MAS

Monday, February 20, 2023

Resipi Kuih Penjaram Sabah




Kuih Penjaram ? macam pernah nampak kat mana-mana kan? Muka sama tapi rasa tak sama dik oii , ada yang keras kalau buat baling ayam, ayam pun meninggal, sebab keras  :) 

Jom belajar buat sendiri kat rumah ;

Bahan-bahan ;

Tepung Gandum,
Tepung Beras
Gula Putih
Gula Merah
Air
Minyak Masak Untuk Memasak

Cara Membuatnya ;

1. Ayak tepung gandum dan tepun beras, masukkan gula putih/gula merah masukkan air secukupnya, jangan cair dan jangan terlalu pekat

2. Peram adunan sekurang-kurangnya 3 jam sebelum memasak untuk sebatikan adunan 

3. Guna kuali yang paling kecil , permukaan melengkung untuk memasak

4. Tuang minyak sikit demi sedikit ke dalam kuali untuk memasak

5. Guna sukatan untuk jatuhkan adunan ke dalam kuali supaya size kuih nampak sama

6. Apabila minyak telah panas, tuang adunan ke dalam kuali sedikit demi sedikit hingga habi 

7. Apabila kuih telah kembang, terbalikkan kan kuih tersebut, tunggu seketika kemudian cucuk bahagian tengah kuih dan letak tepi kuali, apabila minyak telah berhenti menitik letak ke dalam pinggan

8. Ulang proses 6 dan 7 hingga adunan habis

9. Alas pinggan/bekas dengan daun pisang untuk menjaga kelembaban kuih ( jika tiada pun ok)


Selamat Mencuba


P.S Kalau malas nak masak boleh beli yang dah masak kat lini ini https://linktr.ee/onlineshopping4u

#kuihpenjaramsabah
#resipikuihpenjaramsabah
#kuihpenjaramciktina



 


No comments:

Post a Comment

Resipi Kuih Penjaram Sabah

Kuih Penjaram ? macam pernah nampak kat mana-mana kan? Muka sama tapi rasa tak sama dik oii , ada yang keras kalau buat baling ayam, ayam pu...