Minggu depan dah nak start puasa, so tahun ni beli biscuit ke buat sendiri ? Insyallah tahun ni saya buat biscuit raya sendiri untuk julung-julung kalinya hehehe.
Ada sesiapa yang confuse atau tak tau langsung perbezaan butter dan majerin tak? Sebenarnya saya pun baru je tau sebab tak de kepentingkan kan, sebab nak buat biscuit sendiri punya pasal ni lah baru nak tau perbezaannya untuk memastikan ingredient tidak mendatangkan alahan kepada kulit saya yang sensitif ini.
Sebenarnya walaupun beli mungkin lebih mudah tapi lagi elok buat sendiri sebab kita boleh control kandungan minyak, gula dalam adunan untuk menjamin kesihatan kita. Bukan sahaja biscuit tapi semua makanan yang kita makan.
Sebenarnya walaupun beli mungkin lebih mudah tapi lagi elok buat sendiri sebab kita boleh control kandungan minyak, gula dalam adunan untuk menjamin kesihatan kita. Bukan sahaja biscuit tapi semua makanan yang kita makan.
So, siapa yang confuse tu jeng jeng jeng hehe ...
Butter ni dibuat dari hasil tenusu manakala Majerin dibuat dari minyak sayuran, garam dan bahan penstabil .. tu lah beza dia, so kalau yang alergi pada hasil tenusu boleh ganti dengan majerin ye. Cuma kalau nak buat biscuit atau Kek kalau guna butter tu lagi sedap dan tekstur lebih cantiklah. Guna butter sedap lebih kandungan lemak sangat tinggi dibandingkan dengan majerin so kalau tak de masalah alahan bolehlah guna butter ye.
Ingredient Majerin berlainan mengikut jenama, so pilih mengikut kesesuaian tubuh kita. Yang diperbuat dari bunga matahari lebih sihat tapi harga agak mahal.
#perbezaanbutterdanmajerin