MAS

Tuesday, November 20, 2018

Resipi Ayam Untuk Orang Diet

Hmmm, ada sesiap diluar sana sedang berdiet macam ai hehe. Sebenarnya diet ni penting bukan sebab nak cantik tapi sihat ye, kalau dah sakit muka flawless macam telur dikupas pun tak sen tak guna.

Nak berdiet ni kena cara sihat, bukannya terus tak makan ye, kita kena tukar gaya hidup kita, tukar cara pemakanan dari tak sihat kepada yang sihat bukan dah dapat penyakit baru nak tukar gaya pemakanan...parahhh... time tu lah kalau boleh nak telan segala macam benda supaya sebab nak baik cepat ..no, no, please dont ! 

Siapa yang suka sangat makan ayam tu, jom tukar dari goreng2 dan berminyak kepada yang sihat iaitu "NO" minyak masak,  kalau betul-betul perlu guna lah minyak olive yea !

RESIPI PERTAMA : SUP AYAM CHINESE STYLE

Bahan-bahan;

4 ketul daging Ayam - buang kulit dan lemak
1 biji Karot - Potong dadu
1/2 biji Brokoli - Potong kecil
2 biji Bawang Putih - Hiris halus
1 biji Bawang Merah - Hiris Halus
1/2 inchi halia - Ketuk
7-10 biji lada putih  - tumbuk
Garam secukupnya
Bahan perasa secukupnya
(Ubah kuantiti bahan-bahan anda mengikut banyak ayam anda)

Cara Memasak;

1. Masukkan 2-3 cawan air kedalam periuk

2. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan karot

3. Masukkan ayam dan rebus hingga ayam lembut

4. Apabila ayam telah lembut masukkan brokoli dan lada putih dan masak lagi sehingga brokoli lembut

5. Apabila brokoli telah lembut masukkan garam dan bahan perasa

6. ....dah siap dan boleh makan :)


RESIPI KEDUA : AYAM PANGGANG  ALA NANDOS

Bahan-bahannya;

4 ketul ayam - buang kulit dan lemak
1/2 sudu rempah kari
1/2 sudu cili kering yang telah di blend
1/2 inchi halia - diketuk
Garam
Bahan perasa

Cara Memasaknya;

1. Perap ayam menggunakkan semua bahan-bahan tersebut sekurang-kurangnya 30 minit jika 1 jam pun lagi bagus supaya bahan perapan meresap.

2. Selepas 30 minit berlalu, panggan ayam selama 30 minit menggunakan kepanasa 180 darjah.

3. ....siap dan boleh makan .. opss!! tunggu sejuk :)

4. Jika suka, bakar bersama beberapa biji kentang, kulit tak payah kopek, basuh letak sedikit garam, tapi kentang tak payah sampai 30 minit nanti kering kontang pula, 15-20  minit dah masak.

RESIPI KETIGA : AYAM MASAK SINGGANG JOHOR STYLE 

Bahan-bahannya;

2 ketul ayam - buang kulit dan lemak
1 inchi lengkuas - tumbuk kasar
1/2 inchi halia - tumbuk kasar
1/2 inchi kunyit hidup - tumbuk kasar
2 biji bawang putih - tumbuk kasar
1 biji bawang merah - tumbuk kasar
1 batang serai - dititik
2 keping asam keping (jika tak masam boleh tambah)
3 biji cili besar - potong 2
5 biji kacang bendi - jika suka
Garam
Bahan perasa


Cara Memasaknya;

1. Masukkan semua bahan kedalam periuk masukkan 2-3 cawan air dan renih hingga ayam lembut

2. Apabila telah lembut masukkan kacang bendi, cili , garam dan bahan perasa

3. ....siap dan boleh makan :)

4. Masakkan ini sesuai untuk orang berpantang tapi kalau berpantang kacang bendi dan  cili jangan letak lah :)


RESIPI KEEMPAT  : AYAM MASAK SUP  BAMBANGAN SABAHAN STYLE

Bahan-bahannya;

4 ketul ayam - buang kulit dan lemak
2 biji bawang putih - tumbuk kasar
2 biji bawang merah - tumbuk kasar
1/2 inchi halia - tumbuk kasar
1 batang serai - dititik
1/4 buah bambangan muda
2 biji cili besar - jika suka pedas
3 biji cili kecil - jika suka pedas
1 tangkai daun selasih
Garam
Bahan perasa

Cara Memasaknya;

1. Masukkan semua bahan kecuali buah bambangan kedalam periuk

2. Masukkan 2-3 cawan air

3. Masak hingga ayam lembut kemudian masukkan buah bambangan, garam dan bahan perasa

4. Apabila telah masak masukkan daun selasih, gaul sebentar kemudian tutup api

5. ...dah siap dan boleh makan :)

6. Ikan juga sesuai untuk resipi ini. Ikan yang sesuai seperti ikan tongkol dan bawal.


RESIPI KELIMA  : TOM YAP PUTIH

 ..... masa tak mengizinkan, dah 6.12 petang, sambung dilain masa ya.




Resipi Kuih Penjaram Sabah

Kuih Penjaram ? macam pernah nampak kat mana-mana kan? Muka sama tapi rasa tak sama dik oii , ada yang keras kalau buat baling ayam, ayam pu...