MAS

Sunday, August 23, 2020

RESIPI MUFFIN TIADA BUTTER TIADA SUSU TIADA TELUR - SESUAI UNTUK HANTU MUFFIN HEHE


 


Hi! Gais, Semalam saya buat muffin tanpa butter, tiada susu tanpa telur dengan menggunakan sedikit minyak, rasanya sama sedap macam dengan muffin biasa  cuma texture tak sama dengan yang ada telur dan nampak kurang cantik. 

Resipi ini  sihat jika dibanding dengan ada yang ada telur, ada butter dan bersusu so yang hantu muffin macam saya tu boleh try resipi ini. Gambar atas tu ada 3 jenis muffin iaitu cinnamon raisin, banana cinnamon raisin dan choclate. Resipi bawah untuk banana cinnamon raisin;


So bahan-bahannya;

Bahan Kering

11/2 cawan  Tepung

1 Cawan Gula Perang ( saya kurangkan jadi separuh sebab tak nak terlalu manis)

1 Tsp Tea Baking Soda

1 Tbs Makan Serbuk Kayu Manis

4 biji pisang sederhana besar di lenyak ( dalam gambar muffin pisang tu yamg kat tengah).

1 Tbs kismis ( jika suka)

Secubit Garam


Bahan Basah

1 Cawan Air

1 Tsp Tea Vanilla

6 Tbs Besar Minyak Masak ( saya guna minyak carnolla)

1 Tbs Cuka ( saya guna cuka epal)


Cara buat;

1. Campurkan semua bahan-bahan basah

2. Masukkan gula dan kacau hingga larut

3. Masukkan semua bahan kering setelah di tapis dan kacau hingga sebati, guna kan mixer untuk texter yang lebih cantik

4. Panaskan oven selama 10 minit , suhu 350 ft

5. Masukkan adunan kedalam bekas muffin dan bakar selama 15 hingga 30 minit. Pembakaran tertakluk pada saiz dan ketebalan  cawan yang digunakan, kalau macam cawan yang saya gunakan ini 45 minit. 

Jika anda suka resipi ini dan bermanafat untuk di konsgsikan, sila kongsi dengan kawan-kawan anda dan subscribe blog saya.

 Terima Kasih.



Wednesday, August 19, 2020

Resipi Sup Ayam Ala Korea dan Ramen Kampung Style :) - Sesuai Untuk Orang Berdiet

 Hi! Gais,

Sambil menunggu muffin pisang dan karot tanpa telur masak, nak share resipi sup ayam ala korea dulu, sup ni sesuai untuk orang yang berdiet sebab tak de tumis-tumis dan menggoreng , cuma rebus dan renih sahaja. 

Bahan-bahannya;

1/2 ekor Ayam bersaiz sederhana - dipotong kecil, kalau tak nak potong pun ok

1 biji bawang besar  - dibelah 4

8 biji bawang kecil  - di belah 2

8 biji bawang putih - dipipis

2 inchi halia - dipipis

Cara Masak ;

1. Masukkan ayam kedalam periuk saiz besar, letak air sehingga ayam tenggelam

2. Masukkan semua bahan-bahan tadi

3. Rebus ayam sehingga betul-betul lembut sehingga kuah pun nampak agak pekat

4. Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa

5. Masukkan sedikit serbuk lada putih jika suka

6. Siap dan boleh dihidangkan dan dimakan bersama nasi jika tak nak makan nasi makan dengan mee , bila makan dengan mee jadi lah Ramen ...celurlah mee tu seperti biasa, letak sayur pak choy sedikit lepas tu letak dalam mangkuk tuang kuah kedalam lepas tu carik2 isi ayam masukkan kedalam mee ... jika nak pedas ,,, ambil kicap soya sikit letak cili ...masukkan kedalam mangkuk tadi ...so jadi lah ramen kampung.

Resipi ni nampak simple dah tak sedap but i tell you .. the taste will tell :)

Kalau sedap, share lah resipi kat kawan-kawan ...


#ramensimpledanmudah #supayamsihat #supayamkorea #resipidiet

Friday, August 14, 2020

PROSES TUKAR NAMA HAK MILIK KERETA DI PUSPAKOM PANTAS DAN CEPAT

Selama ini  bila cakap proses tukar hak milik kereta macam-macam orang cakap, bunyi macam  rumit sangat sampai ada setengah orang tu sanggup bayar agen untuk buat proses pemeriksaan sebab malas nak menunggu dan takut  kalau-kalau kereta ada masalah lepas tu tak lulus.

Kebetulan saya nak jual kereta lama, fikir-fikir sebab tak nak susah, guna agen je lah so tak payah cuti kerja, tanya agen berapa fee bawa kereta pergi puspakom, dia cakap nak tengok kereta dulu baru boleh bagi harga ..huh! nak minta harga pun susah, nak tengok kereta segala, so saya cakap kalau kereta tak de masalah berapa? dia jawab RM400.00 .. terperanjat beruk dengar ...dalam hati, biarlah aku buat sendiri bayar RM30++ je pun, kebetulan pula cuti banyak sebab PKP. Orang cakap standard harga agen sebenarnya RM150.00.00- RM200.00 je tapi tak tau agen ni kenapa minta sampai RM400.00 

Buat sendiri je lah senang tak susah dan tak lama pun menunggu sebab sekarang dah buat appointment online so datang awal 20 minit sebelum appointment pun dah ok. Semua proses tak sampai sejam pun dah siap. So tak de lah serumit yang dok orang heboh-hebohkan. Asalkan kereta tak de masalah, insyAllah ok punya. Sebelum pergi pastikan pastikan semua lampu semua menyala, tayar tak botak dan tak de tinted.

So berikut adalah proses yang anda kena lalui sekiranya nak hantar check kereta di puspakom ;

1. Buat appointment secara online di website Puspakom, semasa membuat appointment tu bayaran pemeriksaan kena bayar terus secara online, resit dan details appointment dia hantar ke email anda so kalau tak de email buat email dulu kalau nak buat appoinment, kalau malas nak buat email pinjam lah email sesiapa kalau malas sangat buat email. Tapi zaman sekarang ni better buat satu email lah sebab banyak kegunaan.

2. Sebelum nak pergi appointment print appointment details yang ada barcode tu sebab nanti sampai puspakom nak kena scan. Kalau tak terima, call cawangan puspakom yang nak pergi tu nanti dia resend balik ( saya punya tak terima, saya call dia resend).

3. Geran asal dan kad pengenalan kena bawa, kalau wakilkan sesiapa geran tu kena bagi kat wakil masa  nak pergi puspakom ( oh ya lupa mentioned, masa nak buat appointment tu kita boleh wakilkan orang lain untuk pergi bagi pihak atau bawa sendiri).

4. Sampai puspakom, pergi scan barcode tu lepas tu beratur kat kaunter bagi geran asal dan kad pengenalan, lepas dia sahkan semua dia bagi resit pembayaran online yang kita dah buat tu. 

5. Lepas tu bawa resit dan appointment details letak dalam kereta, geran asal kaunter pegang sehingga proses selesai nanti dah selesai dia pulangkan dengan keputusan lulus atau gagal so jangan bimbang bila geran dia tak kasih. Bawa kereta masuk untuk pemeriksaan, turunkan cermin separuh, buka bonet belakang, kunci tinggal dalam kereta tunggu orang check.

5. Lepas check bawa kereta keluar dan cari parking, parkingkan kereta dulu kemudian masuk lagi ke dalam tunggu keputusan. 

6. Bila keputusan dan siap pergi kat kaunter keputusan untuk ambil keputusan dan bila dah lulus bolehlah ke JPJ untuk proses seterusnya.


PROSES TUKAR HAK MILIK KENDERAAN DI JABATAN PENGANGKURAN JALAN (JPJ)

1. Sebelum ke JPJ pastikan anda ada bawa Kad Pengenalan dan Geran Asal kalau tak de buang masa je menunggu.

2. Isi borang ( sehelai sahaja) cuma perlu butir-butir ringkas seperti nama, kad pengenalan, alamat , nombor pendaftaran kenderaan dan butir-butir pembeli.

3. Tunggu giliran, bila tiba giliran anda pegawai JPJ akan panggil buat thumb print kat machine, lepas semua ok dia akan  cop pembatalan hak milik di geran dan  proses selesai.

4. Lepas tu pembeli baru kena thumb print dalam masa tujuh (7) hari jika tidak permohonan terbatal dan kena buat proses baru lagi jika melebihi tempoh yang diberi.

Saya harap perkongsian ini berguna untuk anda bercadang bawa kereta ke puspakom dan silakan share kepada kawan-kawan yang mungkin memerlukan.


#puspakom #tukarnamahakmilikkenderaan #tukarnamakereta #jpj


Saturday, August 8, 2020

SIKAP PEKERJA YANG DI IDAMI OLEH SETIAP MAJIKAN

Hi! Gais,

Kali ini saya ingin kongsikan sikap pekerja yang di idami oleh setiap majikan.

Seperti yang kita tahu pada masa ini dinegara kita mempunyai banyak Universiti samada awam atau swasta  dan setiap tahun juga ramai graduan yang keluar dari Universiti termasuklah kolej-kolej awam dan swasta yang lain dan tidak kurang juga yang belajar di luar negara. Ini menyebabkan lambakan graduan yang mencari pekerjaan.

Walaupun sedemikian masih ramai majikan yang mempunyai masalah kesukaran untuk mendapatkan pekerja kerana  kebanyakan syarikat mencari pekerja yang berpengalaman dan yang paling penting mempunyai disiplin kerja dan sikap yang positif.

Mengapa saya berkata demikian adalah kerana walaupun seseorang itu tidak mempunyai kelulusan tinggi tetapi mempunyai attitude yang baik ia boleh diajar dan dibentuk menjadi seorang pekerja yang mahir manakala seseorang yang berpelajaran yang tinggi tetapi tidak mempunyai sikap yang positif sukar dibentuk kerana merasakan dirinya sentiasa betul dan tidak menerima pendapat orang lain termasuklah majikan itu sendiri.

Seseorang yang mempunyai kelulusan yang tinggi dan bersikap positif  adalah pakej yang sempurna yang di idami oleh setiap majikan. 

Apakah sikap positif ?

1. Professional & Positive. Seseorang yang sentiasa professional dan berfikiran positif dan tidak mencampur aduk kan masalah peribadi dan tempat kerja yang menjejaskan prestasi kerja anda.

2. Open heart.  Boleh menerima teguran dan pendapat orang dengan hati yang terbuka

3. Eager to learn. Sikap yang sentiasa ingin tahu dan mempelajari tugas-tugas baru dan yang lebih  mencabar

4. Ringan Tulang. Tidak berkira untuk melakukan tugas orang jika diminta walaupun bukan tugasnya

5.  Tidak berkira masa walaupun sebelum waktu bekerja bermula ia telah berada dimejanya dan membuat kerja begitu juga selepas waktu pejabat

6. Tidak menyebarkan berita palsu ( gossip)  kepada rakan sekerja yang lain yang akan mencetuskan suasana tempat kerja yang tidak selesa

7. Tidak mendedahkan perkara-perkara yang sulit berkaitan dengan kerja


#pengurusansumbermanusia #humanresource #calonpekerjapilihanmajikan #hrmanager #interviewselection #tipscarikerja 

Friday, August 7, 2020

KENAPA MINTA KERJA TAK DAPAT ?

Hi! Gais,

Kali ini saya ingin berkongsi soalan yang sering ditanya semasa  sesi temuduga atau dalam bahasa inggerisnya adalah  " Interview"  tak kira samada di syarikat kecil atau besar dan jawapan-jawaban anda terhadap soalan ini boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak,

Diantaranya ;

1. Sebab-sebab anda ingin mencari kerja baru ( sekiranya masih bekerja) ataus sebab-sebab anda telah berhenti kerja dengan majikan terdahulu (jika sekarang tidak bekerja) ? Kadangkala jika anda pernah bekerja dibeberapa syarikat sebelum ini anda juga diminta untuk memberikan semua sebab-sebab berhenti disetiap syarikat tersebut.

2. Ada merancang untuk berkahwin didalam masa terdekat ( Jika pemohon bujang)? Anda juga akan ditanya dimana kampung anda dan bakal suami anda?

3. Jika anda seorang yang telah berkahwin dan mempunyai anak, anda akan ditanya berkenaan dengan umur-umur anak anda dan jika anak-anak masih kecil anda juga akan ditanya siapa yang menjaga atau menguruskan mereka semasa anda bekerja?

4. Adakah anda boleh bekerja  selepas waktu pejabat?

5. Adakah anda boleh bekerja didalam susana yang sibuk dan  dan stress ?

6. Adakah anda merancang untuk melanjutkan pelajaran pada masa terdekat?

Dan berikut adalah sebab-sebab kenapa soalan itu ditanya untuk memastikan bahawa anda memenuhi kriteria asas bagi jawatan tersebut;

1. Jawaban anda akan mengambarkkan trend pekerjaan anda, sekiranya anda bertukar kerja setiap tahun, maknanya anda seorang yang suka bertukar kerja dan tidak kekal lama disesebuah syarikat. Jika syarikat mencari seseorang yang boleh bekerja lama disyarikat maka peluang ada anda adalah tipis.

2. Jika jawaban anda YA, anda menggambarkan bahawa kemungkinan anda akan kerap bercuti untuk menguruskan hal-hal perkahwinan dan kampung yang jauh juga memerlukan cuti yang lebih panjang. Sekiranya syarikat tidak mempunyai staff yang ramai dan jenis kerja yang semuanya  nak cepat atau "urgent" permohonan anda akan ditolak.

3. Jika jawaban anda anak-anak masih kecil ia akan menggambarkan bahawa kemungkinan anda akan sering bercuti kerana anak kecil dan memerlukan lebih perhatian. 

4, Jika sekiranya jawaban anda TIDAK bermakna anda seorang yang masuk kerja cukup 8 jam balik rumah dan sekiranya syarikat seseorang yang boleh bekerja masa.

5, Jika jawaban anda TIDAK menggambarkan bahawa anda seseorang yang tidak tahu menangani masalah dan akan mengakibatkan kerja anda terjejas. Jika  suasana bekerja disyarikat sentiasa tersebut sentiasa sibuk dan semua nak "urgent", anda bukan calon yang sesuai dan permohonan anda akan ditolak.

6. Jika sekiranya jawaban anda YA ini menggambarkan bahawa  anda mungkin akan bekerja tidak lama  kerana anda akan berhenti apabila anda melanjutkan pelajaran esok. Jika syarikat mencari seseorang yang boleh bekerja lama disyarikat maka peluang ada anda adalah tipis.

Saya berharap perkongsian ini membantu  dan jika anda rasa blog saya berinformasi, follow dan subscriba lah blog saya dengan klik butang tersebut disebelah kanan blog.



#tipisjawabantemuduga #tipstemuduga #soalanwajibtemuduga 


Thursday, January 2, 2020

PETUA MENGUBATI STROKE / SERANGAN JANTUNG

Salam Semua,

Disini saya kongsikan petua atau ikhtiar mengubati "stroke"  atau dalam bahasa melayunya serangan jantung yang saya dapat dari group whatsapp pagi ini, mudah-mudahan bermanafaat pada yang memerlukan.


Bahan-bahan yang di perlukan untuk rawatan ;
2 Kg Garam Kasar
100 gram lada hitam


Cara Menyediakannya;
Masukkan garam dan lada hitam dalam besen besar  dan suruh pesakit pijak, jika pesakit tidak boleh berdiri boleh dilakukan semasa duduk. Menurut kata Ustaz ramai pesakitnya telah sembuh dengan cara rawatan ini.

Garam tersebut  boleh bertahan selama 40 hari kerana garam akan berair sedikit demi sedikit. Selepas 40 hari tukar garam dan lada hitam baru jika rawatan masih diperlukan. Selepas rawatan simpan garam ditempat yang tidak panas atau tidak sejuk ( suhu bilik) supaya garam tidak cair dan jangan lupa tutup besen dengan kemas supaya tidak dimasuki oleh serangga.

Bagi yang beragama Islam disarankan berdoa dan berzikir sebanyak mungkin semasa proses rawatan, insyallah akan mendapat kesembuhan dengan izin Allah.

Sila share petua ini mudah-mudahan membantu pada yang memerlukan.




#ikhtiarmengubatisakitstroke
#ikhtiarmengubatiseranganjantung
#ubatstrokecaraislam

Saturday, May 25, 2019

COOKIES SIHAT

Hi! Guys..

Dah banyak buat Cookies ke? Buat Cookies apa tu?  Hari ni saya buat buckwheat chocolate chips lagi, cookies sihat untuk semua, bahan agak mahal tapi kesihatan harus di utamakan .. kan? Saya suka buat cookies ni sebab mudahhh sangat ...

Bahan-bahannya;

1 cawan Buckwheat Flour atau Tepung Kacang Kuda
1/3 cawan Sunflower Oil atau Minyak Kelapa
2 sudu besar Air
1/3 cawan Brown Sugar, kalau nak manis lagi boleh letak 1/2 cawan
1/2 sudu teh Baking Soda
1/2 sudu teh Vanilla Essen
1/2 sudu teh Apple Cider Vinegar

Cara Membuatnya;

1. Masukkan minyak dan gula terlebih dahulu, pukul hingga gula hancur diikuti dengan bahan-bahan lain kecuali tepung.

2. Setelah semua telah hancur dan sebati masukkan tepung perlahan-lahan dan sebatikan dengan semua bahan-bahan.

3. Panaskan ketuhar 180 darjah selam 10 minit sambil sementara membentukkan cookies kedalam dulang.

Bentuk Cookies ikut suka hati, hari ni saya buat ala-ala famous amos guna cedok guna sudu teh jer, cedok masuk dalam dulang.



Gambar kat bawah ni, cookies sebelum-sebelum ni, saya buat bulat.





4. Bakar 15 - 20 minit , Siap untuk di makan.





#cookiessihat #buckwheatchoclatechips #cookiestepungkacangkuda #cookiesnongluten

Wednesday, May 1, 2019

PERBEZAAN BUTTER & MAJERIN

Hi! Semua,

Minggu depan dah nak start puasa, so tahun ni beli biscuit ke buat sendiri ? Insyallah tahun ni saya buat biscuit raya sendiri untuk julung-julung kalinya hehehe. 

Ada sesiapa yang confuse atau tak tau langsung perbezaan butter dan majerin tak? Sebenarnya saya pun baru je tau sebab tak de kepentingkan kan, sebab nak buat biscuit sendiri  punya pasal ni lah baru nak tau perbezaannya untuk memastikan ingredient tidak  mendatangkan alahan kepada kulit saya yang sensitif ini.

Sebenarnya walaupun beli mungkin lebih mudah tapi lagi elok buat sendiri sebab kita boleh control kandungan minyak, gula dalam adunan untuk menjamin kesihatan kita. Bukan sahaja biscuit tapi semua makanan yang kita makan.

So, siapa yang confuse tu jeng jeng jeng hehe ...

Butter ni dibuat dari hasil tenusu manakala Majerin dibuat dari minyak sayuran, garam dan bahan penstabil .. tu lah beza dia, so kalau yang alergi pada hasil tenusu boleh ganti dengan majerin ye. Cuma kalau nak buat biscuit atau Kek kalau guna butter tu lagi sedap dan tekstur lebih cantiklah. Guna butter sedap lebih kandungan lemak sangat tinggi dibandingkan dengan majerin so kalau tak de masalah alahan bolehlah guna butter ye. 

Ingredient Majerin berlainan mengikut jenama, so pilih mengikut kesesuaian tubuh kita. Yang diperbuat dari bunga matahari lebih sihat tapi harga agak mahal.



#perbezaanbutterdanmajerin  

Saturday, February 2, 2019

Peminat Air Limau SILA BACA

Sumber : Photobucket


Pada peminat air limau kasturi, limau nipis atau lemon, jom sembang-sembang sikit pasal air ni. Air ini memang sedapkan? Favourite saya "lemon honey ice " uhhh sedap bunyinya kan? rasa pun xtra sedap,dah habis segelas nak tambah lagi  ekekeke. 

Samada limau kasturi ke? limau nipis ke? lemon ke? Macam-macam air boleh buat, air limau panas, air limau ais, teh air limau panas, teh air limau ais, air limau barli panas, air limau barli sejuk, air limau asam boi ... kalau nak tulis semua tak larat den ... panjang sangat 〰

Dah lama berhenti minum air lemon di luar sana, bagi tau kat anak juga supaya jangan minum air ni kat luar ...tau kenapa???

Sebabnya??? sebabnya adalah proses membuat air tersebut ...bila nak buat air tu kan nak kena potong limau tu pas tu perah kat dalam cawan tu, bersih ke jari-jari dia tu ek? Sebelum dia buat air tu agak2 dia buat apa? korek hidung? garu sana sini? dari toilet ? haisshhh...geli tak? bila terfikir semua benda ni tak lalu nak minum air limau kat luar sana tu.

Lagi satu hal lagi...limau tu dia basuh tak sebelum slice dan perah kedalam cawan? entah limau /lemon tu datang dari ceruk mana tak? haishhh geli ohhhhh.

So sebaiknya bak air limau ni buat sendiri je lah kat rumah, jimat, murah dan bersih tak payah minum kat luar sana. Ada baca post orang semalam siap tulis " Limau tu seperti tandas" uhhhh lagi haru kan ...

Lepas baca blog  ni ada rasa-rasa mual tak ekekeke ....

But well, terpulang pada masing-masing lah kan, kalau agak-agak tak kisah minum air perahan dari jari jemari orang ... teruskan lah , kalau pentingkan kebersihan dan kesihatan  berhenti lah minum air ni kat luar sana.

Sharing is caring !
XOXO

Wednesday, December 26, 2018

MAK BAPA (PARENTS) WAJIB BACA

Kali ni saya nak cakap pasal ibubapa MDK/MD. Tau apa ibubapa MDK/MD?, MDK adalah "make dont know" manakala MD pula adalah " buat dek" :)

Saya cukup tidak suka pada ibubapa  yang suka buat "make dont know" atau dalam bahasa melayu pasar " buat dek " bila anak-anak buat perangai, siapa tak sayang anak tapi janganlah biarkan anak membuat sukahati, nama pun "anak" kalau bukan kita siapa lagi yang menegurnya bak kata pepatah " melentur buluh biarlah dari rebung".

Baru ni semasa di Pulau Pangkor semasa anak buah tengah main pasir tetiba ada 2-3 orang budak datang join pula, datang join tu tak jadi masalah sebab anak buah pun seronak ada kawan ramai. Rupanya parents budak ni duduk sebelah jer, perasaan sebab dia memerhatikan gelagat budak tu sambil memanggil-manggil yang  kecil tu.

Jam pun hampir 6.30 petang, kami berkemas untuk balik ke Teluk boleh jer parents tu biar anak dia still main mainan pasir anak buah tu lepas tu tak nak lepas pula tu, mana yang dah tak digunakan kami dah ambil dan basuh tak kan dia tak nampak kot ... kan? Last-last tinggal yang anak dia pegang tu yang tak simpan lagi, kalau saya, saya dah ambil anak saya tu dan pulangkan mainan anak orang, ini tidak bapa dia tu boleh datang sebelah saya ambil gambar closed up anak dia. Hurmmmm dalam hati Tuhan jer yang tahu, geram tengok mak bapa macam tu. Anak dia yang besar tu siap datang gali pasir sampai masuk kat bag kami pun dia make dont lagi, sikit pun tak cakap.

Last-last minute budak kecik tu lepaskan mainan tu kakak dia bagi signal kat anak buah, anak buah ambil dan basuh, kejap lagi budak kecik tu datang nak balik, my brother pujuk anak dia bagi mainan tu kat budak tu, my brother cakap " kesian adik" sebab budak tu kecik dari anak buah, parents budak tu pun still make dont know langsung tak cakap apa @#$%^&**&& boleh gitu ? :)  Langsung tak de perasaan kot atau ... ntah tak tau apa jenis orang macam ni nak panggil :)

Dah banyak kali tengok parents macam ni kadang tu kalau kat Mall tu anak mengacau dia boleh biar je, kadang ada yang datang ke rumah orang anak mengacau barang kat rumah orang sampai berjatuhan, kerusi tungang terbalik pun still mulut tu berat sangat nak buka tegur anak macam ada emas kat dalam mulut, takut jatuh kalau buka mulut.

Ibupada diluar sana janganlah berperangai macam ni kalau sayangkan anak biarlah kena tempat.

#makedontknowparents #ibubapabuatdek #ibubapaselambadek

Tuesday, December 18, 2018

Urutan Wajah Yang Akan Membuat Anda Kelihatan 10 Tahun Lebih Muda


Minggu lepas dah kongsi cara buat homemade face mask, hari ni nak kongsi cara urut  muka :)
Suuuuusahhhh jadi pompuan ni kan? macam-macam kena jaga terutama yang dah berumah tangga, kena jaga husband, jaga anak, jaga hati mak mertua itu ini, jaga diri sendiri lagi kan? jaga supaya sihat, cantik dan ramping selalu, kalau tak jaga nampak orang syantik, lost confident pula ... kannnn?

Adalah impian semua wanita untuk mendapatkan muka yang sentiasa tegang dan nampak awet muda selalu ... betul tak? kalau jawab "tak betul" .. memang tak de perasaaan hehehe , so nak cantik bukan kena jaga luaran sahaja, dalaman juga memainkan peranan yang sangattttt penting, kalau cantik tapi tak sihat satu sen tak guna kannn !!!

So as promise, video  kat bawah akan ajar cara urut muka supaya kulit muka sentiasa tegang dan awet muda, super penting nie tau, tak guna tenyeh krim harga beratus kalau sikit pun tak nak urut, nak cantik kena rajin la sket ...tak rajin jadi hodoh nanti hehehe, jangan tunggu hodoh baru sentap hehe . Meh tengok video ni belajar cara urut muka tak payah nak tunggu hari gaji nak ke salaon untuk buat facial massage, hari-haripun boleh buat sendiri.

Urutan ni mungkin agak sakit sedikit sebab kena tekan kulit muka sedikit " beauty is pain" , tekan ikut rasa masing-masing ye, jangan tekan sampai lobam pula :)

Special thanks to my beautiful cuzzin for sharing this technique.





#tanakamassage #carategangkanmuka #urutantegangkanmuka

Resipi Kuih Penjaram Sabah

Kuih Penjaram ? macam pernah nampak kat mana-mana kan? Muka sama tapi rasa tak sama dik oii , ada yang keras kalau buat baling ayam, ayam pu...