MAS

Thursday, December 28, 2017

Rompin Pahang Malaysia

Rompin Resort Pahang

Harga bilik 3D 2N RM330.00 (tempahan melalui Booking.com ) termasuk sarapan pagi, agak berbaloilah jika dibandingkan dengan Resort lain ( ingatkan Chalet Rompin ni kayu macam kat cherating tu hehe, bila angin tiup dengar bunyi angin masuk celah-celah lubang kayu, ni batu sokmo :) ) sebab bilik besar, lantai mozek yang bersih, berhawa dingin dan mempunyai pemanas air, cuma  bab TV yang spoilt, TV besar gedabak , zaman dulu-dulu punya, dah lah unlimited  channel, nak cari channel pun susah sebab manual, terpaksa lah tekan sendiri tengok channel mana yang sangkut. Tapi tak lah semua bilik macam tu sebab bilik my brother Flat Screen TV pulok hehe .

Gambar bawah ni, bilik di bangunan dibahagian hadapan sekali dekat dengan Dewan Makan.


Gallery image of this property


Gambar bawah ni Chalet dia, kalau seorang jangan ambil Chalet sebab Chalet menghadap hutan, seram kalau seorang-seorang heee

Gallery image of this property

Resort ni landscape cantik, this is the best part yang saya suka, jalan lurus je , kiri -kanan pokok 

Gallery image of this property

Cik Tina menikmati pemandangan resort hehe ( cari bilik ni ... jauh nun disana, paling hujung menghadap pantai, dengar ombak pun seram tapi nak juga pergi pantai sampai handphone pon meninggal jatuh kat laut sebab lari dari ombak ... tetiba seram pula tengok ombak bergulung-gulung macam ada benda nak keluar dari air macam cerita hantu laut kat T.V hehe  ( tengok video kat my Insta ).



Bawah ni, tempat lepak-lepak, tapi tak berkesempatan duduk ... 2 hari kat sini ...2 hari juga hujan


Aktiviti-aktiviti yang boleh buat kat sini, tapi masa ni musim tengkujuh so aktiviti laut tak de sebab ombak terlalu kuat. Ramai yang datang kesini buat family day so agak riuh rendah sedikit walaupun hujan hampir  sepanjang hari.







In overall, walaupun most of the time kitaorang kat bilik sebab hujan sepanjang kami disini, we enjoyed our trip here sebab kawasan resort cantik, ada private beach dan pekerja-pekerja yang ramah.

Perjalanan dari KL ke sini lebih kurang 4-5 jam, kalau dekat boleh lah datang masa terdekat ni :)

Wednesday, December 27, 2017

How To Earn 0.0001 Bitcoin per day

There are many ways to earn Bitcoin but you have to be smart to choose a reliable company and remember not to invest all your money,  just invest the amount that you can afford to lose so that when something goes wrong it doesn't affect your financial.

I came across this company and tried it myself ,  it is reliable so far. You can start with minimum investment of   MYR300.00 and what make me interested with this company is because they are paying in a form of Bitcoin as per market price.

Click here to learn :  https://jomcollectbitcoin.usitech-int.com ( please click and paste to your browser  if you can't click to open)

The company will pay you  0.0001BTC ( profit for minimum investment) everyday from Monday to Friday for  4 months contract.

Upon completion of the contarct you will get Profit of 140% + your capital. The more you invest, the higher Profit you will get.

However you dont have to wait for the contract to end to make withdrawal from your wallet as you are allowed to withdraw when your Bitcoin hit minimum amount.

You can withdraw your Bitcoin and put to your Luno account to change to MYR or you can transfer to your Blockchain account to save and grow it further.

Bitcoin is predicted to hit USD1Millon in year 2020, so is good to have some if you have extra money to buy.

Thanks for reading.

Tuesday, December 26, 2017

Resipi Pengat Pisang

Bahan-bahannya;

8 biji Pisang
1/2 cawan  sagu telur katak
2 helai daun pandan, basuh dan simpul
1 biji kelapa diambil santannya

Bahan Perasa;

Gula Pasir
Gula Melaka
Secubit garam

Cara Memasak;

1. Masak  hingga agak lembut, masukkan sagu, santan dan daun pandan dan masak lagi hingga sagu dan santan masak

2. Masukkan gula pasir dan gula melaka hingga mencapai tahap manis yang anda inginkan ( gula melaka menjadikan warna pengat nampak cantik dan sedap)

3. Masukkan garam

Resipi Pengat Ubi Keledek

Bahan-bahannya;

1/2 Kilo Ubi Keledek , dipotong dadu besar ubi jari
1/2 cawan  sagu telur katak
2 helai daun pandan, basuh dan simpul
1 biji kelapa diambil santannya

Bahan Perasa;

Gula Pasir
Gula Melaka
Secubit garam

Cara Memasak;

1. Masak ubi hingga agak lembut, masukkan sagu, santan dan daun pandan dan masak lagi hingga sagu dan santan masak

2. Masukkan gula pasir dan gula melaka hingga mencapai tahap manis yang anda inginkan ( gula melaka menjadikan warna pengat nampak cantik dan sedap)

3. Masukkan garam


Monday, December 25, 2017

Petua Kuku Cantik Sihat Dan Berkilat


Bahan yang diperlukan ;

Minyak Kelapa atau
Minyak Olive

Cara Menggunakannya;

Sapukan kuku anda dengan minyak kelapa atau olive sebelum tidur setiap malam dan biar semalaman


Petua Kain Baju Sentiasa Kelihatan Baru

1. Apabila anda membasuh kain baju, terbalikkan semuanya sebelum membasuhnya (bahagian luar terbalikan ke dalam) 

2. Jika anda menjemur pakaian diluar rumah, pastikan semua pakaian diterbalikkan

3. Gunakan Sabun Pembasuh secukupnya sahaja, Pengunaan Sabun yang banyak mengakibatkan pakaian anda cepat pudar dan lusuh

4. Jangan amalkan merendam pakaian terlalu lama




Star Wars: The Last Jedi Trailer (Official)



Hi! Semua ,

Weekend buat apa?

Dah tengok STAR WARS?

Kalau belum jom ramai-ramai tengok STAR WARS  di TGV Cinema.

Nak tahu cara dapatkan tiket wayang murah dan percuma?

Click disini untuk info selanjutnya https://ciktina1109.blogspot.my/p/di-entry-ini-saya-nak-share-tips-tengok.html, jika anda tidak boleh click, sila  copy paste alamat tersebut ke browser untuk membacanya.

Kepada yang menyambut HARI NATAL, saya ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL BERSAMA KELUARGA ANDA dan kepada yang tidak menyambut saya ucapkan SELAMAT BERCUTI.

ZENGHRGG ! ZENGHRGG! ZENGHRGG!


Resipi Jemput-Jemput Pisang

Bahan-bahannya;

2 Cawan Tepung Gandum
2-3  biji Pisang, dilenyek atau blend
Secubit Garam

Cara Membuatnya;

1. Gaulkan semua bahan dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati dan boleh dibulatkan menggunakan sudu atau jari

2. Panaskan Kuali, kemudian masukkan minyak masak, ambil adunan tersebut dengan sudu makan (bulatkan) atau ambil dengan tangan (bulatkan) dan masukkan terus kedalam kuali untuk digoreng supaya tidak melekat. Goreng dan balik-balikan  hingga kelihatan kuning emas.

Selamat Mencuba !

Resipi Jemput-Jemput Sayur

Bahan-bahannya;

3 Cawan Tepung Gandum
2-3 Biji Kentang, dipotong kecil (dadu)
1 Batang Carrot, potong kecil (dadu)
Secubit Garam

Cara Membuatnya;

1. Gaulkan semua bahan dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati dan boleh dibulatkan menggunakan sudu atau jari

2. Panaskan Kuali, kemudian masukkan minyak masak, ambil adunan tersebut dengan sudu makan (bulatkan) atau ambil dengan tangan (bulatkan) dan masukkan terus kedalam kuali untuk digoreng supaya tidak melekat. Goreng dan balik-balikan  hingga kelihatan kuning emas.

3. Hidang bersama Sos Cili atau Sos Thai (cicah)

Selamat Mencuba !

Resipi Jemput Jemput Ikan Bilis

Bahan-bahannya;

2 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Ikan Bilis Kopek, ditumbuk halus
3 Biji bawang Merah, ditumbuk halus
1 tangkai daun sup, dipotong halus
Secubit Garam

Cara Membuatnya;

1. Gaulkan semua bahan dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati dan boleh dibulatkan menggunakan sudu atau jari

2. Panaskan Kuali, kemudian masukkan minyak masak, ambil adunan tersebut dengan sudu makan (bulatkan) atau ambil dengan tangan (bulatkan) dan masukkan terus kedalam kuali untuk digoreng supaya tidak melekat. Goreng dan balik-balikan  hingga kelihatan kuning emas.

3. Hidang bersama Sos Cili atau Sos Thai (cicah)

Selamat Mencuba !

Sunday, December 17, 2017

Resipi Bubur Ayam Halia

Bahan-bahannya;

1/2 cawan beras
1 inchi halia, di titik
1 mangkuk sederhana daging ayam, potong kecil
1 batang Serai, dititik
Garam
Black Pepper powder, jika suka

Cara Memasaknya;

1. Masukkan semua bahan kecuali garam dan masak hingga menjadi bubur
2. Apabila beras telah menjadi bubur, masukkan sedikit garam dan tutup api

Cara Memakannya;

Campurkan dengan sedikit Black Pepper atau Kicap jika suka


Resipi Kuih Penjaram Sabah

Kuih Penjaram ? macam pernah nampak kat mana-mana kan? Muka sama tapi rasa tak sama dik oii , ada yang keras kalau buat baling ayam, ayam pu...