MAS

Rompin Pahang Malaysia

Rompin Resort Pahang

Harga bilik 3D 2N RM330.00 (tempahan melalui Booking.com ) termasuk sarapan pagi, agak berbaloilah jika dibandingkan dengan Resort lain ( ingatkan Chalet Rompin ni kayu macam kat cherating tu hehe, bila angin tiup dengar bunyi angin masuk celah-celah lubang kayu, ni batu sokmo :) ) sebab bilik besar, lantai mozek yang bersih, berhawa dingin dan mempunyai pemanas air, cuma  bab TV yang spoilt, TV besar gedabak , zaman dulu-dulu punya, dah lah unlimited  channel, nak cari channel pun susah sebab manual, terpaksa lah tekan sendiri tengok channel mana yang sangkut. Tapi tak lah semua bilik macam tu sebab bilik my brother Flat Screen TV pulok hehe .

Gambar bawah ni, bilik di bangunan dibahagian hadapan sekali dekat dengan Dewan Makan.


Gallery image of this property


Gambar bawah ni Chalet dia, kalau seorang jangan ambil Chalet sebab Chalet menghadap hutan, seram kalau seorang-seorang heee

Gallery image of this property

Resort ni landscape cantik, this is the best part yang saya suka, jalan lurus je , kiri -kanan pokok 

Gallery image of this property

Cik Tina menikmati pemandangan resort hehe ( cari bilik ni ... jauh nun disana, paling hujung menghadap pantai, dengar ombak pun seram tapi nak juga pergi pantai sampai handphone pon meninggal jatuh kat laut sebab lari dari ombak ... tetiba seram pula tengok ombak bergulung-gulung macam ada benda nak keluar dari air macam cerita hantu laut kat T.V hehe  ( tengok video kat my Insta ).



Bawah ni, tempat lepak-lepak, tapi tak berkesempatan duduk ... 2 hari kat sini ...2 hari juga hujan


Aktiviti-aktiviti yang boleh buat kat sini, tapi masa ni musim tengkujuh so aktiviti laut tak de sebab ombak terlalu kuat. Ramai yang datang kesini buat family day so agak riuh rendah sedikit walaupun hujan hampir  sepanjang hari.







In overall, walaupun most of the time kitaorang kat bilik sebab hujan sepanjang kami disini, we enjoyed our trip here sebab kawasan resort cantik, ada private beach dan pekerja-pekerja yang ramah.

Perjalanan dari KL ke sini lebih kurang 4-5 jam, kalau dekat boleh lah datang masa terdekat ni :)

No comments:

Post a Comment

Resipi Kuih Penjaram Sabah

Kuih Penjaram ? macam pernah nampak kat mana-mana kan? Muka sama tapi rasa tak sama dik oii , ada yang keras kalau buat baling ayam, ayam pu...