MAS

Sunday, December 17, 2017

Majlis Khatam Quran

Alhamdulilah, gambar dibawah adalah momen disekitar Majlis Khatam Quran Penulis Remaja Blog Cik Tina bersama sepupunya pada 17hb. December, 2017 ( Dah lama  khatam sebenarnya).

Majlis berkhatam adalah majlis kesyukuran apabila kanak-kanank (lazimnya kanak-kanaklah) tamat baca Quran. Walau bagaimanapun majlis berkhatam bukanlah satu kemestian tapi kalau ada kemampuan bolehlah buat mengikut kemampuan masing-masing. Kanak-kanakkan suka bila diraih :)














Moga menjadi anak yang solleh dan terima kasih kepada pengerusi majlis.



Resipi Detox (Buatan Rumah)

Bahan-Bahannya;

2 Biji Lemon, potong bulat bersama kulitnya
3 Inchi Halia Tua , dihiris
1 Sudu Makan Cuka Apple
1 Seduk Besar Madu ( guna senduk sup)
2 Sudu Gula Merah
1 Liter Air


Cara Membuatnya;

1. Masukan air kedalam periuk , masukan Lemon, Halia dan Gula Merah dan masak hingga air mendidih
2. Masukan Cuka Apple dan gaul seketika
3. Tutup Api dan masukan Madu

Cara Minum

1. Selepas Sarapan, Sebelum Makan Tengahari dan Sebelum Tidur

Saturday, December 16, 2017

Cara Membuat Scrub ( Buatan Rumah)

Bahan yang diperlukan ;

1 cawan Oat Kasar
1/2 cawan Madu

Cara Membuatnya;

1. Campurkan Oat dengan madu sehingga sebati
2. Sekiranya adunan terlalu pekat tambahkan dengan sedikit madu lagi sehingga agak cair sedikit dan mudah disapu ke atas kulit
3. Simpan adunan didalam bekas tertutup dan simpan didalam peti sejuk sekiranya anda tidak terus menggunakannya
4. Scrub ini sesuai untuk dijadikan Scrub badan dan muka



Friday, December 15, 2017

Petua Memanjangkan Bulu Mata

Bahan yang diperlukan ;

Vaseline

Cara Menggunakannya;

Sapu setiap malam sebelum tidur atau sekiranya anda tidak keluar kemana-mana anda juga boleh memakainya pada bila-bila masa,

Selamat Mencuba!


Wednesday, December 13, 2017

Resipi Kerabu Udang Geragau

Bahan-Bahannya

1 mangkuk udang geragau
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 biji tomato - potong
2 biji cili padi - hiris
1 batang daun serai - hiris (ambil yang lembut sahaja)
2 tangkai daun ketumbar - potong


Bahan Perisa ;

1.  2 sudu besar jus limau nipis
2.  2 sudu besar gula
3.  Secubit garam

Cara membuatnya;

1. Gaulkan semua bahan
2. Tambah rasa yang kurang

Selamat mencuba !

Resipi Kerabu Kacang Botol

Bahan-Bahannya

1 ikat kecil kacang botol - hiris panjang
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 biji tomato - potong
2 biji cili padi - hiris
1 batang daun serai - hiris (ambil yang lembut sahaja)
2 tangkai daun ketumbar - potong


Bahan Perisa ;

1.  2 sudu besar jus limau nipis
2.  2 sudu besar gula
3.  Sedikit udang kering jika suka, ditumbuk
3.  Secubit garam

Cara membuatnya;

1. Gaulkan semua bahan
2. Tambah rasa yang kurang

Selamat mencuba !

Resipi Kerabu Kacang Panjang

Bahan-Bahannya

1 ikat kecil kacang panjang - hiris panjang
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 biji tomato - potong
2 biji cili padi - hiris
1 batang daun serai - hiris (ambil yang lembut sahaja)
2 tangkai daun ketumbar - potong


Bahan Perisa ;

1.  2 sudu besar jus limau nipis
2.  2 sudu besar gula
3.  Sedikit udang kering jika suka, ditumbuk
3.  Secubit garam

Cara membuatnya;

1. Gaulkan semua bahan
2. Tambah rasa yang kurang

Selamat mencuba !

Resipi Kerabu Daging

Bahan-Bahannya

1 mangkuk isi daging yang telah direbus - hiris
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 biji tomato - potong
2 biji cili padi - hiris
1 batang daun serai - hiris (ambil yang lembut sahaja)
2 tangkai daun ketumbar - potong

Bahan Perisa ;

1.  2 sudu besar jus limau nipis
2.  2 sudu besar gula
3.  Secubit garam

Cara membuatnya;

1. Gaulkan semua bahan
2. Tambah rasa yang kurang

Selamat mencuba !

Sunday, December 10, 2017

Resipi Nasi Goreng Kerabu

Bahan-Bahannya;

1 mangkuk besar nasi putih
Sedikit isi ayam, potong dadu
Sedikit Ikan bilis
Sedikit Sayur Kubis, potong halus
Sedikit Sayur Kacang Panjang, dihiris nipis
1 batang Serai, hiris halus
2-5 biji cili Padi, hiris
1 biji Cili besar, hiris
Sedikit Keropok yang telah digoreng

Bahan Perasa ;

Garam
Penambah Rasa
Sedikit stock ayam

Bahan Tumis;

3 biji bawang kecil
2 biji bawang Putih

Cara Memasaknya ;

1. Tumis bahan tumis dengan minyak yang mencukupi, masukan ayam dan bilis, goreng hingga masak

2. Apabila ayam dan bilis masak masukan semua bahan kecuali nasi dan keropok dan goreng  sebentar apabila naik bau masukan nasi dan serbuk perasa. Goreng sehingga semua sebati dan masak, tidak perlu terlalu lama agar sayuran tidak terlalu masak dan layu.

3.  Apabila telah masak hidangkan bersama keropok dan sambal belacan.

Selamat Mencuba !






Resipi Kerabu Ayam

Bahan-Bahannya

1 mangkuk isi ayam, buang kulitnya dan hiris
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 biji tomato - potong
2 biji cili padi - hiris
1 batang daun serai - hiris (ambil yang lembut sahaja)
2 tangkai daun ketumbar - potong
1 biji timun, potong dan buang bijinya ( jika guna timun jepun tidak perlu buang biji

Bahan Perisa ;

1.  2 sudu besar jus limau nipis
2.  2 sudu besar gula
3.  Secubit garam

Cara membuatnya;

1. Gaulkan semua bahan
2. Tambah rasa yang kurang

Selamat mencuba !

Resipi Kerabu Campur

Bahan-Bahannya

1 mangkuk isi ayam / daging yang telah direbus - potong kecil
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 biji tomato - potong
2 biji cili padi - hiris
1 batang daun serai - hiris (ambil yang lembut sahaja)
2 tangkai daun ketumbar - potong
1 biji timun, potong dan buang bijinya ( jika guna timun jepun tidak perlu buang biji

Bahan Perisa ;

1.  2 sudu besar jus limau nipis
2.  2 sudu besar gula
3.  Secubit garam

Cara membuatnya;

1. Gaulkan semua bahan
2. Tambah rasa yang kurang

Selamat mencuba !

Resipi Kuih Penjaram Sabah

Kuih Penjaram ? macam pernah nampak kat mana-mana kan? Muka sama tapi rasa tak sama dik oii , ada yang keras kalau buat baling ayam, ayam pu...