MAS

Showing posts with label Tips Dan Petua. Show all posts
Showing posts with label Tips Dan Petua. Show all posts

Friday, August 14, 2020

PROSES TUKAR NAMA HAK MILIK KERETA DI PUSPAKOM PANTAS DAN CEPAT

Selama ini  bila cakap proses tukar hak milik kereta macam-macam orang cakap, bunyi macam  rumit sangat sampai ada setengah orang tu sanggup bayar agen untuk buat proses pemeriksaan sebab malas nak menunggu dan takut  kalau-kalau kereta ada masalah lepas tu tak lulus.

Kebetulan saya nak jual kereta lama, fikir-fikir sebab tak nak susah, guna agen je lah so tak payah cuti kerja, tanya agen berapa fee bawa kereta pergi puspakom, dia cakap nak tengok kereta dulu baru boleh bagi harga ..huh! nak minta harga pun susah, nak tengok kereta segala, so saya cakap kalau kereta tak de masalah berapa? dia jawab RM400.00 .. terperanjat beruk dengar ...dalam hati, biarlah aku buat sendiri bayar RM30++ je pun, kebetulan pula cuti banyak sebab PKP. Orang cakap standard harga agen sebenarnya RM150.00.00- RM200.00 je tapi tak tau agen ni kenapa minta sampai RM400.00 

Buat sendiri je lah senang tak susah dan tak lama pun menunggu sebab sekarang dah buat appointment online so datang awal 20 minit sebelum appointment pun dah ok. Semua proses tak sampai sejam pun dah siap. So tak de lah serumit yang dok orang heboh-hebohkan. Asalkan kereta tak de masalah, insyAllah ok punya. Sebelum pergi pastikan pastikan semua lampu semua menyala, tayar tak botak dan tak de tinted.

So berikut adalah proses yang anda kena lalui sekiranya nak hantar check kereta di puspakom ;

1. Buat appointment secara online di website Puspakom, semasa membuat appointment tu bayaran pemeriksaan kena bayar terus secara online, resit dan details appointment dia hantar ke email anda so kalau tak de email buat email dulu kalau nak buat appoinment, kalau malas nak buat email pinjam lah email sesiapa kalau malas sangat buat email. Tapi zaman sekarang ni better buat satu email lah sebab banyak kegunaan.

2. Sebelum nak pergi appointment print appointment details yang ada barcode tu sebab nanti sampai puspakom nak kena scan. Kalau tak terima, call cawangan puspakom yang nak pergi tu nanti dia resend balik ( saya punya tak terima, saya call dia resend).

3. Geran asal dan kad pengenalan kena bawa, kalau wakilkan sesiapa geran tu kena bagi kat wakil masa  nak pergi puspakom ( oh ya lupa mentioned, masa nak buat appointment tu kita boleh wakilkan orang lain untuk pergi bagi pihak atau bawa sendiri).

4. Sampai puspakom, pergi scan barcode tu lepas tu beratur kat kaunter bagi geran asal dan kad pengenalan, lepas dia sahkan semua dia bagi resit pembayaran online yang kita dah buat tu. 

5. Lepas tu bawa resit dan appointment details letak dalam kereta, geran asal kaunter pegang sehingga proses selesai nanti dah selesai dia pulangkan dengan keputusan lulus atau gagal so jangan bimbang bila geran dia tak kasih. Bawa kereta masuk untuk pemeriksaan, turunkan cermin separuh, buka bonet belakang, kunci tinggal dalam kereta tunggu orang check.

5. Lepas check bawa kereta keluar dan cari parking, parkingkan kereta dulu kemudian masuk lagi ke dalam tunggu keputusan. 

6. Bila keputusan dan siap pergi kat kaunter keputusan untuk ambil keputusan dan bila dah lulus bolehlah ke JPJ untuk proses seterusnya.


PROSES TUKAR HAK MILIK KENDERAAN DI JABATAN PENGANGKURAN JALAN (JPJ)

1. Sebelum ke JPJ pastikan anda ada bawa Kad Pengenalan dan Geran Asal kalau tak de buang masa je menunggu.

2. Isi borang ( sehelai sahaja) cuma perlu butir-butir ringkas seperti nama, kad pengenalan, alamat , nombor pendaftaran kenderaan dan butir-butir pembeli.

3. Tunggu giliran, bila tiba giliran anda pegawai JPJ akan panggil buat thumb print kat machine, lepas semua ok dia akan  cop pembatalan hak milik di geran dan  proses selesai.

4. Lepas tu pembeli baru kena thumb print dalam masa tujuh (7) hari jika tidak permohonan terbatal dan kena buat proses baru lagi jika melebihi tempoh yang diberi.

Saya harap perkongsian ini berguna untuk anda bercadang bawa kereta ke puspakom dan silakan share kepada kawan-kawan yang mungkin memerlukan.


#puspakom #tukarnamahakmilikkenderaan #tukarnamakereta #jpj


Thursday, January 2, 2020

PETUA MENGUBATI STROKE / SERANGAN JANTUNG

Salam Semua,

Disini saya kongsikan petua atau ikhtiar mengubati "stroke"  atau dalam bahasa melayunya serangan jantung yang saya dapat dari group whatsapp pagi ini, mudah-mudahan bermanafaat pada yang memerlukan.


Bahan-bahan yang di perlukan untuk rawatan ;
2 Kg Garam Kasar
100 gram lada hitam


Cara Menyediakannya;
Masukkan garam dan lada hitam dalam besen besar  dan suruh pesakit pijak, jika pesakit tidak boleh berdiri boleh dilakukan semasa duduk. Menurut kata Ustaz ramai pesakitnya telah sembuh dengan cara rawatan ini.

Garam tersebut  boleh bertahan selama 40 hari kerana garam akan berair sedikit demi sedikit. Selepas 40 hari tukar garam dan lada hitam baru jika rawatan masih diperlukan. Selepas rawatan simpan garam ditempat yang tidak panas atau tidak sejuk ( suhu bilik) supaya garam tidak cair dan jangan lupa tutup besen dengan kemas supaya tidak dimasuki oleh serangga.

Bagi yang beragama Islam disarankan berdoa dan berzikir sebanyak mungkin semasa proses rawatan, insyallah akan mendapat kesembuhan dengan izin Allah.

Sila share petua ini mudah-mudahan membantu pada yang memerlukan.




#ikhtiarmengubatisakitstroke
#ikhtiarmengubatiseranganjantung
#ubatstrokecaraislam

Tuesday, December 18, 2018

Urutan Wajah Yang Akan Membuat Anda Kelihatan 10 Tahun Lebih Muda


Minggu lepas dah kongsi cara buat homemade face mask, hari ni nak kongsi cara urut  muka :)
Suuuuusahhhh jadi pompuan ni kan? macam-macam kena jaga terutama yang dah berumah tangga, kena jaga husband, jaga anak, jaga hati mak mertua itu ini, jaga diri sendiri lagi kan? jaga supaya sihat, cantik dan ramping selalu, kalau tak jaga nampak orang syantik, lost confident pula ... kannnn?

Adalah impian semua wanita untuk mendapatkan muka yang sentiasa tegang dan nampak awet muda selalu ... betul tak? kalau jawab "tak betul" .. memang tak de perasaaan hehehe , so nak cantik bukan kena jaga luaran sahaja, dalaman juga memainkan peranan yang sangattttt penting, kalau cantik tapi tak sihat satu sen tak guna kannn !!!

So as promise, video  kat bawah akan ajar cara urut muka supaya kulit muka sentiasa tegang dan awet muda, super penting nie tau, tak guna tenyeh krim harga beratus kalau sikit pun tak nak urut, nak cantik kena rajin la sket ...tak rajin jadi hodoh nanti hehehe, jangan tunggu hodoh baru sentap hehe . Meh tengok video ni belajar cara urut muka tak payah nak tunggu hari gaji nak ke salaon untuk buat facial massage, hari-haripun boleh buat sendiri.

Urutan ni mungkin agak sakit sedikit sebab kena tekan kulit muka sedikit " beauty is pain" , tekan ikut rasa masing-masing ye, jangan tekan sampai lobam pula :)

Special thanks to my beautiful cuzzin for sharing this technique.





#tanakamassage #carategangkanmuka #urutantegangkanmuka

Sunday, December 9, 2018

Petua Tegangkan Muka dan Menghilangkan Masalah Kulit Muka


Pupur Beras & Kunyit ( Mask Tradisional Turun Temurun)


Puas cari mask muka kat Watson, Guardian, Sophee untuk firm kan muka tapi tak jumpa yang sesuai dan menarik hati. Sekarang ni mostly mask muka cream je, lepas 30 minit basuh tak de feel langsung :) .

Seperti biasa mula lah menggogle , ah ha ! bawa teringat masker beras kunyit. Orang-orang zaman dahulu guna mask ni untuk merawat wajah, malahan pengantin melayu dan india pun guna mask ni untuk menaik kan seri wajah.

Ok, jom kita tengok cara-cara nak buat ...






Alat-alat yang diperlukan;

1. Mangkuk Kaca
2. Sudip
3. Blender
4. Balang Kaca


Bahan-bahan ;

1. Tepung beras
2. Kunyit hidup
3. Lemon
4. Air


Cara Membuatnya;

1. Masukkan 4  sudu tepung beras kedalam mangkuk kaca ( mangkuk biasa pun boleh tapi kalau mangkuk plastik nanti kunyit tu comotkan mangkuk :)

2. Blend 2 inchi kunyit hingga hancur macam tepung kemudian campurkan kedalam tepung beras, kalau tak de kunyit hidup pun tak pe boleh guna kunyit jenama Babas atau kunyit organik

3. Masukkan air lemon sehingga adunan menjadi pasta ( jangan terlalu cair )

4. Boleh tambah sedikit air jika air lemon tu tak cukup untuk mencairkan adunan

5. Gaulkan semuanya hingga rata dan diamkan adunan sebentar kemudian dah boleh sapu ke muka.


Cara Menggunakannya;

1. Basuh bersih wajah anda kemudian sapu Mask tersebut kemuka anda. Ratakan diseluruh wajah anda termasuk leher ( nanti muka tegang leher kendur pula hehe)

2. Biar sehingga 45 minit kemudian basuh dengan air biasa. Mask ni boleh guna lebih dari 45 minit,( lagi lama lagi elok) bawa tidur pun boleh tapi takut selimut bantal jadi kuning pula :)

3. Lebih tadi boleh simpan dalam balang kaca yang bertutup dan simpan dalam peti sejuk supaya tak cepat rosak.

4. Pakai lah Mask ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu dan kalau rajin setiap hari sebelum tidur lagi elok. Insyallah anda akan merasakkan perubahaan pada kulit anda.

5. Untuk kulit yang sensitif, anda mungkin akan merasa agak pedih sedikit.

6. Jika suka boleh campur olive oil tau serbuk kayu manis

7. Mask ini bukan saja untuk muka tetapi juga boleh digunakkan sebagai body scrub ( tapi kalau nak guna sebagai body scrub, sebaiknya jangan guna tepung sebab tak de feel kalau nak scrub :) Kena rajin sikit guna beras. Ambil setengah cawan beras, rendam semalaman kemudian blend dan buat macam kat atas tadi.

#petua #pupurberasdankunyit #homemademask




Saturday, July 28, 2018

Serum 3S Meremajakan Kulit Anda





Kulit anda kering dan kusam?
Meh, try product Superberb ni. Anda akan merasai kelainannya pada penggunaan pertama anda!

Apa itu Capsule 3S?

Capsule3S ini adalah gabungan 3 stemcell iaitu STEMCELL LEMON, STEMCELL EPAL, STEMCELL BUNGA MAWAR dan dikualitikan dengan MINYAK JOJOBA serta TEKNOLOGI QUANTUM NANO yang bertindak pantas menyerap kedalam 3 lapisan kulit.

Kelebihan Serum 3S Capsule;
  • Memperbaharui dan meningkatkan pertumbuhan sel kulit yg baru.
  • Mencerahkan dan memutihkan kulit, mengatas tona kulit yg tidak sekata.
  • Memperbaiki kulit kusam dan pori2 yg besar.
  • Membuka pori2 agar dapat mengatur pelepasan minyak kulit berminyak atau kulit kombinasi
  • Mengekalkan kelembabpan kulit.
  • Menghilangkan kesan parut dan bekas luka
  • Mengurangkan kesan alergi pd muka
  • Membuat wajah tampak lebih mud






Harga Ahli : RM380.00/unit.

Unit Percubaan :  RM15/Sebiji


Cara Pembelian ;

1. CASH ON DELIVERY disekitar Kuala-Lumpur dan Serdang.
2. Secara Pos

WHATSAPP untuk tempahan 013-7272749 (CIK TINA)

Saturday, March 24, 2018

Turunkan Berat Badan Dengan Apple Cider Vinegar (ACV) -Tanpa Senaman dan Murah Pula

Hyeee !!! Salam 1 Malaysia, liat sangat update Blog sekarang, balik office pengsan tidur, hujung minggu buat spring cleaning pula, ada masa terluang kena gunakan sepenuhnya untuk recharge hehe.

Di kesempatan ini saya ingin kongsikan petua untuk turunkan berat badan dengan cara mudah dan yang paling penting tidak mahal.

Baru-baru ini terasa badan berat semacam pergi timbang OH! MY GOAT (kambing) lebih berat masa tengah sarat mengandungkan my Alia, huhhhh !!! stress very very stress haha , lepas tu mula lah google bagaimana nak slim cepat hoho.

Baru teringat artis Enot yang dah kurus tu , huh! dengan pantas google dia buat apa untuk menguruskan diri. Google punya google ah! haaa  dia minum LEMONEX rupanya so tanpa membuang masa saya terus sahaja google bagaimana dan dimana nak beli LEMONEX ni hehe. So dipendekkan cerita jumpa pengedar LEMONEX , tang tang tu juga buat pesanan untuk delivery yang terpantas hehe.

So, sayapun minum LEMONEX ni  huh ! tak tahan sakit perut bila nak membuang (cleansing) nak kurus punya pasal tahan aje hehe. Selepas 2 minggu tak sabar nak timbang, jumpa timbangan terus je timbangkan diri  :( hampeh ...satu jarum pun tak turun, kecewa sangat uhk ! uhk! . Opss ! wait! wait! saya bukan kata LEMONEX ni tak elok tau sebab Enot pun dah turun berkilo-kilo minum benda ni, Memang ada dinyatakan tindakbalas tidak sama pada setiap orang. Ada yang minum seminggu pun boleh turun beberapa kilo wokayyy.

Bila tiada perubahaan otak pun mula lah berpusing fikir cara lain nak kurus hahaa, ahaaa!! baru teringat Apple Cider Vineager (ACV) , so mula lah menggoogle lagi hehehe, senang sekarang kan semua pun google jer hehe. So dah tengok beberapa  youtuber yang dah try  ACV ni semua kata effective dalam seminggu dah boleh turunkan kilo.  Lepas dah menggoogle tu as usual saya terus keluar ke Mall terdekat untuk membeli ACV hehe.

So, lepas 2 minggu minum ACV saya boleh merasakan kekurangan lemak terutama di bahagian ketiak tapi buat-buat macam perasaan kurus hehe ..petang tu kebetulan ada ke Mall terdekat jumpa timbangan saya pun terus timbang hehe ...wahhh happy tak terhingga sebelum minum 62.9kg lepas minum 60.5kg dan selepas 2 minggu selepas itu iaitu selepas sebulan saya minum ACV berat turun 59.2kg (Harapan nak turun hingga 49kg ni hehe, nanti saya update ye).

Moral cerita saya adalah tak semestinya kita menggunakan produk yang mahal untuk menurunkan berat badan sebab ACV ni harga dia RM29.90 sebotol (1 litter)  je, kadang bila time promotion atau beli kat kedai ubat Cina boleh dapar RM25 sebotol.

Untuk yang nak mencuba beli brand Bragg (with the mother) sebab mostly blogger yang dah berjaya turunkan berat badan guna brand ini.

Cara minum 1 sudu teh pada waktu pagi dan 1 sudu teh sebelum tidur ( maximum 3 sudu teh sehari ye jangan minum lebih nanti jadi lain pula :) ).

Oh ya ! kalau google cara minum berlainan tau , ada yang minum letak cuka dalam cawan sampai jadi warna coklat, tambah, lemon, halia dan kayu manis atau madu tapi jangan extremelah nanti perut tak tahan nanti.

Selamat kurus bersama-sama hehe. Ingin baca info lanjut mengenai ACV jenama Bragg,  sila layari halaman ini  http://bragg.com/products/bragg-organic-apple-cider-vinegar.html















Monday, December 25, 2017

Petua Kuku Cantik Sihat Dan Berkilat


Bahan yang diperlukan ;

Minyak Kelapa atau
Minyak Olive

Cara Menggunakannya;

Sapukan kuku anda dengan minyak kelapa atau olive sebelum tidur setiap malam dan biar semalaman


Petua Kain Baju Sentiasa Kelihatan Baru

1. Apabila anda membasuh kain baju, terbalikkan semuanya sebelum membasuhnya (bahagian luar terbalikan ke dalam) 

2. Jika anda menjemur pakaian diluar rumah, pastikan semua pakaian diterbalikkan

3. Gunakan Sabun Pembasuh secukupnya sahaja, Pengunaan Sabun yang banyak mengakibatkan pakaian anda cepat pudar dan lusuh

4. Jangan amalkan merendam pakaian terlalu lama




Saturday, December 16, 2017

Cara Membuat Scrub ( Buatan Rumah)

Bahan yang diperlukan ;

1 cawan Oat Kasar
1/2 cawan Madu

Cara Membuatnya;

1. Campurkan Oat dengan madu sehingga sebati
2. Sekiranya adunan terlalu pekat tambahkan dengan sedikit madu lagi sehingga agak cair sedikit dan mudah disapu ke atas kulit
3. Simpan adunan didalam bekas tertutup dan simpan didalam peti sejuk sekiranya anda tidak terus menggunakannya
4. Scrub ini sesuai untuk dijadikan Scrub badan dan muka



Friday, December 15, 2017

Petua Memanjangkan Bulu Mata

Bahan yang diperlukan ;

Vaseline

Cara Menggunakannya;

Sapu setiap malam sebelum tidur atau sekiranya anda tidak keluar kemana-mana anda juga boleh memakainya pada bila-bila masa,

Selamat Mencuba!


Saturday, December 9, 2017

Cara kurangkan berat badan 5-15 kilo dalam masa 7 hari

Hi! Semua, selamat berhujung minggu. Hari ni nak share cara mengurangkan berat badan 5 kilo hingga 15 kilo didalam masa 7 hari. Bunyi macam senang je kan, bunyi macam magic pun ada ha!ha! sabar ! sabar ! nak cerita ni ...

Ia dipanggil  sebagai " General Motor Plan Diet" atau nama singkatannya GM Plan Diet. Ia di kenali dengan nama sedemikian kerana plan diet ini pada asalnya direka khas untuk pekerja syarikat General Motor dan kemudiannya menjadi ikutan kerana keberkesanannya.

Walau bagaimanapun Diet ini mungkin tidak sesuai untuk semua orang kerana carta makanan yang tidak seimbang.

Berikut adalah resipi makan selama 7 hari sepanjang diet plan ini :-

Carta Makanan G. M Diet Plan

Hari Pertama - Makan buah sahaja ( kecuali pisang).

Hari Kedua - Makan sayur-sayuran sahaja (kecuali kentang), sayur boleh dimakan secara mentah, sup atau goreng tanpa minyak.

Hari Ketiga - Makan makanan hari pertama dan hari kedua ( kecuali pisang dan kentang)

Hari Keempat - Makan 8-10 biji pisang dan 3 gelas susu lemak rendah.

Hari KeLima - Makan 500gram dagaing / ayam / Ikan dimasak kukus / panggang atau 1 cawan brown rice dan sup tomato (8-10 biji)

Hari KeEnam - Makan 500gram dagaing / ayam / Ikan dimasak kukus / panggang dan sayuran tanpa minyak

Hari Ke Tujuh - Makan 2 cawan brown rice , sayuran tanpa minyak dan 1-3 gelas jus buah

Sepanjang diet ini minum air sekurang-kurangnya 8-10 gelas air sehari. Boleh minum Tea Hijau dan kopi hitam tanpa gula.

Saya dapati sesetengah  pengamal diet ini terutama dinegara India mengambil kentang di hari kedua dengan menggril dan merebus dan seterusnya manakala negara lain terutama Eropah tidak mengambil kentang kerana akan menganggu proses diet ini kerana mengandungi kabohidrat yang tinggi ( so ikut selera anda ya .. ).

Untuk hasil yang lagi berkesan lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari di hari keempat dan hari seterusnya.

Selepas program diet ini habis dan jika anda masih ingin mengurangkan berat badan anda, anda boleh memulakannya semual selepas seminggu.

Selamat mencuba GO FOR IT!

Friday, December 1, 2017

Cara Mengurangkan Sakit Lutut


Saya sharekan disini video cara mengurut  lutut . Pada sesiapa yang sakit lutut tu  boleh mencuba urutan ni untuk menghilangkan sakit lutut.



Saturday, November 18, 2017

Petua Supaya Ikan, Daging dan Ayam Segar dan Tahan Lama

Bahan yang diperlukan :
  1. Plastik yang mempunyai sealer atau Plastik biasa pun boleh asalkan boleh digunakan atau
  2. Tupperware ( gunakan yang bersaiz empat segi supaya boleh menjimatkan ruang storage.
Cara-caranya :

Bahagikan Ikan, Daging atau Ayam yang anda beli mengikut kuantiti yang anda biasa masak. Contohnya sekiranya jika anda membeli 10 ekor ikan Kembung dan kebiasaannya anda hanya memasak 2 ekor ikan pada sesuatu masa maka pek kan supaya menjadi 5 pack iaitu 2 ekor ikan setiap pack.

Begitu juga jika anda membeli ayam atau daging, bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut kuantiti kegunaan anda kemudian simpan semua bekas tersebut kedalam Peti Beku dan sekiranya anda hendak masak, keluarkan jumlah Pack yang diperlukan.

Dengan cara ini bahagian yang tidak digunakan akan terjaga kesegarannya dan boleh disimpan tahan lama.

Jika sekiranya artikel ini menarik dan memberi manafaat, sila kongsikan dengan rakan anda dengan memilih butang kongsi dibawah artikel ini.

Tips of How to Stay Young ....

Hi! There ..

I am so glad to found this Tips. Who doesn't want to stay young? right? OK! So, here the Tips...... Lets do it!.....lets practice!

Research has found that people who generally live longer partly because of good habits. Dr.Vernon Coleman and others provide some of these goods habits for longevity.

1. Laugh & have fun, don't be gloomy
2. Let bygones be bygones. dwelling on the past inflicts unnecessary stress
3. Early to bed, early to rise, is healthy & wise
4. Stay lean, being just 30% overweight is bad
5.Keep learning, reading & socializing - an alert & active mind keep brain cell healthy
6. Keep working, doing something you like. Don't retire, its slows down your body
7. Be the boss of your own life. Letting others push you around produces stress
8. Exercise, quit smoking and eat less fatty foods
9. Do not worry about health & death, just get on with your life and enjoy it

Friday, November 17, 2017

Petua Menghilangkan Bau Didalam Peti Sejuk

Bahan-Bahan yang diperlukan :-

1. Cuka
2. Bekas (mangkuk kecil atau cawan)

Cara-caranya :

Tuangkan Cuka kedalam bekas dan biarkan semalaman didalam Peti Sejuk, keesokan harinya keluarkannya dari dalam Peti Sejuk.

Jika bau tidak hilang didalam masa sehari, biarkan bekas tersebut didalam Peti Sejuk hingga bau hilang, jika bau bertukar, ganti cuka dengan cuka baru.

Selamat Mencuba !

Jika sekiranya artikel ini menarik dan memberi manafaat, sila kongsikan dengan rakan anda dengan memilih butang kongsi dibawah artikel ini.

Wednesday, November 15, 2017

Cara Mengelakkan Salur Darah Tersumbat Dan Membuang Toksin Dalam Badan


Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 Cawan bawang putih (dikupas)
  • 1 Cawan halia tua (dikupas)
  • 1 Cawan jus lemon
  • 1 Cawan apple cider Vinegar (gunakan jenama Bragg jika ada)
  • 1-2 Cawan madu asli

Cara Membuatnya :
  • Blend bawang putih dan halia tua secara berasingan (jika susah nak blend masukan sedikit air)
  • Apabila siap campur dengan 1 cawan apple cider vinegar dan 1 cawan jus lemon
  • Masak (gunakan periuk kaca atau tembikar dan kacau menggunakan sudu kayu atau plastik untuk menggelakkan khasiat ramuan terjejas)  atas api yang sederhana hingga mendidih. Sejukan lebih kurang 30-45 minit
  • Apabila sejuk masukan madu (jangan masuk waktu panas kerana khasiat madu akan terjejas) dan kacau sebati
  • Masukan kedalam bekas kaca atau plastik dan simpan dalam peti sejuk
Cara minum :
Minum 2 sudu besar sehari menggunakan sudu plastik untuk mengelakan khasiat madu terjejas.

Nantikan blog saya seterusnya " cara mengatasi ketagihan Nescafe "

Friday, November 10, 2017

CARA MEMOHON KERJA DAN MENGHADIRI TEMUDUGA


Memohon kerja ...



Sering kali apabila menghubungi candidate (pemohon kerja)  untuk temuduga, perkara yang amat tidak disukai oleh " Hiring Manager" adalah apabila  candidate tidak ingat samada pernah memohon jawatan tersebut atau tidak " syarikat apa ye?" "syarikat ni buat apa ye"? kat mana syarikat ni ye?"  "tak ingat lah" ..... huh ! menyirap ! sometimes  i just hang up and wait for them to call back .. coz if they interested, they will surely call back.

Perkara seperti ini sering berlaku apabila pemohon mendaftar sebagai pencari kerja di jobstreet.com dimana pemohon boleh memilih untuk menerima "job alert" yang akan dihantar melalui email  kepada pemohon mengikut kekerapan yang mereka pilih iaitu samada setiap hari atau setiap seminggu.

Jawatan yang akan dihantar kadang-kadang melebihi dari lima jawatan setiap hari dan apa yang perlu pemohon buat untuk memohon jawatan tersebut adalah dengan menekan butang "apply. Kebiasaannya pemohon tidak membaca detail jawatan, hanya tengok nama jawatan tersebut, agak-agak bunyi menarik atau glamer ..terus apply je macam tabur makanan ayam atas tanah. Bila dipanggil untuk temuduga baru temuduga penemuduga jawatan tersebut sebelum mengatakan "ya" atau "tidak" untuk menghadiri temuduga tersebut. 

So, jika serius mencari pekerjaan, mohonlah jawatan yang relevan pada pengalaman dan kelulusan sahaja supaya tidak membuang masa anda dan juga orang lain. Jika anda mendaftar dengan jobstreet pastikan anda tukar status anda kepada tidak mencari kerja buat masa ini dan buang pilihan lokasi dimana anda ingin memohon jawatan dan yang paling penting adalah memadam "job alert" untuk menghentikan "job alert"  dari Jobstreet.

Disebabkan perkara ini sesetengah majikan lebih suka menggunakan cara lama untuk mencari perkerja iaitu dengan cara mengiklankan di surat khabar atau mudah.com dimana pemohon dikehendaki menghantar permohonan bertulis kepada majikan yang kebanyakannya dihantar melalui email.

Permohonan yang diterima dengan menggunakan cara ini walaupun tidak sebanyak jobstreet.com tetapi kebanyakan permohon adalah berkualiti dan kebanyakan pemohon mempunyai pengalaman dan kelulusan berkaitan. Pemohon telah membaca dan memahami iklan tersebut  sebelum membuat keputusan untuk memohon. Manakala permohonan melalui jobstreet pula kurang berkualiti dan membuang banyak masa. Permohonan terlalu banyak sehingga mencapai ratusan permohonan kerana permohonan boleh dibuat dihujung jari. Kebiasaannya setelah penapisan dilakukan jumlah permohonan yang berkualiti hanya sekitar 30-45% daripada jumlah permohonan dan jumlah kehadiran panggilan temuduga 15-25%. Walaubagaimanapun jobstreet.com telah mengambil langkah untuk membolehkan syarikat menyenarai hitamkan pemohon yang tidak hadir temuduga tanpa memaklumkan kepada syarikat yang telah memanggil untuk temuduga sebagai salah satu langkah untuk mengatasi masalah ini.


Menghadiri sesi Temuduga ...



Jika anda mendapat panggilan temuduga dan anda benar-benar lupa, katakan bahawa anda sedang serius  mencari pekerjaan dan anda telah menghantar banyak permohonan disana-sini  dan tidak ingat nama syarikat yang sedang bercakap dengan anda. Jawapan sedemikian lebih relevan dan boleh diterima pakai.

Setelah anda bersetuju untuk menghadiri temuduga, mintalah penemuduga tersebut untuk menghantar email kepada anda mengenai detail temuduga tersebut. Didalam email tersebut itu nanti akan dinyatakan nama syarikat, alamat website, alamat syarikat, person incharge, masa temuduga dan kadang-kadang siap dengan Job Description sekali. Walau bagaimanapun info website sesebuah syarikat tidak sama, ada yang sangat detail dimana semua info ada dinyatakan didalam website tersebut, sesetengah ada yang hanya menunjukan produk syarikat dan sebagainya , so dig as much info as you can atau anda boleh juga menelefon syarikat tersebut untuk bertanya jika info yang anda cari tidak dinyatakan atau jika syarikat tersebut tidak mempunyai website.

Luangkan masa anda untuk membaca website syarikat tersebut supaya bila anda ditanya apa yang anda tahu mengenai syarikat tersebut anda tidak terpinga-pinga. Baca sejarah syarikat, pengasas , produk syarikat, business partner syarikat (dengan siapa syarikat tersebut berniaga) dan event-event terkini syarikat tersebut jika ada. Dan yang paling penting pastikan anda tahu berita terkini yang berkaitan dengan produk syarikat tersebut jika ada.

Selain daripada persediaan diatas, anda juga harus menyediakan penampilan anda semasa temuduga tersebut. Jika anda seorang lelaki pastikan rambut anda kelihatan kemas, jika anda perlu menggunting rambut atau bercukur lakukanlah sekurang-kurangnya sehari sebelum temuduga. Pastikan kuku anda telah dipotong kemas dan bersih. Gunakan lah sedikit minyak wangi untuk mengharumkan badan anda jika suka. Jika anda seorang perokok pastikan anda tidak berbau rokok semasa sesi temuduga kerana bau rokok anda akan menganggu penemuduga jika dia bukan seorang perokok. Anda mungkin akan ditemuduga secara ringkas sahaja kerana tidak selesa dan hilang minat untuk bercakap dengan anda. So, sekiranya ramai candidate semasa temuduga tersebut ,markah anda mungkin akan agak ketinggalan dibelakang.

Manakala bagi yang perempuan pula pastikan kuku anda kelihatan kemas dan bersih dan jika anda bertudung pastikan tudung yang matching dengan baju anda yang akan dipakai untuk menghadiri telahpun disediakan kerana persediaan last minute akan melambatkan anda (almaklumlah perempuan kan..). Pakailah baju yang selesa dan sopan semasa menghadiri temuduga, elakkan memakai make-up yang terlalu tebal (kecuali jawatan tersebut memerlukan anda sedemikian) , jangan memakai minyak wangi yang terlalu banyak dan aksesori yang keterlaluan.

Rancanglah masa lebih awal untuk menghadiri temuduga tersebut agar anda tidak lewat sampai. Sekiranya slot yang diberikan anda adalah pukul 11.00pagi, pastikan anda sampai sekurang-kurangnya 15 minit awal atau sebaik-baiknya 30 minit awal supaya anda dapat menyesuaikan dengan suasana disyarikat tersebut.

Semasa menunggu diruang tamu, sekiranya ada risalah atau majalah syarikat bacalah untuk menambah pengetahun anda berkenaan dengan syarikat tersebut. Elakan dari bertanya kepada receptionist atau staff sekitar berkaitan dengan latar belakang syarikat kerana ini akan memberi impression yang kurang baik kepada anda pada saat itu ...anda seharusnya telah membuat homework sebagai persediaan. Pastikan telefon bimbit anda "silent" dan jika terdapat panggilan, bercakaplah dengan nada yang perlahan dan sopan kerana kelakuan anda semasa menunggu  akan memberi impak kepada sesi temuduga anda, dalam erti kata yang lain, jagalah kelakuan anda semasa menunggu.

Sebaik sahaja anda dipanggil masuk untuk sesi temuduga ... jika hiring manager ( kadang kala terdiri daripada barisan panel)  telahpun berada didalam bilik temuduga, ucapkan selamat pagi, tengahari atau petang sebelum duduk. Bercakaplah dengan tenang dan jelas apabila ditanya. Diakhir sesi temuduga, anda akan diberi peluang untuk membuat pertanyaan sebelum meninggalkan bilik temuduga, kadangkala Hiring Manager akan bertanya samada anda mempunyai sebarang pertanyaan tetapi sekiranya anda tidak soal sedemikian anda boleh meminta peluang tersebut dan tanyalah sebarang pertanyaan yang anda ingin tanya. Diakhir sesi, ucapkanlah terima kasih  sebelum meninggalkan bilik temuduga.

Sebaiknya hantarlah ucapan terima kasih kepada Hiring Manager tersebut diatas peluang temuduga yang telah diberikan anda dan nyatakan anda beharapan agar mendapat peluang bekerja disyarikat tersebut agar Hiring Manager "recap" sesi bersama anda.

Begitulah sedikit sebanyak Tips yang mampu saya kongsikan pada entry ini, jika berkesempatan saya akan panjangkan entry ini, masih banyak yang boleh dikongsikan sebenarnya kerana apa yang saya tulis hanya meliputi 60-70% sahaja.

Jangan lupa untuk membaca artikel saya seterusnya "Cara Menulis Resume Dengan Betul" sekiranya anda ingin memohon kerja buat masa terdekat ini sebagai rujukan.

Moga artikel ini memberi memberi manafaat kepada anda sebagaipembaca.  Sekian.


*TAMAT*



Thursday, November 9, 2017

Cara Menulis Resume Yang Betul





Tahukah anda bahawa anda mungkin kehilangan peluang pekerjaan disebabkan oleh Resume anda? Sebab apa?  Sebabnya apabila Syarikat mendapat banyak permohonan dan Resume anda tidak terpilih semasa saringan ( Resume Screening) dilakukan kerana ;

1. Resume berserabut difahami , dalam kes ini pemohon selalunya menggunakan format online yang sedia ada, mungkin nampak trendy tapi susunannya tidak teratur dan memeningkan dan kemungkinan permohonan anda akan diketepikan.

2. Resume yang tidak lengkap, maklumat  yang paling penting tidak  diletakkan iaitu sejarah pekerjaan, tempoh pekerjaan, tugas-tugas yang dilakukan semasa bekerja disyarikat tersebut dan sebab-sebab berhenti. Ketiadaan maklumat ini menyukarkan pemilihan, permohonan anda akan diketepikan untuk proses selanjutnya iaitu "phone call" untuk bertanyakan maklumat tersebut atau mungkin permohonan anda akan diketepikan terus kerana setengah interviewer akan zoom terus kepada sejarah pekerjaa, jika tidak berkaitan .. bye2 terus.

Menulis resume tidak memerlukan kekreatifan, tulis simple-simple sahaja macam format kat bawah ni sejuk mata nak membaca, tulis guna word jangan guna Excel ; 


Tajuk : Resume ( Tak perlu tulis tajuk)
1. MAKLUMAT PERIBADI

Nama : 
Alamat:
No. Untuk dihubungi :
Alamat Email:

2. PENDIDIKAN

Nama Sekolah/Kolej/Universiti 
Tahun Bersekolah
Pencapaian

3. SEJARAH PEKERJAAN

Nama Syarikat
Tahun Bekerja
Tugas-Tugas
Jawatan
Sebab Berhenti

4. KEMAHIRAN LAIN

5. KURSUS YANG PERNAH DIHADIRI

6. NOTIS YANG DIPERLUKAN

7. GAJI YANG DIPOHON


Bila dah siap, sebelum save letak gambar berukuran passport supaya penemuduga mudah mengingati anda , kalau gambar biasa pun boleh tapi bukan gambar yang terlalu fancy. Dah siap save dalam bentuk PDF. Masa nak hantar  tak perlu tulis cover letter jika permohonan dihantar melalui email sebab masa nak tulis email tu dah kira sebagai cover letter.

Soft copy jangan delete, simpan dalam file dan bila ada apa-apa perubahaan, anda hanya perlu tambahkan kemudian save semual dalam bentuk PDF dan gunakan resume baru semasa membuat permohonan nanti.




Friday, November 3, 2017

TERIMA KASIH TGV MOVIE CLUB



Di entry sebelum ini, saya telah kongsikan TIPS bagaimana mendapatkan Tiket Wayang MURAH dan PERCUMA dari TGV Cinema.

Hari ini saya kongsikan hadiah yang telah diberi oleh TGVMovie Club sempena hari jadi saya pada baru-baru ini dan juga Komplimen Pembaharuan Keahlian Percuma pada ulang tahun pertama saya bersama TGVMovie Club kerana menjadi ahli yang setia;






Jika anda dapati artikel ini menarik dan memberi manafaat, sila kongsikan dengan rakan anda dengan memilih butang kongsi dibawah.





Thursday, October 26, 2017

KHASIAT PISANG


                                                                                           
 Tahukah anda bahawa memakan Pisang banyak khasiatnya?

Salah satu daripadanya ialah menstabilkan horman dan mengurangkan tekanan.


Resipi Kuih Penjaram Sabah

Kuih Penjaram ? macam pernah nampak kat mana-mana kan? Muka sama tapi rasa tak sama dik oii , ada yang keras kalau buat baling ayam, ayam pu...