Nur Qaseh memaksa badannya yang lemah ke bilik air untuk mengambil wuduk dan berdoa kepada yang maha esa untuk menghilangkan kesakitannya. Selesai solat Tahajud Nur Qaseh menadahkan kedua belah tangannya kepada yang maha esa untuk memberinya keampunan atas dosa-dosanya dimasa yang lampau. Doanya membuat dirinya sedih, semakin lama air banyak airmatanya menitikan kebawah dan membasahi telekung putih yang dipakainya.
Selesai berdoa, dia termenung mengimbas zaman silamnya. Keadaan telah membuatnya menanggung berbagai masalah, Nur Qaseh telah disarankan oleh kawan-kawannya agar berjumpa dengan Bomoh untuk meringkan masalahnya. Tanpa berfikir panjang Nur Qaseh telah termakan pujukan kawan-kawannya dan tanpa menyedari bahawa perbuatan itu kelak akan memberi kemudaratan kepadanya.
Masih segar diingatnya saat-saat dia menemui Bomoh yang disangkanya seorang yang warak dan doa-doanya di terima Allah. Masih segar suara Bomoh itu melafazkan kata-kata Bismillahhirahmannirahim dan kata-kata seterusnya kata-kata yang difahaminya dan diakhirnya dengan selawat Nabi. Disangkanya Bomoh itu memberinya doa-doa yang mustajab yang mana akan mendapat pertolongan dari Allah dengan cepat maka sebaik sahaja sampai kerumah dia pun membuat apa yang Bomoh itu pesan agar doanya dibantu oleh Allah.
"Astagafirullah" itu lah kata-kata yang terkeluar dari mulutnya apabila sedar bahawa dah sejam dia melayan fikirannya.
"Astagafirullah" itu lah kata-kata yang terkeluar dari mulutnya apabila sedar bahawa dah sejam dia melayan fikirannya.
No comments:
Post a Comment