Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Selamat datang ke dunia pembuatan roti Sourdough!
Membuat starter sourdough sendiri dirumah sebenarnya senang tetapi memerlukan kesabaran. Dengan hanya menggunakan dua bahan asas yaitu tepung dan air, anda akan menternak ragi semula jadi (wild yeast) serta bakteria baik yang bakal memberi aroma segar dan rasa sedikit masam pada roti anda.
Sebelum bermula, pastikan anda bersedia dengan balang kaca yang bersih untuk memelihara starter anda.
Post ini akan membimbing anda langkah demi langkah untuk membuat starter yang aktif dan sihat dalam seminggu, In Sha Allah.
1. Hari Pertama - Isikan sebanyak 30gram tepung dan 30gram air bersih kedalam balang kaca yang bersih dan selok-eloknya telah di sterilkan. Tanda aras tepung & air pada balang dengan menggunakan marker atau getah. Jangan tutup terlalu rapat, longgarkan sedikit untuk pelepasan gas.
2. Hari Kedua - Selepas 12 jam, buat feeding starter anda, tambahkan sebanyak 30gram tepung dan 30gram air kedalam balang anda yang akan menjadikan isi balang anda sebanyak 120gram, tutup dan biarkan selama 12 jam untuk feed seterusnya. Ingat, jangan tutup balang terlalu rapat, longgarkan sedikit untuk pelepasan gas.
3. Hari Ketiga - keluarkan tepung sebanyak 60gram dari balang anda, kemudian feed starter anda 30gram tepung dan 30gram air menjadikan isi balang anda sebanyak 120gram semula. Tutup balang sehingga next feed seterusnya iaitu selepas 12 jam. Pada saat ini starter anda mungkin mula menampakkan gelembung-gelembung kecik dan berbau masam. Perharikan penanda aras tepung akan anda kenaikan sedikit.
4. Hari Keempat - ulang step hari ketiga. Pada saat ini starter anda akan mengeluarkan lebih banyak gelenbung dan berbau wangi, Penanda aras tepung menandakan tepung anda menunjukkan kenaikan tepung yang lebih ketara atau jika terlalu aktif size akan berganda sebanyak 2 kali.
5. Hari Keempat - ulang step hari ke empat. Starter naik dua kali ganda. Perhatikan berapa lama starter anda naik selepas feeding.
6. Hari Keempat - ulang step hari ke lima. Perhatikan masa starter anda mula naik dan turun semula.
7. Hari Ke Tujuh - Jika starter naik double kurang dari satu jam pada hari ke 4, 5 dan 6 bermakna starter anda telah aktif dan tidak perlu feed lagi dan starter anda sudah boleh digunakan. Jika kenaikan masih tidak consistent teruskan feeding sehingga starter naik consistent.
Post seterusnya saya akan kongsikan resipi roti sourdough. Follow supaya tidak ketinggalan post seterusnya.