MAS

Saturday, March 24, 2018

Ipoh Perak Malaysia

Hyeeee! Salam 1 Malaysia ...

Cuti sekolah baru ni saya ke Ipoh mencuti kan diri bersama myAlia hehehe , Ipoh banyak tempat yang best best tapi jarak agak jauh dari pusat bandar so the best is kena Driver lah supaya senang nak kesana kemari tapi kalau tak nak Drivepun tak pe sebab Grab senang dapat, so tak payah pening-pening kepala nak mencari jalan kalau tak expert hehe.

Semasa di Ipoh kami menginap di Regalodge Hotel 4D 3N, 2 Malam tempah melalui Booking.com RM123.00 semalam tidak termasuk cukai dan  semalam lagi melalui Agoda.Com RM112.08 semalam ( Net Price). Semua harga tersebut tidak termasuk sarapan ye. Kalau nak sarapan kena tambah RM15.00 seorang tapi bersebelahan dengan Hotel ni ada Cafe makanan pun sedap-sedap so why pay more if you can save ..kannn? Sebelah pagi ada jual macam-macam sarapan untuk tekak orang Malaysia iaitu dari yang goreng-goreng sampai ke Sup pun ada hehe. Sebelah malam makanan barat, cina dan melayu. Kalau nak makan yang betul-betul Chinese Style ada Restaurant Cina Muslim yang berdekatan iaitu Restaurant Haji Sharin. Restaurant ni agak terkenal di Malaysia, banyak cawangan sana-sini.

Ipoh banyak tempat-tempat yang menarik tapi kita cuma sempat melawat beberapa tempat yang menjadi tumpuan utama seperti MAPS Filem Animation Theme Park, Kellie Castle, Taman Rekreasi Gunung Lang dan Gua Tempurung ;

Movie Animation Park Studio (MAPS)


Bertempat di Persiaran Meru Raya 3, Bandar Meru Raya 3, 30020 Ipoh, Perak.

Harga Tiket Dewasa : RM70.00 (walk-in), RM60.00 (online)

Terbahagi kepada beberapa Zone seperti berikut;
  • Animation Square Zone
  • Dream Zone ( belum buka lagi)
  • Blast Off Zone
  • Live Action Zone
  • Lakeside Zone
  • Fantasy Zone


Updating in progress .. meanwhile please visit my Instagram to see my photo and Video

No comments:

Post a Comment

Resipi Kuih Penjaram Sabah

Kuih Penjaram ? macam pernah nampak kat mana-mana kan? Muka sama tapi rasa tak sama dik oii , ada yang keras kalau buat baling ayam, ayam pu...