MAS

Jogjakarta, Indonesia - Part 2

Destinasi Pertama pada hari kedua kami disini ialah melawat ke satu lagi bekas letusan Gunung Merapi (sorry lupa dah nama Gunung ni), ni pun baru je meletus masih berasap-asap lagi. Orang kata tanah bekas letusan baik untuk buat mask muka tapi lupa pula nak ambil masa tu.


Ni dia asap keluar dari kawah.


Bekas letusan terbentuk seperti kolam , untuk keselamatan kawasan telah di pagar takut orang jatuh ke dalam pula hehe , terutama orang yang suka posing bergambar ..posing-posing tak sedar jatuh kedalam :)


Destinasi kedua kami ialah melawat CANDI ARJUNA ( teringat produk Datuk Alif hehe) , singgah minum di gerai ni dulu, macam-macam jeni minuman panas ada, kreatif orang Indonesia ni ...


Mengabadikan kenangan di Papan Tanda Candi Arjuna, cantik kawasan ni ...pokok-pokok hijauuuu je , udara sejuk ...

Ni pokok bunga lonceng atau juga dikenali sebagai Yellow Bell dan beberapa nama lagi. Yang penting bunga ni bukan setakat bunga tapi bunga di banyak kegunaannya. Diantara kegunaannya ialah sebagai ubat penawar demam kuning yang selalunya dihidapi oleh bayi yang baru lahir.


Dah lama tak main bunga hehe ... time  kecik2 dulu bunga pun takut nak tumbuh sebab takut kena petik hehe ... Ini lawan tiup bunga, bunga siapa terbang tinggi dia lah yang menang hehe


Dibelakang saya adalah kawasan Candi Arjuna, cuma ni yang tinggal yang lain dah runtuh ..


Seperti biasa, kami posing-posing untuk mengabadikan kenangan disini haha





Destinasi ke 3 kami adalah lawatan ke, sorry! ntah apa nama tempat ni haha tak silap Tasik Air Kuning macam tu lah sebab air tasik ni kuning. Tempat ni pun sejuk bunga pun cantik dan segar ..





Ni lah tasik tu , nampak tak air tu ..



Destinasi terakhir pada hari ni ..yang paling saya nanti-nantikan jeng! jeng! lawatan ke Candi Borobudur yang terkenal.  Hmmm siapa tak tahu Candi ni tak tau nak cakap hehe ...


Tiba di Candi ni, rasa macam wauuu ... sangat mengkagumkan dengan hasil seni disini ...anda yang tak tahu cerita candi ni ...ni google , rugi tak tau hehe . 


Tiba disini, hujan lebat tu yang berpayung ni uhk! uhk! .. rasa tak puas melawat tempat ni sebab banyak kawasan yang tutup sebab sedang dibaik pulih. Insyallah saya akan datang lagi kesini .


Cerita hari ke 3 saya sambung di Part 3 ...

No comments:

Post a Comment

Resipi Kuih Penjaram Sabah

Kuih Penjaram ? macam pernah nampak kat mana-mana kan? Muka sama tapi rasa tak sama dik oii , ada yang keras kalau buat baling ayam, ayam pu...