MAS

Saturday, October 10, 2020

BUAH MAHKOTA DEWA KERING ATASI MASALAH ALERGI DAN ECZEMA



Hi! Gais,

Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang, semoga kita semua dilindungi dari penyakit merbahaya dan semoga vaksin pencegahan covid-19 cepat dihasilkan.


Pagi ni saya nak share info mengenai buah mahkota dewa yang mempunyai banyak khasiat untuk penyembuhan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan darah kita. Senang cerita kalau darah kita bersih, sihatlah kita, kalau darah kita kotor macam-macamlah penyakit yang datang betul? 

Popularity

Yang saya perasaan buah ni sangat popular dikalangan kaum Cina manakala kaum Melayu dan India agak kurang, mungkin sebab kaum Cina memang pakar dalam penggunaan herba sejak dahulu kala.

Asal Buah Mahkota Dewa

Menurut Cik Google asal Mahkota Dewa  ni  dari Indonesia dan kemudian dibawah ke Malaysia dan sebab tu lah sekarang ada di Malaysia tapi tak banyak macam di Indonesia yang diusahakan secara besar-besaran.

Cara Buah Mahkota Dewa Diproses

Buah yang telah masak dipetik, dihiris nipis dan kemudian dikeringkan dibawah panas matahari sehingga kering supaya boleh disimpan tahan lama. 

Khasiat Buah Mahkota Dewa Kering

Kalau google memang terlalu banyak khasiat buah ni tapi tiga penyakit yang disebutkan dibawah ni memang terbukti dihadapan mata saya iaitu;

  • Menurunkan tahap kolestrol dalam badan
  • Menurunkan tekanan darah tinggi
  • Mengatasi masalah alergi dan eczema

Cara Pengambilan

Untuk mendapatkan hasil terbaik direbus jika malas rendam dengan air panas mengelagak pun boleh. Boleh diguna semula sehingga hilang warna.

Yang mempunyai masalah kolestrol tinggi, darah tinggi, kecing manis, alergi dan eczema diatas boleh cuba, mana tau sembuh dengan izinnya. Kita hanya berusaha, kesembuhan datang dari Allah.

Jika post ini memberi manafaat , sila share pada kawan-kawan anda.


BUAH MAHKOTA DEWA KERING SEGAR 

BUAH MAHKOTA DEWA KERING

TEH BUAH MAHKOTA DEWA KERING

DIANTARA KHASIAT BUAH MAHKOTA DEWA KERING










Resipi Kuih Penjaram Sabah

Kuih Penjaram ? macam pernah nampak kat mana-mana kan? Muka sama tapi rasa tak sama dik oii , ada yang keras kalau buat baling ayam, ayam pu...