http://ciktina1109.blogspot.my |
Nak share sikit bagaimana saya jatuh cinta dengan VC Body Mist nie hehehe, mula-mula tak tau pun pasal VC ni, 8 tahun lepas masa kat Singapore, jalan-jalan kat Sentosa Island my cousin hadiahkan sebotol " Pure Sduction" lepas tu jadi addicted hehe.
Selalu saya guna VC Body Mist ni time nak tidur atau santai-santai kat rumah sebab baunya membuatkan saya fresh & relaxing dan buat saya tidur lena. Favourite saya dari dulu sampai sekarang "Pure Seduction" pernah try lain tapi last-last mesti beli " Pure Seduction" balik.
Untuk info VC Body Mist ni tak de lah mahal ,harga kat Butik Victoria Secret sebotol RM89.00 sebotol, 250ml. Tapi kalau time promotion ( selalunya semasa perayaan) lagi murah, sepanjang saya guna VCBM time promotion kadang Rm75.00 kadang RM49.00 tapi limited time lah kadang 3 hari je. Baru ni masa Deepavali RM39.00 sebotol tapi kena beli 3 botol baru dapat harga tu.
Selain dari Body Mist ada EDT dan lotion juga. Body Mist ni bau dia tak lasting tapi EDT lasting sangat basuh baju pun still wangi.
Berhati-hati semasa membeli sebab ada yang tiruan, kalau nak tahu original ke tak kena tengok penutup. Yang original penutup dia sangat clear manakala yang palsu nampak kabur dan yang paling ketara mungkin dari segi harga, kalau ada yang jual RM24.00 sebotol tu agak meragukan walaupun dijual secara online dengan discount yang tinggi. Kalau nak selamat beli terus kat Butik.
No comments:
Post a Comment