Mimi membelek-belek mukanya didepan cermin sambil "touch up make up" sebelum masuk ke pejabat semula sambil menyembang dengan rakan-rakannya :
Mimi : Alamak, muka naik jerawat lah, dah lama tak pergi facial, busy sangat lately ni.
Aminah : Muka aku dah elok sejak pakai SK2. Tak payah nak facial sangat dah.
Yana : Mahal lah , tak mampu mak nak beli.
Aminah : Alaa, beli kat duty free murah beb ! aku kirim dengan sepupu kerja Paramugari, dia tolong belikan. Kat luar memanglah mahal.
Yana : Oh, yeke .. kirim boleh?
Aminah : Boleh je , janji ongkos kasi beb! jangan kirim dengan airliur je ... ha ! ha! ha!
Yana : Ishhhh...yelah, tak kan lah pula (sambil menepuk bahu Aminah dengan perlahan)
Mimi : Aku guna product Cosway, ok juga lah, serasi dengan kulit aku kot.
Sofea : Aku kan kena guna product branded je, kalau tak muka aku naik gatal-gatal, pernah cuba yang lain habis muka aku merah sana sini.
Mimi : Oh ye ke? Brand apa kau pakai.
Sofea : Aku guna "Avon".
Mimi, Aminah dan Yana melihat sesama sendiri dengan lindah kaku tak terkata.
Moral Cerita :
Kalau tak berapa nak tahu pasal "brand" baik jangan berlagak macam tahu nanti sendiri malu.
Jika anda dapati cerita ini menarik, sila kongsikan dengan rakan anda dengan memilih butang kongsi dibawah.
No comments:
Post a Comment