MAS

Showing posts with label Resipi Cake & Kuih Bebas Gluten & Telur. Show all posts
Showing posts with label Resipi Cake & Kuih Bebas Gluten & Telur. Show all posts

Saturday, May 25, 2019

COOKIES SIHAT

Hi! Guys..

Dah banyak buat Cookies ke? Buat Cookies apa tu?  Hari ni saya buat buckwheat chocolate chips lagi, cookies sihat untuk semua, bahan agak mahal tapi kesihatan harus di utamakan .. kan? Saya suka buat cookies ni sebab mudahhh sangat ...

Bahan-bahannya;

1 cawan Buckwheat Flour atau Tepung Kacang Kuda
1/3 cawan Sunflower Oil atau Minyak Kelapa
2 sudu besar Air
1/3 cawan Brown Sugar, kalau nak manis lagi boleh letak 1/2 cawan
1/2 sudu teh Baking Soda
1/2 sudu teh Vanilla Essen
1/2 sudu teh Apple Cider Vinegar

Cara Membuatnya;

1. Masukkan minyak dan gula terlebih dahulu, pukul hingga gula hancur diikuti dengan bahan-bahan lain kecuali tepung.

2. Setelah semua telah hancur dan sebati masukkan tepung perlahan-lahan dan sebatikan dengan semua bahan-bahan.

3. Panaskan ketuhar 180 darjah selam 10 minit sambil sementara membentukkan cookies kedalam dulang.

Bentuk Cookies ikut suka hati, hari ni saya buat ala-ala famous amos guna cedok guna sudu teh jer, cedok masuk dalam dulang.



Gambar kat bawah ni, cookies sebelum-sebelum ni, saya buat bulat.





4. Bakar 15 - 20 minit , Siap untuk di makan.





#cookiessihat #buckwheatchoclatechips #cookiestepungkacangkuda #cookiesnongluten

Sunday, September 23, 2018

Resipi Kek Labu Tanpa Gluten

Bahan-bahannya;

Labu 1/2 biji saiz sederhana
4 cawan tepung tanpa gluten
1/2 cawan gula perang
1 sudu besar gula putih
1 sudu kecil chia seed
1 sudu besar kismis
Secubit garam himalaya
1 sudu besar minyak Olive
Air Masak

Cara Membuatnya ;

1. Rebus labu hingga masak, kemudian lencek hingga hancur
2. Masukkan tepung, gula perang, gula putih, garam dan masukkan air sedikit demi sedikit hingga agak cair (jangan terlalu cair nanti nak kukus tak keras nanti kalau terlalu banyak air), masukkan minyak olive dan chia seed kemudian gaul  hingga sebati
3. Taburkan kismis diatas
4. Kukus selama 40 minit atau sehingga masak
5. Jika nak tahan lama bakar selama 10 minit

Nota :- Resipi ini sesuai untuk yang allergi kepada gluten atau yang nak berdiet kerana tidak berminyak dan manis.

Selamat Mencuba! Follow saya di Instagram.

Thursday, September 13, 2018

Resipi Apam Beras Tanpa Gluten

Bahan-bahannya;

2 cawan Tepung iaitu;
70% Tepung Beras
20% Tepung Ubi
10% Tepung Jagung

atau ...

2 cawan Tepung Tiada Gluten
2 cawan Nasi
3 cawan Air
1/2 cawan Gula
Sedikit serbuk penaik
Pewarna jika suka

Cara Membuatnya;

Blend semua bahan dan masukan kedalam acuan kemudian diamkan sekurang-kurangnya selama 1 jam , simpan lagi lama lagi elok supaya adunan kembang.

Setelah adunan kembang masukan kedalam acuan kemudian kukus selama 20-30 minit, pastikan air untuk mengukus telah mendidih terlebih dahulu sebelum memasukkan adunan untuk dikukus.

Apabila telah masak, keluarkan dari acuan dan hidang bersama kelapa jika suka.

Nota :- Resipi ini sesuai untuk yang allergi kepada gluten atau yang nak berdiet kerana tidak berminyak dan manis

Selamat Mencuba!


Resipi Kek Karot Tanpa Gluten & Telur

Bahan-bahannya;

2 cawan Tepung iaitu;
70% Tepung Beras
20% Tepung Ubi
10% Tepung Jagung

atau

2 cawan Tepung Bebas Gluten
1 cawan Air
11/4 Minyak Olive
1/2 cawan gula perang
1 sudud besar gula putih
2 cawan Carrot - diparut
1 sudu besar baking soda
Sedikit Kulit Limau Orange - diparut

Cara Membuatnya;

Blend tepung, air, olive oil dan gula bersama , apabila telah sebati campurkan carrot dan kulit limau yang telah diparut.

Masukan kedalam loyang yag telah disapu sedikit minyak supaya tak melekat dan bakar dengan suhu 175 darjah selama 1 jam ( adjust ikut kemampuan Oven anda).

Selepas sejam, cake telah masak tetapi lapisan bawah akan lembik sedikit kerana telur tidak digunakan tapi jangan risau sebab apabila adunan telah sejuk dia akan keras dan boleh dipotong.

Hidangan ini sesuai untuk mereka yang menghidapi penyakit celiac kerana bebas gluten dan bebas telur.

Resipi Kuih Penjaram Sabah

Kuih Penjaram ? macam pernah nampak kat mana-mana kan? Muka sama tapi rasa tak sama dik oii , ada yang keras kalau buat baling ayam, ayam pu...