MAS

Showing posts with label Himpunan Cerita Pendek. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Cerita Pendek. Show all posts

Friday, February 2, 2018

Menjadi Sarang Jin Tanpa Sengaja

Seperti malam-malam sebelum ini Nur Qaseh sukar untuk melelapkan mata walaupun jam telah menunjukkan pukul 3 pagi. Fikirannya berkecamuk kerana menahan sakit yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia.

Nur Qaseh memaksa badannya yang lemah ke bilik air untuk mengambil wuduk dan berdoa kepada yang maha esa untuk menghilangkan kesakitannya. Selesai solat Tahajud Nur Qaseh menadahkan kedua belah tangannya kepada yang maha esa untuk memberinya keampunan atas dosa-dosanya dimasa yang lampau. Doanya membuat dirinya sedih, semakin lama air banyak airmatanya  menitikan kebawah dan membasahi telekung putih yang dipakainya.

Selesai berdoa, dia termenung mengimbas zaman silamnya. Keadaan telah membuatnya menanggung berbagai masalah, Nur Qaseh telah disarankan oleh kawan-kawannya agar berjumpa dengan Bomoh untuk meringkan masalahnya. Tanpa berfikir panjang Nur Qaseh telah termakan pujukan kawan-kawannya dan tanpa menyedari bahawa perbuatan itu kelak akan memberi kemudaratan kepadanya.

Masih segar diingatnya saat-saat dia menemui Bomoh yang disangkanya seorang yang warak dan doa-doanya di terima Allah. Masih segar suara Bomoh itu melafazkan kata-kata Bismillahhirahmannirahim dan kata-kata seterusnya kata-kata yang difahaminya dan diakhirnya dengan selawat Nabi. Disangkanya Bomoh itu memberinya doa-doa yang mustajab yang mana akan mendapat pertolongan dari Allah dengan cepat maka sebaik sahaja sampai kerumah dia pun membuat apa yang Bomoh itu pesan agar doanya dibantu oleh Allah.

"Astagafirullah" itu lah kata-kata yang terkeluar dari mulutnya apabila sedar bahawa dah sejam dia melayan fikirannya.

... stay tune, nantikan cerita sepenuhnya...

Tuesday, November 14, 2017

Mister A l i e n

Cik Merah sedang membelek-belek dokumen di atas mejanya. Tetiba teringat yang dia belum menghubungi Kedai elektrik untuk mendapatkan senarai harga barang yang diperlukan untuk bilik Pantry baru di tingkat dua. Lalu Cik Merahpun mengangkat telefon dan menghubungi kedai tersebut ....

Cik Merah : Hello! Saya Merah dari syarikat Ahmad Albab Sdn Bhd, itu Mr. Alex ada ka?

Unknown : Hello ! hoh on ah .." alex ....alex ...customer "

Cik Merah  : Hello ! Saya Merah dari syarikat Ahmad Albab Sdn Bhd, you Mr Alex ka?

Alex : Ya, saya Alex ... mau beli apa?

Cik Merah : Saya mau beli barang electrical untuk office baru, you tolong kasi email quotation.

Alex : Apa barang?

Cik Merah :  Microwave, Bread Toaster, Juicer dan Steamer

Alex : Boleh, boleh ... you emaillah , email tu barang apa you mau

Cik Merah : Ok lah ... apa email you ?

Alex : " alex.yong alien tbb.com.my " ( mengatakannya dengan cepat sekali)

Cik Merah : apa? alex.yong alliance ka?

Alex : " alex.yong alien tbb.com.my " ( mengatakannya dengan cepat sekali)

Cik Merah : wait ... wait ...alliance macamana eja ? a.l.l.i.a.n.c.e ke?

Alex :  " alex.yong allian tbb.com.my " ( mengatakannya dengan cepat sekali)

Cik Merah(tetiba terlintas difikirankan Cik Merah yang mungkin apa alex hendak katakan adalah @ (alias) ) ..... lalu Cik Merah berkata .... " ooooo itu @ (alias) ka?"

Alex : ya ..ya betul  " alex.yong alien tbb.com.my "

Cik Merah : ooo ok lah ...

Sambil meletak gangang telefon Cik Merah gelak besar dan terus menghantar email kepada Alex @ Mr. Alien.


*TAMAT*





Sunday, November 5, 2017

Branded Make Up

Sofea, Aminah, Yana dan Mimi baru habis makan tengahari sedang duduk di dalam bilik Pantry menunggu masa rehat habis.

Mimi membelek-belek mukanya didepan cermin  sambil "touch up make up" sebelum masuk ke pejabat semula sambil menyembang  dengan rakan-rakannya :

Mimi : Alamak, muka naik jerawat lah, dah lama tak pergi facial, busy sangat lately ni.

Aminah : Muka aku dah elok sejak pakai SK2.  Tak payah nak facial sangat dah.

Yana : Mahal lah , tak mampu mak nak beli.

Aminah : Alaa, beli kat duty free murah beb ! aku kirim dengan sepupu kerja Paramugari,  dia tolong belikan. Kat luar memanglah  mahal.

Yana : Oh, yeke .. kirim boleh?

Aminah : Boleh je , janji ongkos kasi beb! jangan kirim dengan airliur je ... ha ! ha! ha!

Yana : Ishhhh...yelah, tak kan lah pula (sambil menepuk bahu Aminah dengan perlahan)

Mimi : Aku guna product Cosway, ok juga lah, serasi dengan kulit aku kot.

Sofea  : Aku kan kena guna product branded je, kalau tak muka aku naik gatal-gatal, pernah cuba yang lain habis muka aku merah sana sini.

Mimi : Oh ye ke? Brand apa kau pakai.

Sofea : Aku guna "Avon".

Mimi, Aminah dan Yana melihat sesama sendiri dengan  lindah kaku tak terkata.


Moral Cerita :
Kalau tak berapa nak tahu pasal "brand" baik jangan berlagak macam tahu nanti sendiri malu.

Jika anda dapati cerita ini menarik, sila kongsikan dengan rakan anda dengan memilih butang kongsi dibawah.

Friday, November 3, 2017

Panggilan Telefon

Alkisah Ah Kow  telah menelefon Syarikat Ali Baba kerana ingin menghantar Inbois ......

Maka Telefon pejabat Ali Baba pun berbunyilah RING ! RING! RING! , Lalu Cik Mona menjawab panggilan tersebut ...

Cik Mona : Hello

Ah Kow : Hellooo? Ini siapaaa ?

Cik Mona :  dengan nada yang menyirap menjawab " YOU SIAPA???

Ah Kow : Tuan Sheikh Ahmad  ada ka ?

Cik Mona : You siapa ???

Ah Kow : Saya Ah Kow

Cik Mona : ada apa Mr Ah Kow?

Ah Kow : Saya mau hantar Inbois, apa u punya alamat?

Cik Mona : Dalam Inbois tulis alamat apa?

Ah Kow : 26B, Jalan Tasik Selatan ...............

Cik Mona : betul lah itu alamat

Ah Kow : okay ... okay ...

Lalu Cik Mona pun meletakkan gangang telefon dengan rasa agak marah.

Moral  Cerita :
Kalau call orang tak kisahlah call siapa , perkenalkan diri dulu jangan buat macam call rumah sendiri buat orang rasa takut + menyirap.


Jika anda dapati artikel ini menarik dan memberi manafaat, sila kongsikan dengan rakan anda dengan memilih butang kongsi dibawah.

Resipi Kuih Penjaram Sabah

Kuih Penjaram ? macam pernah nampak kat mana-mana kan? Muka sama tapi rasa tak sama dik oii , ada yang keras kalau buat baling ayam, ayam pu...