MAS

Wednesday, June 29, 2022

CARA TULIS RESUME / CV

 





Tahukah anda bahawa anda mungkin kehilangan peluang pekerjaan disebabkan oleh Resume anda? Sebab apa?  Sebabnya apabila Syarikat mendapat banyak permohonan dan Resume anda tidak terpilih semasa saringan ( Resume Screening) dilakukan kerana ;

1. Resume berserabut difahami , dalam kes ini pemohon selalunya menggunakan format online yang sedia ada, mungkin nampak trendy tapi susunannya tidak teratur dan memeningkan dan kemungkinan permohonan anda akan diketepikan.

2. Resume yang tidak lengkap, maklumat  yang paling penting tidak  diletakkan iaitu sejarah pekerjaan, tempoh pekerjaan, tugas-tugas yang dilakukan semasa bekerja disyarikat tersebut dan sebab-sebab berhenti. Ketiadaan maklumat ini menyukarkan pemilihan, permohonan anda akan diketepikan untuk proses selanjutnya iaitu "phone call" untuk bertanyakan maklumat tersebut atau mungkin permohonan anda akan diketepikan kerana setengah interviewer akan zoom terus kepada sejarah pekerjaa, jika tidak berkaitan .. bye2 terus.


Menulis resume tidak memerlukan kekreatifan, tulis simple-simple sahaja macam format kat bawah ni sejuk mata nak membaca, tulis guna word jangan guna Excel ; 


Tajuk : Resume ( Tak perlu tulis tajuk)
1. MAKLUMAT PERIBADI

Nama : 
Alamat:
No. Untuk dihubungi :
Alamat Email:

2. PENDIDIKAN

Nama Sekolah/Kolej/Universiti 
Tahun Bersekolah
Pencapaian

3. SEJARAH PEKERJAAN

Nama Syarikat
Tahun Bekerja
Tugas-Tugas
Jawatan
Sebab Berhenti

4. KEMAHIRAN LAIN

5. KURSUS YANG PERNAH DIHADIRI

6. NOTIS YANG DIPERLUKAN

7. GAJI YANG DIPOHON


Bila dah siap, sebelum save letak gambar berukuran passport supaya penemuduga mudah mengingati anda , kalau gambar biasa pun boleh tapi bukan gambar yang terlalu fancy. Dah siap save dalam bentuk PDF. Masa nak hantar  tak perlu tulis cover letter jika permohonan dihantar melalui email sebab masa nak tulis email tu dah kira sebagai cover letter.

Soft copy jangan delete, simpan dalam file dan bila ada apa-apa perubahaan, anda hanya perlu tambahkan kemudian save semual dalam bentuk PDF dan gunakan resume baru semasa membuat permohonan nanti.

Jika anda dapati blog ini berguna, silakan share kepada kawan-kawan anda dan tekan subscribe untuk update blog baru.





No comments:

Post a Comment

Resipi Kuih Penjaram Sabah

Kuih Penjaram ? macam pernah nampak kat mana-mana kan? Muka sama tapi rasa tak sama dik oii , ada yang keras kalau buat baling ayam, ayam pu...