Hi! Guys..
Dah banyak buat Cookies ke? Buat Cookies apa tu? Hari ni saya buat buckwheat chocolate chips lagi, cookies sihat untuk semua, bahan agak mahal tapi kesihatan harus di utamakan .. kan? Saya suka buat cookies ni sebab mudahhh sangat ...
Bahan-bahannya;
1 cawan Buckwheat Flour atau Tepung Kacang Kuda
1/3 cawan Sunflower Oil atau Minyak Kelapa
2 sudu besar Air
1/3 cawan Brown Sugar, kalau nak manis lagi boleh letak 1/2 cawan
1/2 sudu teh Baking Soda
1/2 sudu teh Vanilla Essen
1/2 sudu teh Apple Cider Vinegar
Cara Membuatnya;
1. Masukkan minyak dan gula terlebih dahulu, pukul hingga gula hancur diikuti dengan bahan-bahan lain kecuali tepung.
2. Setelah semua telah hancur dan sebati masukkan tepung perlahan-lahan dan sebatikan dengan semua bahan-bahan.
3. Panaskan ketuhar 180 darjah selam 10 minit sambil sementara membentukkan cookies kedalam dulang.
Bentuk Cookies ikut suka hati, hari ni saya buat ala-ala famous amos guna cedok guna sudu teh jer, cedok masuk dalam dulang.
Gambar kat bawah ni, cookies sebelum-sebelum ni, saya buat bulat.
4. Bakar 15 - 20 minit , Siap untuk di makan.
#cookiessihat #buckwheatchoclatechips #cookiestepungkacangkuda #cookiesnongluten
MAS
Saturday, May 25, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Resipi Roti Sourdough Cranberry (Sourdough Cranberry Bread)
Roti Sourdough Bread (Plain Country) Bahan-bahannya 600gm Tepung Roti 6gm garam 340-gram air 240gram Starter 100 gram buah Cranberry Ker...
-
Bahan-bahannya; 2 cawan Tepung iaitu; 70% Tepung Beras 20% Tepung Ubi 10% Tepung Jagung atau 2 cawan Tepung Bebas Gluten 1 cawan A...
-
Pada entry ini saya ingin berkongsi Roti Canai Segera dan sedap di pasaran. Boleh didapati dikedai-kedai biasa, Giant dan Aeon Jusco. Sa...


No comments:
Post a Comment