Cik Tina
MAS
Monday, February 20, 2023
Resipi Kuih Penjaram Sabah
Tuesday, October 18, 2022
BAGAIMANA HENDAK KE HEWLETT PACKAGE (HP) SERVICE CENTRE DI JALAN DAMANSARA WISMA UOA ?
Hi,
Baru ni laptop anak tutup dia susah nak buka tutup, pergi The Mines Tingkat 4 cari lap top repair dah tutup , so orang kat Kedai HP tu suruh ke terus ke HP Jalan Damanasara, Wisma UOA.
Sebab tak familar area tu kami naik In Driver dari rumah Seri Kembangan terus ke Jalan Damansara , rupanya dekat jer padanlah offer RM30 in Driver accept :) Masa nak balik kami naik MRT ke KL Sentral, MRT Station memang betul-betul berhadapan dengan Wisma UOA, keluar je dah nampak. Tambang MRT ke KL Sentral RM1++ jer. Dari MRT Jln Damansara ke KL Sentral hanya satu station, turun station Muzium lepas tu jalan sikit ke KL Sentral ikut laluan ( MRT Muzium dan KL Sentral bersambung, ikut je laluan dia dalam bangunan tak payah keluar bangunan pun.
Masa nak balik Seri Kembangan ambil KTM turun Serdang Station tambang RM2.50 kalau guna Kad KTM Pink tu kalau Kad KTM Biasa RM2.90.
Oh ya ! sebenarnya Technician HP boleh datang buat service ke rumah tapi sangat mahal kalau pergi sendiri ke Center bayar separuh harga iaitu RM72 iaitu caj HP untuk dia buka dan diagnose kan masalah lap top kita. Dah check dia akan bagi tau part apa yang kena ganti dan harga , jika kita setuju dengan harga tu baru mereka proceed repair selepas bayar upah pasang dan harga parts.
Harap post ini boleh membantu pada mereka yang tertanya-tanya bagaimana ke HP Service Centre.
Monday, October 17, 2022
PETUA CILI BLEND TAK CEPAT ROSAK
Hi,
Hari ini saya nak share petua atau cara membuat dan menyimpan cili blend supaya tahan lama. Sebelum-sebelum ini saya ada terbaca petua membuat cili blend supaya tahan lama dengan mencampurkan sedikit bawang putih ke dalam cili ( dah cuba tapi tak menjadi).
Mula-mula basuh cili, buang tangkai dan biji jika tidak mahu pedas. Setelah dibasuh masukkan kedalam periuk dan masukkan air hingga cili tenggelam. Setelah cili masak, keluarkan dari periuk dan tapis airnya ( air jangan buang, guna untuk blend jika perlu) dan setelah agak sejuk, blend cili dan masukkan 1/3 air bekas rebusan.
Setelah semua cili dah diblend , simpan cili dalam bekas kedap udara dan simpan dalam fridge.
Selamat mencuba.
Thursday, June 30, 2022
Wednesday, June 29, 2022
KELULUSAN DAN SIKAP - YANG MANA LAGI PENTING?
Hi! Gais,
Kali ini saya ingin kongsikan sikap pekerja yang di idami oleh setiap majikan.
Seperti yang kita tahu pada masa ini dinegara kita mempunyai banyak Universiti samada awam atau swasta dan setiap tahun juga ramai graduan yang keluar dari Universiti termasuklah kolej-kolej awam dan swasta yang lain dan tidak kurang juga yang belajar di luar negara. Ini menyebabkan lambakan graduan yang mencari pekerjaan.
Walaupun sedemikian masih ramai majikan yang mempunyai masalah kesukaran untuk mendapatkan pekerja kerana kebanyakan syarikat mencari pekerja yang berpengalaman dan yang paling penting mempunyai disiplin kerja dan sikap yang positif.
Mengapa saya berkata demikian adalah kerana walaupun seseorang itu tidak mempunyai kelulusan tinggi tetapi mempunyai attitude yang baik ia boleh diajar dan dibentuk menjadi seorang pekerja yang mahir manakala seseorang yang berpelajaran yang tinggi tetapi tidak mempunyai sikap yang positif sukar dibentuk kerana merasakan dirinya sentiasa betul dan tidak menerima pendapat orang lain termasuklah majikan itu sendiri.
Seseorang yang mempunyai kelulusan yang tinggi dan bersikap positif adalah pakej yang sempurna yang di idami oleh setiap majikan.
Apakah sikap positif ?
1. Professional & Positive. Seseorang yang sentiasa professional dan berfikiran positif dan tidak mencampur aduk kan masalah peribadi dan tempat kerja yang menjejaskan prestasi kerja anda.
2. Open heart. Boleh menerima teguran dan pendapat orang dengan hati yang terbuka
3. Eager to learn. Sikap yang sentiasa ingin tahu dan mempelajari tugas-tugas baru dan yang lebih mencabar
4. Ringan Tulang. Tidak berkira untuk melakukan tugas orang jika diminta walaupun bukan tugasnya
5. Tidak berkira masa walaupun sebelum waktu bekerja bermula ia telah berada dimejanya dan membuat kerja begitu juga selepas waktu pejabat
6. Tidak menyebarkan berita palsu ( gossip) kepada rakan sekerja yang lain yang akan mencetuskan suasana tempat kerja yang tidak selesa
7. Tidak mendedahkan perkara-perkara yang sulit berkaitan dengan kerja
Jika anda dapati blog ini berguna, silakan share kepada kawan-kawan anda dan tekan subscribe untuk update blog baru.
#pengurusansumbermanusia #humanresource #calonpekerjapilihanmajikan #hrmanager
SOALAN TEMUDUGA
Hi! Gais,
Kali ini saya ingin berkongsi soalan yang sering ditanya semasa sesi temuduga atau dalam bahasa inggerisnya adalah " Interview" tak kira samada di syarikat kecil atau besar dan jawapan-jawaban anda terhadap soalan ini boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak,
Diantaranya ;
1. Sebab-sebab anda ingin mencari kerja baru ( sekiranya masih bekerja) ataus sebab-sebab anda telah berhenti kerja dengan majikan terdahulu (jika sekarang tidak bekerja) ? Kadangkala jika anda pernah bekerja dibeberapa syarikat sebelum ini anda juga diminta untuk memberikan semua sebab-sebab berhenti disetiap syarikat tersebut.
2. Ada merancang untuk berkahwin didalam masa terdekat ( Jika pemohon bujang)? Anda juga akan ditanya dimana kampung anda dan bakal suami anda?
3. Jika anda seorang yang telah berkahwin dan mempunyai anak, anda akan ditanya berkenaan dengan umur-umur anak anda dan jika anak-anak masih kecil anda juga akan ditanya siapa yang menjaga atau menguruskan mereka semasa anda bekerja?
4. Adakah anda boleh bekerja selepas waktu pejabat?
5. Adakah anda boleh bekerja didalam susana yang sibuk dan dan stress ?
6. Adakah anda merancang untuk melanjutkan pelajaran pada masa terdekat?
Dan berikut adalah sebab-sebab kenapa soalan itu ditanya untuk memastikan bahawa anda memenuhi kriteria asas bagi jawatan tersebut;
1. Jawaban anda akan mengambarkkan trend pekerjaan anda, sekiranya anda bertukar kerja setiap tahun, maknanya anda seorang yang suka bertukar kerja dan tidak kekal lama disesebuah syarikat. Jika syarikat mencari seseorang yang boleh bekerja lama disyarikat maka peluang ada anda adalah tipis.
2. Jika jawaban anda YA, anda menggambarkan bahawa kemungkinan anda akan kerap bercuti untuk menguruskan hal-hal perkahwinan dan kampung yang jauh juga memerlukan cuti yang lebih panjang. Sekiranya syarikat tidak mempunyai staff yang ramai dan jenis kerja yang semuanya nak cepat atau "urgent" permohonan anda akan ditolak.
3. Jika jawaban anda anak-anak masih kecil ia akan menggambarkan bahawa kemungkinan anda akan sering bercuti kerana anak kecil dan memerlukan lebih perhatian.
4, Jika sekiranya jawaban anda TIDAK bermakna anda seorang yang masuk kerja cukup 8 jam balik rumah dan sekiranya syarikat seseorang yang boleh bekerja masa.
5, Jika jawaban anda TIDAK menggambarkan bahawa anda seseorang yang tidak tahu menangani masalah dan akan mengakibatkan kerja anda terjejas. Jika suasana bekerja disyarikat sentiasa tersebut sentiasa sibuk dan semua nak "urgent", anda bukan calon yang sesuai dan permohonan anda akan ditolak.
6. Jika sekiranya jawaban anda YA ini menggambarkan bahawa anda mungkin akan bekerja tidak lama kerana anda akan berhenti apabila anda melanjutkan pelajaran esok. Jika syarikat mencari seseorang yang boleh bekerja lama disyarikat maka peluang ada anda adalah tipis.
Saya berharap perkongsian ini membantu dan jika anda rasa blog saya berinformasi, follow dan subscriba lah blog saya dengan klik butang tersebut disebelah kanan blog.
#tipisjawabantemuduga #tipstemuduga #soalanwajibtemuduga
CARA TULIS RESUME / CV
Tahukah anda bahawa anda mungkin kehilangan peluang pekerjaan disebabkan oleh Resume anda? Sebab apa? Sebabnya apabila Syarikat mendapat banyak permohonan dan Resume anda tidak terpilih semasa saringan ( Resume Screening) dilakukan kerana ;
Menulis resume tidak memerlukan kekreatifan, tulis simple-simple sahaja macam format kat bawah ni sejuk mata nak membaca, tulis guna word jangan guna Excel ;
Tuesday, June 21, 2022
RESIP SUP PERIA - SESUAI UTK PESAKIT DARAH TINGGI DAN KULIT GATAL
Bahan-bahannya;
1/2 biji peria
1 batang sayur sawi
1 biji karot
1 inchi halia
2 biji bawang merah
2 sudu besar Minyak Olive untuk menumis
2 cawan air untuk Sup
Garam bukit
Serbuk perasa
Cara Membuatnya;
1. Peria dibuang bijinya dan dihiris halus
2. Sawi potong, Karot hiris halus
3. Halia dan bawang hiris halus
4. Tumis halia dan bawang apabila telah naik bau, ,masukkan air
5. Apabila air telah mendidih masukkan karot, apabila telah lembut masukkkan peria dan sawi
6. Masukkan garam dan serbuk perasa. Siap
Nutrisi Peria;
2 kali ganda kandungan betacaraotin dalam Brokoli
2 kali ganda kandungan kalsium dalam Bayam
2 kali ganda kandungan pottasium dalam Pisang
Pendek kata dengan memakan sayur peria ni je kita dah dapat nutrition yang cukup. Hebat kan! So , jom rajin kan diri makan Peria hehe.
Selamat Mencuba! Nak tengok gambar , tengok kat Insta, lupa nak save
RESIPI AIR SMOOTIE HIJAU / GREEN SMOOTIES
Bahan-bahannya;
200 gram daun sayur-sayuran berwarna hijau
3 bij pisang Montel
1 sudu teh chia seed
1 Litter Air Masak
Cara Membuatnya;
Blend semua bahan dan siap untuk diminum.
Tambah sedikit serbuk kunyit organic dan 1 sudu apple vineager untuk memaksimumkan khasiatnya.
1-2 kali seminggu gantikan sayur dengan Peria Katak
Saturday, January 23, 2021
ATASI MASALAH GIGI KUNING DENGAN UBAT GIGI ATOMY
Hi,
Semua PKP 2.0 disambung lagi hingga 5hb Februari, hmmm duduk rumah diam-diam hehe
Pernah dengar Atomy?
Dah guna produk Atomy ?
Jika belum cuba, harus cuba .. insyAllah berpuasahati, harga mahal sikit tapi berkualiti tinggi sebab guna sikit-sikit jer, jangan tertipu dengan saiz dan kuantiti sebab kecil-kecil pun boleh tahan lama sebab pekat gila :)
Contoh paling senang ubat gigi dia, ... guna sikit sahaja tapi bila berus gigi, rasa bersihhhh sangat, bau wangi dan segar ... dan yang paling best ...yang suka minum kopi tu ...bila guna ubat gigi Atomy ... gigi jadi putih bersih .. tak kuning macam guna ubat gigi biasa.
Resipi Kuih Penjaram Sabah
Kuih Penjaram ? macam pernah nampak kat mana-mana kan? Muka sama tapi rasa tak sama dik oii , ada yang keras kalau buat baling ayam, ayam pu...
-
Bahan-bahannya; 2 cawan Tepung iaitu; 70% Tepung Beras 20% Tepung Ubi 10% Tepung Jagung atau ... 2 cawan Tepung Tiada Gluten 2 caw...
-
Pada entry ini saya ingin berkongsi Roti Canai Segera dan sedap di pasaran. Boleh didapati dikedai-kedai biasa, Giant dan Aeon Jusco. Sa...