MAS

Resipi Kek Labu Tanpa Gluten

Bahan-bahannya;

Labu 1/2 biji saiz sederhana
4 cawan tepung tanpa gluten
1/2 cawan gula perang
1 sudu besar gula putih
1 sudu kecil chia seed
1 sudu besar kismis
Secubit garam himalaya
1 sudu besar minyak Olive
Air Masak

Cara Membuatnya ;

1. Rebus labu hingga masak, kemudian lencek hingga hancur
2. Masukkan tepung, gula perang, gula putih, garam dan masukkan air sedikit demi sedikit hingga agak cair (jangan terlalu cair nanti nak kukus tak keras nanti kalau terlalu banyak air), masukkan minyak olive dan chia seed kemudian gaul  hingga sebati
3. Taburkan kismis diatas
4. Kukus selama 40 minit atau sehingga masak
5. Jika nak tahan lama bakar selama 10 minit

Nota :- Resipi ini sesuai untuk yang allergi kepada gluten atau yang nak berdiet kerana tidak berminyak dan manis.

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment

Resipi Roti Sourdough Cranberry (Sourdough Cranberry Bread)

  Roti Sourdough Bread (Plain Country) Bahan-bahannya 600gm Tepung Roti 6gm garam 340-gram air  240gram Starter  100 gram buah Cranberry Ker...