MAS

Tuesday, September 25, 2018

Resipi Sauerkraut ( Jeruk Kubis)

Bahan-bahannya;

1 biji kubis besar
1 biji Karot
3 sudu besar garam himalaya
Balang bertutup
1 sudu cili kisar jika suka pedas

Cara Membuatnya;

1. Kubis dibelah empat, buang bahagian tengah kemudian hiris halus
2. Karot hiris halus
3. Masukkan kubis dan karot yang telah dihiris halus  kedalam basin kemudian basuh, titiskan air hingga kering
4. Masukkan garam kemudian ramas semuanya hingga kelihatan kecut (guna sarung tangan plastik lebih mudah dan bersih)
5. Sebelum memasukkan kedalam balang, keluarkan air  dan gaulkan cili kisar
6. Masukkan kedalam balang kemudian setiap hari kacau2 dengan sudu
7. Boleh dimakan selepas 3 hingga 7 hari. Kubis akan jadi masam dan lembut

Nota :- Jeruk boleh tahan hingga sebulan, simpan dalam peti sejuk. Boleh guna cara ini untuk jeruk buah jika suka.

Hasil dari fermentasi ini, pribiotic akan terhasil yang mana amat baik untuk tubuh kita ( Sila google khasiatnya dengan lebih lanjut).

Gambar boleh tengok Instagram saya, Jom follow saya ...

Selamat Mencuba!



Monday, September 24, 2018

Resipi Overnight Rolled Oat In a Jar

Bahan-bahannya ;

3 sudu besar Rolled Oat
1/2 cawan Susu Kambing
1 sudu kecil Chia Seed
1 sudu kecil Kismis
2 biji Prune
1/2 biji Pisang
2-3 sudu besar Greek Yougurt
Balang Kaca Size sederhana

Cara Membuatnya ;

1. Campurkan semua  bahan kemudian masukkan kedalam balang kaca yang bertutup.
2. Masukkan susu kambing dan tinggalkan ruang lebih kurang 1 inchi supaya tidak melimpah.
3. Masukkan kedalam peti sejuk
4. Boleh dimakan sekurang-kurang selepas 4 jam atau keesokkan harinya.

Gambar dah upload kat Instagram, jom follow saya.

Sunday, September 23, 2018

Resipi Sup Peria

Bahan-bahannya;

1/2 biji peria
1 batang sayur sawi
1 biji karot
1 inchi halia
2 biji bawang merah
2 sudu besar Minyak Olive untuk menumis
2 cawan air untuk Sup
Garam bukit
Serbuk perasa

Cara Membuatnya;

1. Peria dibuang bijinya dan dihiris halus
2. Sawi potong, Karot hiris halus
3. Halia dan bawang hiris halus
4. Tumis halia dan bawang apabila telah naik bau, ,masukkan air
5. Apabila air telah mendidih masukkan karot, apabila telah lembut masukkkan peria dan sawi
6. Masukkan garam dan serbuk perasa. Siap

Nutrisi Peria;

2 kali ganda kandungan betacaraotin dalam Brokoli
2 kali ganda kandungan kalsium dalam Bayam
2 kali ganda kandungan pottasium dalam Pisang

Pendek kata dengan memakan sayur peria ni je kita dah dapat nutrition yang cukup. Hebat kan! So , jom rajin kan diri makan Peria hehe.

Selamat Mencuba! Nak tengok gambar , tengok kat Insta, lupa nak save. Please follow me on  Insta.

Resipi Kek Labu Tanpa Gluten

Bahan-bahannya;

Labu 1/2 biji saiz sederhana
4 cawan tepung tanpa gluten
1/2 cawan gula perang
1 sudu besar gula putih
1 sudu kecil chia seed
1 sudu besar kismis
Secubit garam himalaya
1 sudu besar minyak Olive
Air Masak

Cara Membuatnya ;

1. Rebus labu hingga masak, kemudian lencek hingga hancur
2. Masukkan tepung, gula perang, gula putih, garam dan masukkan air sedikit demi sedikit hingga agak cair (jangan terlalu cair nanti nak kukus tak keras nanti kalau terlalu banyak air), masukkan minyak olive dan chia seed kemudian gaul  hingga sebati
3. Taburkan kismis diatas
4. Kukus selama 40 minit atau sehingga masak
5. Jika nak tahan lama bakar selama 10 minit

Nota :- Resipi ini sesuai untuk yang allergi kepada gluten atau yang nak berdiet kerana tidak berminyak dan manis.

Selamat Mencuba! Follow saya di Instagram.

Thursday, September 13, 2018

Resipi Apam Beras Tanpa Gluten

Bahan-bahannya;

2 cawan Tepung iaitu;
70% Tepung Beras
20% Tepung Ubi
10% Tepung Jagung

atau ...

2 cawan Tepung Tiada Gluten
2 cawan Nasi
3 cawan Air
1/2 cawan Gula
Sedikit serbuk penaik
Pewarna jika suka

Cara Membuatnya;

Blend semua bahan dan masukan kedalam acuan kemudian diamkan sekurang-kurangnya selama 1 jam , simpan lagi lama lagi elok supaya adunan kembang.

Setelah adunan kembang masukan kedalam acuan kemudian kukus selama 20-30 minit, pastikan air untuk mengukus telah mendidih terlebih dahulu sebelum memasukkan adunan untuk dikukus.

Apabila telah masak, keluarkan dari acuan dan hidang bersama kelapa jika suka.

Nota :- Resipi ini sesuai untuk yang allergi kepada gluten atau yang nak berdiet kerana tidak berminyak dan manis

Selamat Mencuba!


Resipi Kek Karot Tanpa Gluten & Telur

Bahan-bahannya;

2 cawan Tepung iaitu;
70% Tepung Beras
20% Tepung Ubi
10% Tepung Jagung

atau

2 cawan Tepung Bebas Gluten
1 cawan Air
11/4 Minyak Olive
1/2 cawan gula perang
1 sudud besar gula putih
2 cawan Carrot - diparut
1 sudu besar baking soda
Sedikit Kulit Limau Orange - diparut

Cara Membuatnya;

Blend tepung, air, olive oil dan gula bersama , apabila telah sebati campurkan carrot dan kulit limau yang telah diparut.

Masukan kedalam loyang yag telah disapu sedikit minyak supaya tak melekat dan bakar dengan suhu 175 darjah selama 1 jam ( adjust ikut kemampuan Oven anda).

Selepas sejam, cake telah masak tetapi lapisan bawah akan lembik sedikit kerana telur tidak digunakan tapi jangan risau sebab apabila adunan telah sejuk dia akan keras dan boleh dipotong.

Hidangan ini sesuai untuk mereka yang menghidapi penyakit celiac kerana bebas gluten dan bebas telur.

Resipi Kuih Penjaram Sabah

Kuih Penjaram ? macam pernah nampak kat mana-mana kan? Muka sama tapi rasa tak sama dik oii , ada yang keras kalau buat baling ayam, ayam pu...