MAS

Showing posts with label Cuti-Cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cuti-Cuti Malaysia. Show all posts

Saturday, March 24, 2018

Ipoh Perak Malaysia

Hyeeee! Salam 1 Malaysia ...

Cuti sekolah baru ni saya ke Ipoh mencuti kan diri bersama myAlia hehehe , Ipoh banyak tempat yang best best tapi jarak agak jauh dari pusat bandar so the best is kena Driver lah supaya senang nak kesana kemari tapi kalau tak nak Drivepun tak pe sebab Grab senang dapat, so tak payah pening-pening kepala nak mencari jalan kalau tak expert hehe.

Semasa di Ipoh kami menginap di Regalodge Hotel 4D 3N, 2 Malam tempah melalui Booking.com RM123.00 semalam tidak termasuk cukai dan  semalam lagi melalui Agoda.Com RM112.08 semalam ( Net Price). Semua harga tersebut tidak termasuk sarapan ye. Kalau nak sarapan kena tambah RM15.00 seorang tapi bersebelahan dengan Hotel ni ada Cafe makanan pun sedap-sedap so why pay more if you can save ..kannn? Sebelah pagi ada jual macam-macam sarapan untuk tekak orang Malaysia iaitu dari yang goreng-goreng sampai ke Sup pun ada hehe. Sebelah malam makanan barat, cina dan melayu. Kalau nak makan yang betul-betul Chinese Style ada Restaurant Cina Muslim yang berdekatan iaitu Restaurant Haji Sharin. Restaurant ni agak terkenal di Malaysia, banyak cawangan sana-sini.

Ipoh banyak tempat-tempat yang menarik tapi kita cuma sempat melawat beberapa tempat yang menjadi tumpuan utama seperti MAPS Filem Animation Theme Park, Kellie Castle, Taman Rekreasi Gunung Lang dan Gua Tempurung ;

Movie Animation Park Studio (MAPS)


Bertempat di Persiaran Meru Raya 3, Bandar Meru Raya 3, 30020 Ipoh, Perak.

Harga Tiket Dewasa : RM70.00 (walk-in), RM60.00 (online)

Terbahagi kepada beberapa Zone seperti berikut;
  • Animation Square Zone
  • Dream Zone ( belum buka lagi)
  • Blast Off Zone
  • Live Action Zone
  • Lakeside Zone
  • Fantasy Zone


Updating in progress .. meanwhile please visit my Instagram to see my photo and Video

Monday, January 1, 2018

Pulau Pinang

Salam 1 Malaysia dan Selamat Tahun Baru Semua.

Dah lama tak ke Pulau-Pinang, kali terakhir ke Pulau Pinang sekitar tahun 2006-2007. Tidak banyak perubahaan masih macam dulu juga cuma terdapat sedikit pembangunan dan pembaharuan  sana sini tapi yang best semakin banyak tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Dulu terminal bas di KOMTAR sekarang dah pindah Sungai Nibong kira-kira 20-25 minit dari bandar Georgetown.

Perjalanan dari Kuala-Lumpur ke Pulau Pinang menggunakan bas mengambil masa 4-5 jam bergantung kepada kesesakan lalu lintas.  Bertolak dari Terminal Bas Bersepadu (TBS), singgah sebentar di hentian duta untuk mengambil penumpang sebelum membuat perjalanan ke. Bagi penumpang yang hendak ke Butterworth boleh turun di Terminal Buterworth dan yang hendak ke Pulau Pinang turun di Terminal Bas Pulau Pinang iaitu Terminal Sungai Nibong.

Harga Tiket Bas ( BTS-PP) : RM38.90 (Dewasa), Jenis Bas : VIP 27 Orang
Bayaran Grab dari Terminal Bas Sg Nibong - Pusat Bandar : RM12.00


Bandar Georgetown

Padang Kota Lama

Bukit Bendera

Bayaran Masuk Laluan Biasa : RM5 (Kanak-Kanak) RM10 (Dewasa)
Bayaran Masuk Express : RM40

Art Street


Will update soon .... busy sikit, esok budak nak sekolah dan start kerja



Thursday, December 28, 2017

Rompin Pahang Malaysia

Rompin Resort Pahang

Harga bilik 3D 2N RM330.00 (tempahan melalui Booking.com ) termasuk sarapan pagi, agak berbaloilah jika dibandingkan dengan Resort lain ( ingatkan Chalet Rompin ni kayu macam kat cherating tu hehe, bila angin tiup dengar bunyi angin masuk celah-celah lubang kayu, ni batu sokmo :) ) sebab bilik besar, lantai mozek yang bersih, berhawa dingin dan mempunyai pemanas air, cuma  bab TV yang spoilt, TV besar gedabak , zaman dulu-dulu punya, dah lah unlimited  channel, nak cari channel pun susah sebab manual, terpaksa lah tekan sendiri tengok channel mana yang sangkut. Tapi tak lah semua bilik macam tu sebab bilik my brother Flat Screen TV pulok hehe .

Gambar bawah ni, bilik di bangunan dibahagian hadapan sekali dekat dengan Dewan Makan.


Gallery image of this property


Gambar bawah ni Chalet dia, kalau seorang jangan ambil Chalet sebab Chalet menghadap hutan, seram kalau seorang-seorang heee

Gallery image of this property

Resort ni landscape cantik, this is the best part yang saya suka, jalan lurus je , kiri -kanan pokok 

Gallery image of this property

Cik Tina menikmati pemandangan resort hehe ( cari bilik ni ... jauh nun disana, paling hujung menghadap pantai, dengar ombak pun seram tapi nak juga pergi pantai sampai handphone pon meninggal jatuh kat laut sebab lari dari ombak ... tetiba seram pula tengok ombak bergulung-gulung macam ada benda nak keluar dari air macam cerita hantu laut kat T.V hehe  ( tengok video kat my Insta ).



Bawah ni, tempat lepak-lepak, tapi tak berkesempatan duduk ... 2 hari kat sini ...2 hari juga hujan


Aktiviti-aktiviti yang boleh buat kat sini, tapi masa ni musim tengkujuh so aktiviti laut tak de sebab ombak terlalu kuat. Ramai yang datang kesini buat family day so agak riuh rendah sedikit walaupun hujan hampir  sepanjang hari.







In overall, walaupun most of the time kitaorang kat bilik sebab hujan sepanjang kami disini, we enjoyed our trip here sebab kawasan resort cantik, ada private beach dan pekerja-pekerja yang ramah.

Perjalanan dari KL ke sini lebih kurang 4-5 jam, kalau dekat boleh lah datang masa terdekat ni :)

Resipi Kuih Penjaram Sabah

Kuih Penjaram ? macam pernah nampak kat mana-mana kan? Muka sama tapi rasa tak sama dik oii , ada yang keras kalau buat baling ayam, ayam pu...