakap " kesian adik" sebab budak tu kecik dari anak buah, parents budak tu pun still make dont know langsung tak cakap apa @#$%^&**&& boleh gitu ? :)  Langsung tak de perasaan kot atau ... ntah tak tau apa jenis orang macam ni nak panggil :)

Dah banyak kali tengok parents macam ni kadang tu kalau kat Mall tu anak mengacau dia boleh biar je, kadang ada yang datang ke rumah orang anak mengacau barang kat rumah orang sampai berjatuhan, kerusi tungang terbalik pun still mulut tu berat sangat nak buka tegur anak macam ada emas kat dalam mulut, takut jatuh kalau buka mulut.

Ibupada diluar sana janganlah berperangai macam ni kalau sayangkan anak biarlah kena tempat.

#makedontknowparents #ibubapabuatdek #ibubapaselambadek

No comments:

Post a Comment

Resipi Kuih Penjaram Sabah

Kuih Penjaram ? macam pernah nampak kat mana-mana kan? Muka sama tapi rasa tak sama dik oii , ada yang keras kalau buat baling ayam, ayam pu...