MAS

Resipi Pai Epal

BAHAN-BAHANNYA :
  • 3 Cawan Tepung Gandum
  • 1/2 Biji Buttercup
  • Secubit Garam Halus
  • Air Secukupnya
BAHAN-BAHAN INTI :

  • 3 Biji Apple Merah
  • 3 Sudu Gula Perang ( gula putih pun boleh tapi gula perang lagi healty)
  • 1 Sudu Teh serbuk kayu manis (kalau suka boleh letak lebih)
  • 1 Sudu Buttercup ( saya tukar Olive Oil)
CARA-CARA MEMASAK:

  1. MASUKAN TEPUNG GANDUM, GRAM DAN BUTTERCUP KEDALAM BEKAS
  2. RAMAS TEPUNG SEHINGGA MENJADI LEBIH KURANG SEPERTI BREAD CRUMBS
  3. MASUKKAN AIR SEDIKIT DEMI SEDIKIT DAN ULI HINGGA MENJADI DOH
  4. PASTUKAN DOH TIDAK MELEKAT DITANGAN, BULAT-BULATKAN DAN KETEPIKAN
  5. APPLE MERAH DIBERSIHKAN, BUANG KULIT DAN POTONG DADU
  6. PANASKAN KUALI, MASUKAN BUTTERCUP, APPLE DAN GULA
  7. KACAU SEBATI SEHINGGA APPLE MENJADI LEMBUT DAN KUAH PEKAT
  8. LEPERKAN DOH BULAT TADI MENGGUNAKAN KAYU PENGELEK DAN POTONG MENJADI EMPAT SEGI
  9. LETAKKAN INTI APPLE, LIPAT DOH DAN TEKAN DISETIAP SISI
  10. AMBIL GARPU DAN TEKAN LAGI SETIAP SISI
  11. GORENG HINGGA GARING

SAYA GORENG DALAM DEEP FRYER RASA DIA LAGI SEDAP, LEPAS MASUKAN KEDALAM DEEP FRYER TUTUP SEKEJAP LEPAS TU BUKA DAN BALIK-BALIKAN HINGGA GARING

No comments:

Post a Comment

Resipi Kuih Penjaram Sabah

Kuih Penjaram ? macam pernah nampak kat mana-mana kan? Muka sama tapi rasa tak sama dik oii , ada yang keras kalau buat baling ayam, ayam pu...