Hi! Gais,
Kali ini saya ingin kongsikan sikap pekerja yang di idami oleh setiap majikan.
Seperti yang kita tahu pada masa ini dinegara kita mempunyai banyak Universiti samada awam atau swasta dan setiap tahun juga ramai graduan yang keluar dari Universiti termasuklah kolej-kolej awam dan swasta yang lain dan tidak kurang juga yang belajar di luar negara. Ini menyebabkan lambakan graduan yang mencari pekerjaan.
Walaupun sedemikian masih ramai majikan yang mempunyai masalah kesukaran untuk mendapatkan pekerja kerana kebanyakan syarikat mencari pekerja yang berpengalaman dan yang paling penting mempunyai disiplin kerja dan sikap yang positif.
Mengapa saya berkata demikian adalah kerana walaupun seseorang itu tidak mempunyai kelulusan tinggi tetapi mempunyai attitude yang baik ia boleh diajar dan dibentuk menjadi seorang pekerja yang mahir manakala seseorang yang berpelajaran yang tinggi tetapi tidak mempunyai sikap yang positif sukar dibentuk kerana merasakan dirinya sentiasa betul dan tidak menerima pendapat orang lain termasuklah majikan itu sendiri.
Seseorang yang mempunyai kelulusan yang tinggi dan bersikap positif adalah pakej yang sempurna yang di idami oleh setiap majikan.
Apakah sikap positif ?
1. Professional & Positive. Seseorang yang sentiasa professional dan berfikiran positif dan tidak mencampur aduk kan masalah peribadi dan tempat kerja yang menjejaskan prestasi kerja anda.
2. Open heart. Boleh menerima teguran dan pendapat orang dengan hati yang terbuka
3. Eager to learn. Sikap yang sentiasa ingin tahu dan mempelajari tugas-tugas baru dan yang lebih mencabar
4. Ringan Tulang. Tidak berkira untuk melakukan tugas orang jika diminta walaupun bukan tugasnya
5. Tidak berkira masa walaupun sebelum waktu bekerja bermula ia telah berada dimejanya dan membuat kerja begitu juga selepas waktu pejabat
6. Tidak menyebarkan berita palsu ( gossip) kepada rakan sekerja yang lain yang akan mencetuskan suasana tempat kerja yang tidak selesa
7. Tidak mendedahkan perkara-perkara yang sulit berkaitan dengan kerja
Jika anda dapati blog ini berguna, silakan share kepada kawan-kawan anda dan tekan subscribe untuk update blog baru.
#pengurusansumbermanusia #humanresource #calonpekerjapilihanmajikan #hrmanager
No comments:
Post a Comment