MAS

Resipi Sauerkraut (Jeruk Kubis)

Bahan-bahannya;

1 biji kubis besar
1 biji Karot
3 sudu besar garam himalaya
Balang bertutup
1 sudu cili kisar jika suka pedas

Cara Membuatnya;

1. Kubis dibelah empat, buang bahagian tengah kemudian hiris halus
2. Karot hiris halus
3. Masukkan kubis dan karot yang telah dihiris halus  kedalam basin kemudian basuh, titiskan air hingga kering
4. Masukkan garam kemudian ramas semuanya hingga kelihatan kecut (guna sarung tangan plastik lebih mudah dan bersih)
5. Sebelum memasukkan kedalam balang, keluarkan air  dan gaulkan cili kisar
6. Masukkan kedalam balang kemudian setiap hari kacau2 dengan sudu
7. Boleh dimakan selepas 3 hingga 7 hari. Kubis akan jadi masam dan lembut

Nota :- Jeruk boleh tahan hingga sebulan, simpan dalam peti sejuk. Boleh guna cara ini untuk jeruk buah jika suka.

Hasil dari fermentasi ini, pribiotic akan terhasil yang mana amat baik untuk tubuh kita ( Sila google khasiatnya dengan lebih lanjut).

Gambar boleh tengok Instagram saya, Jom follow saya ...

Selamat Mencuba!



No comments:

Post a Comment

Resipi Roti Sourdough Cranberry (Sourdough Cranberry Bread)

  Roti Sourdough Bread (Plain Country) Bahan-bahannya 600gm Tepung Roti 6gm garam 340-gram air  240gram Starter  100 gram buah Cranberry Ker...