MAS

Cara Memohon Kerja dan Menghadiri Temuduga


Memohon kerja ...



Sering kali apabila menghubungi candidate (pemohon kerja)  untuk temuduga, perkara yang amat tidak disukai oleh " Hiring Manager" adalah apabila  candidate tidak ingat samada pernah memohon jawatan tersebut atau tidak " syarikat apa ye?" "syarikat ni buat apa ye"? kat mana syarikat ni ye?"  "tak ingat lah" ..... huh ! menyirap ! sometimes  i just hang up and wait for them to call back .. coz if they interested, they will surely call back.

Perkara seperti ini sering berlaku apabila pemohon mendaftar sebagai pencari kerja di jobstreet.com dimana pemohon boleh memilih untuk menerima "job alert" yang akan dihantar melalui email  kepada pemohon mengikut kekerapan yang mereka pilih iaitu samada setiap hari atau setiap seminggu.

Jawatan yang akan dihantar kadang-kadang melebihi dari lima jawatan setiap hari dan apa yang perlu pemohon buat untuk memohon jawatan tersebut adalah dengan menekan butang "apply. Kebiasaannya pemohon tidak membaca detail jawatan, hanya tengok nama jawatan tersebut, agak-agak bunyi menarik atau glamer ..terus apply je macam tabur makanan ayam atas tanah. Bila dipanggil untuk temuduga baru temuduga penemuduga jawatan tersebut sebelum mengatakan "ya" atau "tidak" untuk menghadiri temuduga tersebut. 

So, jika serius mencari pekerjaan, mohonlah jawatan yang relevan pada pengalaman dan kelulusan sahaja supaya tidak membuang masa anda dan juga orang lain. Jika anda mendaftar dengan jobstreet pastikan anda tukar status anda kepada tidak mencari kerja buat masa ini dan buang pilihan lokasi dimana anda ingin memohon jawatan dan yang paling penting adalah memadam "job alert" untuk menghentikan "job alert"  dari Jobstreet.

Disebabkan perkara ini sesetengah majikan lebih suka menggunakan cara lama untuk mencari perkerja iaitu dengan cara mengiklankan di surat khabar atau mudah.com dimana pemohon dikehendaki menghantar permohonan bertulis kepada majikan yang kebanyakannya dihantar melalui email.

Permohonan yang diterima dengan menggunakan cara ini walaupun tidak sebanyak jobstreet.com tetapi kebanyakan permohon adalah berkualiti dan kebanyakan pemohon mempunyai pengalaman dan kelulusan berkaitan. Pemohon telah membaca dan memahami iklan tersebut  sebelum membuat keputusan untuk memohon. Manakala permohonan melalui jobstreet pula kurang berkualiti dan membuang banyak masa. Permohonan terlalu banyak sehingga mencapai ratusan permohonan kerana permohonan boleh dibuat dihujung jari. Kebiasaannya setelah penapisan dilakukan jumlah permohonan yang berkualiti hanya sekitar 30-45% daripada jumlah permohonan dan jumlah kehadiran panggilan temuduga 15-25%. Walaubagaimanapun jobstreet.com telah mengambil langkah untuk membolehkan syarikat menyenarai hitamkan pemohon yang tidak hadir temuduga tanpa memaklumkan kepada syarikat yang telah memanggil untuk temuduga sebagai salah satu langkah untuk mengatasi masalah ini.


Menghadiri sesi Temuduga ...


Jika anda mendapat panggilan temuduga dan anda benar-benar lupa, katakan bahawa anda sedang serius  mencari pekerjaan dan anda telah menghantar banyak permohonan disana-sini  dan tidak ingat nama syarikat yang sedang bercakap dengan anda. Jawapan sedemikian lebih relevan dan boleh diterima pakai.

Setelah anda bersetuju untuk menghadiri temuduga, mintalah penemuduga tersebut untuk menghantar email kepada anda mengenai detail temuduga tersebut. Didalam email tersebut itu nanti akan dinyatakan nama syarikat, alamat website, alamat syarikat, person incharge, masa temuduga dan kadang-kadang siap dengan Job Description sekali. Walau bagaimanapun info website sesebuah syarikat tidak sama, ada yang sangat detail dimana semua info ada dinyatakan didalam website tersebut, sesetengah ada yang hanya menunjukan produk syarikat dan sebagainya , so dig as much info as you can atau anda boleh juga menelefon syarikat tersebut untuk bertanya jika info yang anda cari tidak dinyatakan atau jika syarikat tersebut tidak mempunyai website.

Luangkan masa anda untuk membaca website syarikat tersebut supaya bila anda ditanya apa yang anda tahu mengenai syarikat tersebut anda tidak terpinga-pinga. Baca sejarah syarikat, pengasas , produk syarikat, business partner syarikat (dengan siapa syarikat tersebut berniaga) dan event-event terkini syarikat tersebut jika ada. Dan yang paling penting pastikan anda tahu berita terkini yang berkaitan dengan produk syarikat tersebut jika ada.

Selain daripada persediaan diatas, anda juga harus menyediakan penampilan anda semasa temuduga tersebut. Jika anda seorang lelaki pastikan rambut anda kelihatan kemas, jika anda perlu menggunting rambut atau bercukur lakukanlah sekurang-kurangnya sehari sebelum temuduga. Pastikan kuku anda telah dipotong kemas dan bersih. Gunakan lah sedikit minyak wangi untuk mengharumkan badan anda jika suka. Jika anda seorang perokok pastikan anda tidak berbau rokok semasa sesi temuduga kerana bau rokok anda akan menganggu penemuduga jika dia bukan seorang perokok. Anda mungkin akan ditemuduga secara ringkas sahaja kerana tidak selesa dan hilang minat untuk bercakap dengan anda. So, sekiranya ramai candidate semasa temuduga tersebut ,markah anda mungkin akan agak ketinggalan dibelakang.

Manakala bagi yang perempuan pula pastikan kuku anda kelihatan kemas dan bersih dan jika anda bertudung pastikan tudung yang matching dengan baju anda yang akan dipakai untuk menghadiri telahpun disediakan kerana persediaan last minute akan melambatkan anda (almaklumlah perempuan kan..). Pakailah baju yang selesa dan sopan semasa menghadiri temuduga, elakkan memakai make-up yang terlalu tebal (kecuali jawatan tersebut memerlukan anda sedemikian) , jangan memakai minyak wangi yang terlalu banyak dan aksesori yang keterlaluan.

Rancanglah masa lebih awal untuk menghadiri temuduga tersebut agar anda tidak lewat sampai. Sekiranya slot yang diberikan anda adalah pukul 11.00pagi, pastikan anda sampai sekurang-kurangnya 15 minit awal atau sebaik-baiknya 30 minit awal supaya anda dapat menyesuaikan dengan suasana disyarikat tersebut.

Semasa menunggu diruang tamu, sekiranya ada risalah atau majalah syarikat bacalah untuk menambah pengetahun anda berkenaan dengan syarikat tersebut. Elakan dari bertanya kepada receptionist atau staff sekitar berkaitan dengan latar belakang syarikat kerana ini akan memberi impression yang kurang baik kepada anda pada saat itu ...anda seharusnya telah membuat homework sebagai persediaan. Pastikan telefon bimbit anda "silent" dan jika terdapat panggilan, bercakaplah dengan nada yang perlahan dan sopan kerana kelakuan anda semasa menunggu  akan memberi impak kepada sesi temuduga anda, dalam erti kata yang lain, jagalah kelakuan anda semasa menunggu.

Sebaik sahaja anda dipanggil masuk untuk sesi temuduga ... jika hiring manager ( kadang kala terdiri daripada barisan panel)  telahpun berada didalam bilik temuduga, ucapkan selamat pagi, tengahari atau petang sebelum duduk. Bercakaplah dengan tenang dan jelas apabila ditanya. Diakhir sesi temuduga, anda akan diberi peluang untuk membuat pertanyaan sebelum meninggalkan bilik temuduga, kadangkala Hiring Manager akan bertanya samada anda mempunyai sebarang pertanyaan tetapi sekiranya anda tidak soal sedemikian anda boleh meminta peluang tersebut dan tanyalah sebarang pertanyaan yang anda ingin tanya. Diakhir sesi, ucapkanlah terima kasih  sebelum meninggalkan bilik temuduga.

Sebaiknya hantarlah ucapan terima kasih kepada Hiring Manager tersebut diatas peluang temuduga yang telah diberikan anda dan nyatakan anda beharapan agar mendapat peluang bekerja disyarikat tersebut agar Hiring Manager "recap" sesi bersama anda.

Begitulah sedikit sebanyak Tips yang mampu saya kongsikan pada entry ini, jika berkesempatan saya akan panjangkan entry ini, masih banyak yang boleh dikongsikan sebenarnya kerana apa yang saya tulis hanya meliputi 60-70% sahaja.

Jangan lupa untuk membaca artikel saya seterusnya "Cara Menulis Resume Dengan Betul" sekiranya anda ingin memohon kerja buat masa terdekat ini sebagai rujukan.

Moga artikel ini memberi memberi manafaat kepada anda sebagaipembaca.  Sekian.


*TAMAT*

No comments:

Post a Comment

Resipi Kuih Penjaram Sabah

Kuih Penjaram ? macam pernah nampak kat mana-mana kan? Muka sama tapi rasa tak sama dik oii , ada yang keras kalau buat baling ayam, ayam pu...