MAS

Jogjakarta Indonesia - Part 1

Selepas beberapa tahun baru dapat peluang update gambar-gambar travel ni BUT, well .. i guess is never too late to share something interesting right?  So nilah muka-muka yang excited nak travel melepaskan  stress kerja haha. Sebab tak nak ambil cuti panjang sebab lepas ni nak travel-travel lagi takut Boss tak bagi  kami ambil penerbangan terawal ke Jogja, pukul 5.00 pagi dah sampai Airport takut terlepas flight ( really missed this moment).

Tips : For those of you and bekerja tapi suka travelling ( suka travelling tak pe jangan suka troubling ya :) beli flight awal pagi, sampai destinasi boleh terus on the GO, manakala masa balik pula, ambil flight waktu petang. Walau bagaimanapun sekiranya anda nak ke tempat yang jauh contohnya Australia beli Tiket malam, sampai sana waktu pagi. Dengan cara ini anda boleh jimatkan masa dan tak perlu bercuti panjang untuk bercuti.


Alhamdulilah, penerbangan berjalan dengan licin dan tiba kira-kira jam pukul 8.00 pagi kami telah selamat sampai di Jogja. 



Kami terus ke tempat penginapan kami di Helios. Ini lah gambar bilik kami disini. Bilik bersih, berhawa dingin cuma bilik air tak water heater.


Diluar bangunan dihiasi landskap yang menarik, duduk-duduk  diluar bilikpun best tapi tak kan nak duduk-duduk je kot ..kan. Hey! dah sampai Jogja kot ...banyak benda nak ditengok...lets explore.



Tapi apa-apapun kena sarapan dulu sebelum memulakan perjalanan nanti tak energi pula. Kami bersarapan di restaurant berhampiran Helios.


So, destinasi pertama kami ialah melawat bekas tinggalan bencana gunung merapi yang baru shaja meletus baru-baru.



Tiada kata-kata, biarlah gambar berbicara bagaimana dasyatnya letusan gunung itu, dalam perjalanan nampak beberapa pokok yang nampak familiar tapi tak tahu pokok apa? rupanya pokok kelapa tapi daun-daunya nak terbalik keatas  macam sayap terbalik (lupa snap gambar pokok kelapa tu)>










Destinasi kedua  kami ialah melawat Candi Parambanan ( Indonesia ni banyak sangat Candi merata-rata tempat dan bersaiz besar dan unik).  Dipintu masuk ke Candi Parambanan terdapat ramai yang menjual hasil kraf tangan yang boleh dibeli sebagai buah tangan. Harga memang murah gila. Harga barang-barang tu  semua bawa RM5.00, Gelang tangan yang saya pakai tu harga RM0.80 satu. 





Peta kawasan Candi, luas dan banyak, kami lawat Candi yang besar je, yang anak-anak tak larat nak tengok.




So, yang besar kat belakang tu ...


Dah sampai, kenalah masuk, tengok apa kat dalam ...


Ok, so ni dah naik tadi, dalam dia macam ni ...


Cantik hasil seni orang-orang Indonesia, imagine dulu-dulu walaupun belum ada kemudahan membuat bangunan canggih macam sekarang tapi mereka mampu buat Candi yang cantik dan teguh macam ni.  Gambar-gambar kat  bawah ni kita posing suka-suka dengan travel buddy..


Ni posing senaman namanya, ni senaman kuruskan tangan, buang lemak-lemak kat bawah ketiak tu hehe


Yang ni senaman peha hehe , merepek je hehe


Dah puas explore Candi ni, hari pun dah senja, so balik lah jangan buat macam kampung sendiri kalau melawat tempat orang yer ...bahaya :)



 Esok sambung lagi. Baca selanjutnya  di Part 2.





No comments:

Post a Comment

Resipi Kuih Penjaram Sabah

Kuih Penjaram ? macam pernah nampak kat mana-mana kan? Muka sama tapi rasa tak sama dik oii , ada yang keras kalau buat baling ayam, ayam pu...