MAS

Tuesday, October 18, 2022

BAGAIMANA HENDAK KE HEWLETT PACKAGE (HP) SERVICE CENTRE DI JALAN DAMANSARA WISMA UOA ?

 Hi,

Baru ni laptop anak tutup dia susah nak buka tutup, pergi The Mines Tingkat 4 cari lap top repair dah tutup , so orang kat Kedai HP tu suruh ke terus ke HP Jalan Damanasara, Wisma UOA.

Sebab tak familar area tu kami naik In Driver  dari rumah Seri Kembangan terus ke Jalan Damansara , rupanya dekat jer padanlah offer RM30 in Driver accept :)  Masa nak balik kami naik MRT ke KL Sentral, MRT Station memang betul-betul berhadapan dengan Wisma UOA, keluar je dah nampak. Tambang MRT ke KL Sentral RM1++  jer.  Dari MRT Jln Damansara ke KL Sentral hanya satu station, turun station Muzium lepas tu jalan sikit ke KL Sentral ikut laluan ( MRT Muzium dan KL Sentral bersambung, ikut je laluan dia dalam bangunan tak payah keluar bangunan pun.

Masa nak balik Seri Kembangan ambil KTM turun Serdang Station tambang RM2.50 kalau guna Kad KTM Pink tu kalau Kad KTM Biasa RM2.90.

Oh ya ! sebenarnya Technician HP boleh datang buat service ke rumah tapi sangat mahal kalau pergi sendiri ke Center bayar separuh harga iaitu RM72  iaitu caj HP untuk dia buka dan diagnose kan masalah lap top kita. Dah check dia akan bagi tau part apa yang kena ganti dan harga , jika kita setuju dengan harga tu baru mereka proceed repair selepas bayar upah pasang dan harga parts.

Harap post ini boleh membantu pada mereka yang tertanya-tanya bagaimana ke HP Service Centre.




Monday, October 17, 2022

PETUA CILI BLEND TAK CEPAT ROSAK

 Hi,

Hari ini saya nak share petua atau cara membuat dan menyimpan cili blend supaya tahan lama. Sebelum-sebelum ini saya ada terbaca petua membuat cili blend supaya tahan lama dengan mencampurkan sedikit bawang putih ke dalam cili ( dah cuba tapi tak menjadi).

Mula-mula basuh cili, buang tangkai dan biji jika tidak mahu pedas. Setelah dibasuh masukkan kedalam periuk dan masukkan air hingga cili tenggelam. Setelah cili masak, keluarkan dari periuk dan tapis airnya ( air jangan buang, guna untuk blend jika perlu) dan setelah agak sejuk, blend cili dan masukkan 1/3 air bekas rebusan.

Setelah semua cili dah diblend , simpan cili dalam bekas kedap udara dan simpan dalam fridge.

Selamat mencuba.








Resipi Kuih Penjaram Sabah

Kuih Penjaram ? macam pernah nampak kat mana-mana kan? Muka sama tapi rasa tak sama dik oii , ada yang keras kalau buat baling ayam, ayam pu...