Salam Semua,
Disini saya kongsikan petua atau ikhtiar mengubati "stroke" atau dalam bahasa melayunya serangan jantung yang saya dapat dari group whatsapp pagi ini, mudah-mudahan bermanafaat pada yang memerlukan.
Bahan-bahan yang di perlukan untuk rawatan ;
2 Kg Garam Kasar
100 gram lada hitam
Cara Menyediakannya;
Masukkan garam dan lada hitam dalam besen besar dan suruh pesakit pijak, jika pesakit tidak boleh berdiri boleh dilakukan semasa duduk. Menurut kata Ustaz ramai pesakitnya telah sembuh dengan cara rawatan ini.
Garam tersebut boleh bertahan selama 40 hari kerana garam akan berair sedikit demi sedikit. Selepas 40 hari tukar garam dan lada hitam baru jika rawatan masih diperlukan. Selepas rawatan simpan garam ditempat yang tidak panas atau tidak sejuk ( suhu bilik) supaya garam tidak cair dan jangan lupa tutup besen dengan kemas supaya tidak dimasuki oleh serangga.
Bagi yang beragama Islam disarankan berdoa dan berzikir sebanyak mungkin semasa proses rawatan, insyallah akan mendapat kesembuhan dengan izin Allah.
Sila share petua ini mudah-mudahan membantu pada yang memerlukan.
#ikhtiarmengubatisakitstroke
#ikhtiarmengubatiseranganjantung
#ubatstrokecaraislam